Jan 21, 2009

Terminum Susu Isteri

assalamu'alaikum,

Saya nak tanya berkenaan hukum terminum atau minum susu badan isteri.

*************
Salam

Sheikh Yusuf Al-Qaradawi ditanya soalan ini dan beliau berkata:
“Pernah suatu ketika pada zaman sahabat R.A. Salah seorang sahabat R.A melakukan hubungan dgn isterinya, dan semasa melakukan perhubungan beliau telah menghisap payu dara isterinya sehingga susu telah masuk ke dlm perutnya. Oleh kerana itu, beliau telah pergi berjumpa dgn Abu Musa Al-Asha`ari R.A utk bertanyakan hukum tentang ini. Lalu Abu Musa menjawab, “Isteri engkau sudah tidak halal buatmu.”

Selepas itu, lelaki tersebut telah pergi berjumpa dgn Abdullah Ibn Mas’ud R.A utk bertanyakan perkara yang sama dan Ibn Mas’ud mengatakan ia bukanlah menjadi kesalahan. Ibn Mas’ud memberikan hujjah dari hadith yang mana dgn jelas menyatakan bahawa susuan hanyalah terbatas utk 2 tahun pertama kanak-kanak. Lalu Ibn Mas’ud membacakan ayat:


وَالْوَالِدَاتُ يُرْضِعْنَ أَوْلَادَهُنَّ حَوْلَيْنِ كَامِلَيْنِ لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَةَ

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”(Surah Al-Baqarah ayat 233)


هَذَا إِرْشَادٌ مِنْ اللَّه تَعَالَى لِلْوَالِدَاتِ أَنْ يُرْضِعْنَ أَوْلَادهنَّ كَمَال الرَّضَاعَة وَهِيَ سَنَتَانِ فَلَا اِعْتِبَار بِالرَّضَاعَةِ بَعْد ذَلِكَ وَلِهَذَا

Ini adalah perintah Allah Ta’ala kpd para ibu yang menyusukan anak sehingga sempurna tempoh itu yakni 2 tahun. Maka selepas tempoh itu (2 tahun), ia tidak tidak dikira. Mendengar hujjah ini, maka Abu Musa R.A berkata: “Jgnlah engkau bertanya aku lagi sekiranya ulama besar ini berbicara.”

Penjelasan selanjutnya ayat al-baqarah:


قَالَ " لِمَنْ أَرَادَ أَنْ يُتِمَّ الرَّضَاعَة " وَذَهَبَ أَكْثَر الْأَئِمَّة إِلَى أَنَّهُ لَا يُحَرِّم مِنْ الرَّضَاعَة إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ فَلَوْ اِرْتَضَعَ الْمَوْلُود وَعُمْره فَوْقهمَا لَمْ يُحَرِّم

Berfirman Allah, “Bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu…”
Oleh yang demikian, penyusuan menyebabkan pengharaman itu (i.e: haram utk dinikahi) berlaku sblm 2 tahun. Sekiranya bayi menyusu selepas 2 tahun, maka pengharaman itu tidak ada.


قَالَ التِّرْمِذِيّ : " بَاب مَا جَاءَ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا فِي الصِّغَر دُون الْحَوْلَيْنِ" حَدَّثَنَا قُتَيْبَة حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَة عَنْ هِشَام بْن عُرْوَة عَنْ فَاطِمَة بِنْت الْمُنْذِر عَنْ أُمّ سَلَمَة قَالَتْ : قَالَ رَسُول اللَّه صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَآلِهِ وَسَلَّمَ : " لَا يُحَرِّمُ مِنْ الرَّضَاعِ إِلَّا مَا فَتَقَ الْأَمْعَاءَ فِي الثَّدْيِ وَكَانَ قَبْل الْفِطَامِ " هَذَا حَدِيث حَسَن صَحِيح وَالْعَمَل عَلَى هَذَا عِنْد أَكْثَر أَهْل الْعِلْم مِنْ أَصْحَاب رَسُول اللَّه - صَلَّى اللَّه عَلَيْهِ وَسَلَّمَ - وَغَيْرهمْ أَنَّ الرَّضَاعَة لَا تُحَرِّم إِلَّا مَا كَانَ دُون الْحَوْلَيْنِ وَمَا كَانَ بَعْد الْحَوْلَيْنِ الْكَامِلَيْنِ فَإِنَّهُ لَا يُحَرِّم شَيْئًا.
(تَفَرَّدَ التِّرْمِذِيّ بِرِوَايَةِ هَذَا الْحَدِيث وَرِجَاله عَلَى شَرْط الصَّحِيحَيْنِ)

Berkata Imam At-Tirmidzi di bawah Bab Penyusuan Menyebabkan Pengharaman Dlm tempoh 2 tahun pertama: Diriwayatkan dari Qutaibah diriwayatkan dari Abu Awanah dari Hisham bin `Urwah dari Fathimah Bint Munzir dari Umm Salamah berkata bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Penyusuan akan menyebabkan haram sekiranya ia berlaku menyusu dan sebelum fitam (sblm 2 tahun).” At-Tirmidzi mengatakan, “Hadith ini hasan sahih dan majority para ahli ilmu dari kalangan para sahabat Rasulullah S.A.W mengamalkan bahawa penyusuan menyebabkan pengharaman sblm tamat tempoh 2 tahun dan penyusuan selepas itu tidak akan menyebabkan pengharaman.” (At-Tirmidzi shj meriwayatkan hadith ini dgn jalur rijal yang memenuhi syarat sahihain)

Kesimpulannya: Tidak mengapa bapa bayi berbuat demikian dan tidak menyebabkan berlaku pengharaman. :grin:

Wassalam

_________________
Image
View user's profile Send private message
thtl
Maqam 7
Maqam 7


Joined: Aug 22, 2001
Posts: 12112
Location: KL/WP/Mal

Post Posted: Dec 03, 2003 - 06:43 PM Reply with quote Back to top
Post subject: Re: SJ - 3147: susu isteri
Wassalam
Tas-hih/Tahqeeq

Rumusan:
Umur yg mempengaruhi susuan ialah (bayi) yg belum mencapai umur dua tahun. Ini ijma' sahabat kecuali Aisyah ra. (Imam anNawawi, Syarah Sahih Muslim : 6/214; Imam Ibn Rusyd, Bidayah alMujtahid: 2/36). Madzhab Daudi atau Zahiri mendokong pendapat Aisyah dan diperkuat oleh Imam Ibn Hazm.
Madzhab Hanafi bayi bawah 2 tahun 6 bulan. Maliki pula dua tahun beberapa hari. WA

1 comments:

Anonymous said...

salam, kurang jelas pada kesimpulannya:

adakah salah saya faham begini:

tidak jatuh haram bagi suami meminum susu isteri (samada secara sengaja atau tidak) semasa bersama isteri walaupun bayi belum berumur lebih 2 tahun?

tkasih

Post a Comment