Dec 22, 2008

Sambungan Sumbang Mahram

Assalamualaikum Tuan Panel

Saya ingin dapatkan komen Tuan panel THTL tentang istinbat hukum sumbang mahram yang diketengahkan oleh saudara kita ini : terutama tentang hujjah Hanbali & Hanafi

Sumbang Mahram Memutus Hubungan Perkahwinan?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tulisan ini menjwb persoalan seorg shbt tentang sumbang mahram dan yg berkaitan.
sekian, penulis, Jordan
--------------------------------------------------------------------------------
Sumbang Mahram
Memutus Hubungan Perkahwinan?
Oleh : Zaharuddin Bin Abd Rahman
Email : zaharuddin@yahoo.com
Penulisan ini akan memfokuskan persoalan berikut sahaja:
1. Seorg lelaki/wanita berzina dgn mertuanya, apakah terbatal perkahwinan?
2. MAZHAB HANAFI, HANBALI, Imam Sufyan At-Thawry, Imam al-‘Awza’ie, Ibn al-Qasim al-Maliki : Jatuh atau sabit pengharaman dgn zina. Malah sekiranya ciuman dan lain2 muqaddimah zina juga, sudah cukup utk jatuh pengharaman. (Rujuk Al-Ikhtiyar at-Ta’lil 3/88 ; Kassyaf al-Qina’ 5/72 dan Bidayah al-Mujtahid. Bgmnpun Ad-Dardir mengatakan yg lebih kuat dlm mazhab Maliki adlh pandangan kedua ini – rujuk As-Syarh al-Shoghir 2/405)
Menurut Mazhab Syafie dan Maliki, sumbang mahram dgn ibu mertua dan anak kandung tidak memberi apa2 kesan terhdp hubungan pernikahan suami isteri serta tidaklah terfasakh perkahwinan mrk.
Dalil Mazhab Hanafi dan Hanbali
a) Di riwayatkan bhw seorg lelaki berkata : Wahai Rasulullah : sesungguhnya aku telah berzina dgn seorg wanita di zaman Jahiliyahku, apakah aku boleh bernikah dgn anak perempuannya? Maka berkata Nabi :
Mafhum : “Aku tidak melihat demikian boleh, tidak sah untuk engkau berkahwin dgn wanita yg telah engkau setubuhi anaknya ..” (Disebut oleh Kamal Ibn Humam al-Hanafi dalam kitabnya Fath al-Qadir, bgmnpun hadith ini mursal dan munqati’ katanya – Naqal drpd Al-Fiqh al-Islami, Dr Wahbah , ms 6631)
LALU DGN SEBAB ITU TERFASAKHLAH NIKAH ANTARANYA DGN ISTERI ATAU SUAMINYA SECARA SYAR’IE.
Pandangan Yang Lebih Kuat
Menurut tuan guru kami, As-Syeikh Prof. Dr Muhd ‘Uqlah Al-Ibrahim, pandangan kedua adalah lebih kuat dan sesuai dgn masalahat ummat skrg. Walaupun demikian, Prof. Dr Wahbah Az-Zuhayli mentarjihkan pandangan Mazhab Syafie.
Manakala, diteliti dari sudut kekeuatan dalil, kelihatan dalil mazhab pertama adalah lebih kukuh, bgmnpun jika dilihat kpd maslahat dan keperluan masyarakat di Malaysia hari ini, dengan perkembangan pesat gejala amat mungkar sumbang mahram, maka tersgt eloklah kiranya pandangan mazhab kedua di dahulukan, agar ia mampu menjadi penghalang gejala ini dari terus subur
1. Seorg berzina dgn mertuanya samada lelaki atau wanita, apakah terbatal perkahwinan dgn isterinya/ suaminya?
= Ya , terbatal perkahwinan secara automatik. Iaitu dgn sebab musoharah dgn zina.

Jawab:

Kita juga membuat kajian yg sama (jika cikgu melihat kembali jawapan susulan kami pada SJ-1747). Tarjihan Ustaz Zaharuddin@yahoo.com yg menggunakan pendapat hanafi/hanbali untuk menghalang gejalan peningkatan sumbang-mahram adalah pendapat peribadi beliau sahaja. Sedangkan fiqh kekeluargaan di Malaysia masih disandarkan kepada Fiqh Syafi'iy. Misalnya ada beberapa negeri persekutuan yg tidak menyebut kesalahan sumbang mahram dalam enakmen mereka, antaranya Wilayah Persekutuan, Selangor, Johor dan Sabah. Negeri-negeri spt Kelantan, Kedah, Pahang, Perlis, dll ada menyebut kesalahan sumbang mahram yg jika thabit boleh didenda RM 3000 atau 1 tahun penjara @ kedua-duanya sekali. Kesemua enakmen itu tidak menyentuh terbubarnya perkahwinan jika berlaku sumbang mahram dan ini tepat dengan madzhab Syafi'iy. Allahu a'alam

0 comments:

Post a Comment