Salam
Saya ada beberapa persoalan tentang pergaulan lelaki, wanita, suami & isteri seperti berikut. Dalam soalan berikut, saya mahu menitik-beratkan APA PANDANGAN ATAU TANGGAPAN persoalan tersebut disisi ISLAM.
Untuk pengetahuan, saya telah tinjau beberapa listing soaljawab, tapi belum terjumpa yang sama dengan persoalan di bawah. Minta maaf kalau saya silap.
Soalannya:-
1) Apabila seorang wanita sudah berkahwin, bolehkah atau tidak salahkah kalau wanita itu menganggap lelaki lain sebagai kawan baiknya? Maksudnya, sebagai penasihat yang kedua - jika wanita itu tidak mendapat nasihat yang diharapkan daripada suaminya sendiri? Terutama dari soal feqah dan fardhu ain.
Kondisi: Dalam kes ini, lelaki yang dianggap teman baik itu, dulu pernah menaruh perasaan terhadap wanita tersebut. (Si suami sangat sedia maklum mengenai perkara ini sebab mereka belajar di universiti yang sama).
2) Adakah cinta terhadap suami itu sangat penting dalam Islam? Maksudnya, kiranya wanita tersebut tidak pernah kenal maksud cinta atau, dia tak pernah jatuh cinta pada suaminya, atau sudah hilang cintanya.
Kondisi: Dalam kes ini pula, wanita ini tak pernah dilafazkan kata cinta dari suaminya begitu juga sebaliknya.
3) Sekiranya seorang isteri berkata kepada suaminya, "Sebelum kita berkahwin, hanya ada 2 orang dalam hati saya, abang dan Mr B. Dan sekarang, hanya ada seorang saja dalam hati saya, iaitu abang."
Adakah ini boleh membuatkan seorang suami dayus? Adakah wanita itu berdosa kerana berkata demikian terhadap suaminya, sekiranya suaminya berasa curiga atau berkecil hati dengan pengakuan wanita itu?
4) Jika suami berkata, " Sekiranya kita memang dah tak sehaluan, lebih baik kita bercerai saja". Adakah ia termasuk dalam kategori cerai taklik?
Wassalam
*****************
Wassalam
Jawab:
1. Jika ada cerita lama di sebalik perhubungan silam (lebih baik dihentikan di situ saja), yg diharuskan ialah menjadi saudara dalam Islam sahaja (ukhuwwah fil Islam). Buat masa sekarang, suami anda adalah rakan karib anda, suami anda dan tempat bergantung anda. Jika dia tidak mampu mengajar agama kepada puan, maka kewajipan dia mencari guru atau menghantar anda menghadiri kuliah agama. Puan tidak boleh mencari ilmu dari orang yg dicurigai oleh beliau.
2. Cinta adalah asas keluarga bahagia. Dalil: " dan di antara tanda2 kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan utkmu ister2 dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih (cinta) dan dan sayang." AQ 30: 21
Zaman sekarang ni, kalau tak ada LOVE U ni amat sukar dipercayai...sebab kebanyakan perkahwinan adalah pilihan sendiri.
3. Sifat mengungkit kisah lama itu adalah tanda kebodohan. Tutuplah ia dan binalah hidup baru. Dalilnya," Allah sekali-kali tidak menjadikan menjadikan bagi seseorang dua buah hati dalam rongganya." AQ 33: 04
4. Tidak jatuh talaq. Talaq jatuh bila anda sudah habis segala iktiyar, tidak ada jalan penyelesaian dan anda berada di pejabat Pendaftar Nikah dan ketika itu suami melafazkan lafaz cerai dgn sedar dan faham sepenuhnya akan akibatnya. Cakap2 sindiran, ragu2 dan keliru atau emosi tidak dikira. Dalilnya: " Jika mereka telah bulat teqad (azam) utk bercerai, maka sesungguhnya Allah itu Maha mendengar lagi Maha Mengetahui." AQ 2: 227
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment