assalamualaikum...
kepada ustaz/ustazah. saya mempunyai kemusykilan berhubung hubungan antara saya dan kakak saya. saya merupakan anak ketiga daripada 8 orang adik-beradik, dan kakak saya adalah anak kedua. saya merupakan graduan mahasiswa ipta dan graduate oktober 2001, manakala kakak saya pula masih menuntut di ipta di sarawak dan insya-Allah graduate tahun 2003. alhamdulillah, saya telah pun bekerja di sebuah sektor awam mulai disember 2001, dan sebelum itu, pada bulan november, saya telah selamat dinikahkan dengan jejaka pilihan saya. saya sebenarnya kurang pasti apa yang perlu saya lakukan dengan kakak saya, memandangkan dia seperti tidak menyukai saya dan seolah-olah berdendam dgn saya, lebih ketara lagi setelah saya berkahwin. setahu saya, saya tidak pernah membelakangkan keluarga, dan juga dirinya, di mana pernikahan saya adalah direstui oleh ibubapa kami. kakak saya pernah menulis surat kpd saya dan menyatakan saya suka berpura-pura di mana dia mempersoalkan solat saya dan nasihat saya kpd adik-beradik yg lain(berbentuk agama).walaupun saya sungguh sedih dgn kenyataannya itu, namun saya menerimanya, kerana hanya Allah yang tahu ibadah yg saya lakukan.semasa aidilfitri baru2 ini, saya menghulurkan tangan utk bermaafan, namun kakak saya menepis tgn saya seolah-olah tiada ruang maaf utk saya, w/pun saya rasakan dia yg sepatutnya berbuat demikian kpd saya (memohon maaf), namun sbg adik, saya tidak kisah utk memulakannya. sebelum saya bertunang, tidak saya nafikan, hubungan kami memang tidak brp rapat memandangkan kami jarang bertemu, belajar di asrama dan bertemu hanya di hari raya. namun, saya tidak lupa utk menghantar kad hari lahir/berjaya dlm peperiksaan utknya...w/pun dia jarang membalasnya. saya sering menangis apabila memikirkan perlakuan kakak saya. ibubapa saya pula seperti tidak menasihatinya, kerana maklum dgn sikapnya yg keras kepala dan tak boleh dinasihati, nanti merajuk pula.maklumlah....anak pandai, ambil jurusan perubatan, mungkin krn itu ibu dan ayah saya tidak mengambil berat soal kami berdua, w/pun mereka mengetahuinya. saya pernah menyuarakannya, ttp ayah saya cuma menasihati saya supaya bersabar dan buat tak tahu shj dgn sikapnya. bagaimana mungkin saya menghadapinya, sedangkan saya pasti akan bertemu dgnnya setiap kali saya melawat ibubapa saya, dan saya bimbang perlakuannya itu akan mempengaruhi adik2 saya yg lain. abang sulung saya tidak ambil kisah hal keluarga, krn dikelilingi masalah yang banyak, dan belum berkahwin. kakak saya juga belum berpunya, kerana katanya nak cari duit kerja dahulu, tolong mak ayah dahulu, baru fikir soal nak kahwin. bagi saya, dia seolah-olah menganggap saya tidak membantu keluarga, walhal sejak saya bekerja, alhamdulillah, saya tidak pernah lupa t/jawab saya sbg anak, dan sebulan sekali pasti pulang ke kampung melawat kedua2 ibubapa dan mertua.kakak saya ini suka berfikiran negatif...dan saya juga perasan, solatnya tak cukup 5 waktu (semasa saya berada di rumah sebelum berkahwin). mudah-mudahan sikapnya itu akan berubah...
saya amat berharap ustaz/ustazah dpt memberi pandangan atau nasihat buat saya, krn saya amat berharap utk menjernihkan kembali hubungan yg keruh, dan mempunyai keluarga yg bahagia tanpa ada sempadan.
sekian..wassalam.
Jawab:
Pertama sekali, thtl sebagai panel fiqh di Ahkam hanya mengkhususkan dalam perspektif fiqih, di mana saya hanya nampak dan mudah menyelesaikan jika soalan yg dikemukakan itu menjurus kepada fiqh, sedangkan permasalahan anda ini dalam masalah personal relation dan urusan kaunseling kekeluargaan. Mungkin ada panel lain di Ahkam yg expert dalam urusan ini dan mudah-mudahan mereka akan membantu.
Kedua: Keruhnya hubungan adikberadik ini bukanlah suatu yg mengejutkan, bahkan dalam keluarga Nabi, misalnya keluarga Nabi Ya'acob AS, di mana Nabi Yusof AS dan Bunyamin dicemburui oleh adik-beradiknya yg lain, maka Allah abadikan kisah keluarga itu dalam surah Yusof.
Ketiga: Sebagai lulusan IPTA, IQ dan kebolehan analytical sudah dimiliki oleh anda adik beradik untuk benar-benar melihat, apa sebenarnya yg berlaku dalam keluarga anda. Root-cause sebenarnya..ini kerana keruhnya hubungan itu adalah symptoms sahaja, mesti ada root-cause yg perlu anda bedah-siasat.
Keempat: Anda seorang sahaja yg sudah berkerjaya dan cepat-cepat mendirikan rumahtangga, sedangkan Abang Long dan kakak anda pun belum bekerja dan berkahwin. Ini mungkin (salah satu punca?) yg menjejaskan solidarity (semangat kekitaan) keluarga anda.
Kelima: Latarbelakang ibubapa, up-bringing juga mempengaruhi watak adik-beradik. begitu juga pengaruh kemiskinan dan kedha'ifan (jika ada).
ke enam: Dalam lapan adik beradik, mesti ada dua tiga yg boleh dibawa berbincang dan sama-sama merangka plan bertindak untuk memulihkan hubungan. Membina extended keluarga yg harmoni merupakan top-priority buat anda, maka ia mesti bermula dengan dua tiga adik beradik yg ngam dgn anda.
ketujuah: Anda hendaklah yakin, bahawa hubungan kekeluargaan ini kekal, bak kata pepatah, carik2 bulu ayam aje, dalam situasi krisis keluarga, pasti ahli keluarga akan bertaut.
ke lapan: Banyakkan berdo'a kepada Allah..
Sabran jamil
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment