Dec 22, 2008

Lanjutan Khitan Perempuan

Assalamualikum,

Izinkan saya kembangkan diskusi mengenai hal ini, kerana saya pernah cuba mengkaji perspektif kumpulan yang menentang maupun yang tidak bersetuju berkhitannya perempuan. Bagi pihak lelaki banyak medical literature western/non-western yang menyokong bersunat bagi pihak lelaki. Yang pastinya medical literature menyokong itu kukuh alasan medicalnya mungkin juga kerana Yahudi bersunat lelaki itu wajib sewajibnya menyebabkan isu ini kurang digemburkan.

Yang menjadi tentangan hebat, adalah berkhitan untuk perempuan. Isunya dibawa hingga ke Unesco, PBB dsb yang mana medical literaturenya menshahihkan bahawa procedure berkhitan bagi wanita itu dalam beratus-ratus kes telah membawa bahaya kepada wanita, tidak bersih kerana pendarahan, infection kerana kemaluan wanita terdedah kerana infection, procedure yang berlebihan di Afrika dsb.

Yang Muslim pun menggunakan medical literature, sejarah procedure khitan yang berlebihan serta hadis yang antara lain menyebut bahawa apabila Rasullulah SAW ditanya oleh seorg. perempuan pakar khitan samada wajib berkhitan Nabi hanya menjawab jika perlu lakukanlah dengan hati-hati kerana ia adalah satu "kesenangan" kepada suaminya di satu hari nanti. Maka ia adalah satu tradisi Arab dan bukan semua Arab dizaman Rasullulah melakukannya malah tidak seperti berkhitan lelaki disarankan, khitan perempuan tidak malah didiamkan oleh Rasullulah. Maka kerana ini procedure yang berlebihan dan telah terbukti medically jika tidak hati-hati boleh menggugat seksual health pasangan yang berkahwin mereka sarankan untuk ditinggalkan sahaja tradisi ini. Malah argument bahawa procedure khitan boleh mengekangkan nafsu saya rasa medically speaking yang menyokong kata ia ada kesan kerana bahagian tersebut adalah sebahagian dari erogenous zone wanita. Bagi yang menentang mengatakan bahawa jika lelaki boleh melakukan onani lantas menggalakkan nafsu dan disarankan agar melarang perbuatan tersebut atas dasar yang sama seorang wanita juga disarankan agar menjaga atau mengekang nafsu dengan cara iman, maka argumen mengekang nafsu itu tidak kukuh basisnya.

Saya bersetuju teknologi itu wujud, namun kesedaran teknologi, melaraskan hukum fiqh dengan procedure moden dan lain-lain diseluruh dunia masih kurang. Saya bersetuju kerana scientifically proven juga bahagian tersebut memang menyumbang kepada nafsu. Tetapi masalah sekarang adalah kesedaran wujud procedure moden kurang kerana tidak silap saya yang masih mengamalkannya di Malaysia menggunakan cara "kampung" bukan hospital.

Maka jika kita Mazhab Syafii jika ingin mengikut saranan pihak tuan maka perlulah meningkatkan kesedaran ini kerana kejayaan menangkas tanggapan bagi pihak lelaki adalah dengan kejayaan medical. Saya rasa dizaman Islam kuat ditentang kita tidak perlu mengikut telunjuk mereka tetapi kita perlu juga membuktikan secara medical untuk mendiamkan suara mereka. Apa pendapat panel.

JKK

Jawab:

Jawapan Ustaz Pendekar adalah realiti Mesir sedangkan di Malaysia, isu khitan anak perempuan tidak menjadi isu. Ia termasuk isu yg didiamkan oleh majoriti penganut Syafi'iyah. Kita tidak pasti samada masyarakat Melayu mengkhitankan anak2 perempuan mereka atau tidak. Kebanyakan (almost 100%) kelahiran sekarang berlaku di hospital moden dan hukum khitan bayi perempuan ini tidak ditimbulkan. Manakala khitan kanak2 lelaki di Malaysia adalah suatu yg diambil berat.

Ini bermakna pendapat Syafi'iyah mengenai khitan perempuan tidak mendapat perhatian sebagaimana wajibnya terhadap kanak2 lelaki.

Mesir dan jiran2nya dari negara2 Afrika terdedah kepada amalan yg ekstrim oleh beberapa suku kaum Afrika dalam persoalan khitan perempuan dan timbullah isu Female Genital Mutilation (mutilasi kemaluan perempuan).

Dalam hal ini Islam Online dari tiga Muftinya, Dr Qardhawi, Syaikh alHanooti dan Mufti Ontario Kanada, Syaikh Mahmud Kutty bersepakat khitan wanita itu tidak thabit dari nas sebagaimana thabitnya hukum khitan bagi lelaki. Jika ada nas-nas mengenai khitan perempuan, ia tidak sahih dan tidak boleh dijadikan hukum. Jika ada mana-mana bapa Muslim yg ingin melakukan ia adalah urusan peribadi dan hendaklah diserahkan kepada wanita atau doktor yg ahli dan dipercayai.

Kita menyokong pendapat anda bahawa kajian perubatan dan teknik yg terbaik mengenai khitan wanita ini belum cukup lengkap dan boleh dimajukan sebagai scientific proof. WaLlahu a'alam

0 comments:

Post a Comment