Jan 22, 2009

Kesalahan Ibu Dan Anak Angkat


Buat pengetahuan ustaz, suami saya adalah anak angkat yg telah dibela sejak berusia 2 bln & tidak menyusu dgn ibu angkatnya. Nama pun ditukar & di bin kan nama bapa angkat.



Hal ini hendaklah diperbetulkan kerana anak angkat hendaklah dibinkan kepada ayahnya yg asal. Dalil: AQ 33: 05 Bahkan RasuluLlah saw sendiri memiliki seorang anak angkat yg bernama Zaid yg dibinkan kepada baginda. Setelah turunnya ayat ini, maka Zaid dibinkan kepada ayahnya yg asal iaitu Zaid bin Harithah RA.



hubungan mereka sgt akrab  ibu angkat (mertua saya) telah memberi amaran kpd saya suami saya utk tidak mencari ibu kandungnya. masalahnya saya terjumpa dlm satu buku mengatakan memutuskan silaturrahim adalah dibenci Allah; Allah juga akan memutuskan silaturrahim dgn org yg memutuskan. Apatah lg silaturrahim antara ibu anak. bagaimana dgn segala amalan ibu mertua saya. adakah masih diterima Allah?



Amalan kejam ini memang berlaku dalam sistem anak angkat ala jahiliyah. Di mana terdapat perjanjian antara keluarga angkat dengan keluarga kandung selalunya selepas anak itu diangkat dan pampasan di bayar, maka mereka bersetuju untuk merahsiakan hal itu dan memutuskan sebarang hubungan. Tujuannya ialah supaya anak angkat itu benar2 dijadikan anak sendiri dan diputuskan hubungan secara muktamad.
Setelah anak itu dibinkan kepada ayah angkatnya, maka tamatlah proses penipuan nasab itu. Kesemua itu adalah dosa besar: 1. memutuskan silaturahim antara anak dgn ibu kandung

2. membinkan anak angkat dgn ayah angkat

3. menasabkan anak dgn saluran nasab yg dipalsukan.



2. Aurat antara ibu saudara angkat (perempuan) sama dgn perempuan yg bukan muhrim. sedangkan tiap kali berkunjung suami sy akan memeluk mencium pipi ibu angkatnya. apa hukumnya?








2.1 aurat antara ibu saudara angkat (perempuan) sama dgn perempuan yg bukan muhrim.



Jawab: tidak benar, aurat sesama wanita Islam baik muhrim dan bukan muhrim adalah sama saja. Dalil: AQ 24:31



2.2 suami akan memeluk dan mencium pipi ibu angkatnya.


Hukum: Jika suami sudah mengetahui statusnya sebagai anak angkat, maka haramlah melakukan perbuatan itu.


3. Apakah hukumnya anak yg tidak berusaha mencari ibu kandungnya wlhal dia tau ibu kandungnya masih hidup & apakah berdosa jika dia mencari ibunya tanpa pengetahuan ibu angkat(yg tlh memberi amaran agar tidak mencari ibu kandungya?



Tidak ada dosa kerana panggilan fitrah lebih kuat dari amaran manusiayg menderhakai Allah dan Rasul-Nya.


4. Apakah saya berdosa jika saya mendiamkan diri dlm permasalan ini, kerana saya rasa saya tak layak utk menegur mereka.



sebaiknya diserahkan kepada suami. campurtangan anda akan memburukkan keadaan.

0 comments:

Post a Comment