Dec 22, 2008

Zihar

Assalamu'alaikum Ustaz,
Di sini ingin saya bertanya mengenai bab zihar.
Permasalahannya:

1. Seorang lelaki, mempunyai 2 orang isteri. Telah berkata suami itu kepada isteri mudanya "Rupa awak macam anak saudara perempuan kakak awak (isteri pertama) ". Adakah dikatakan jatuh hukum zihar kepada pasangan tersebut bila suami berkata demikian.

2. Hal demikian telah lama berlaku, seandainya jatuh zihar. Bagaimanakah hubungan keduanya kerana tidak arif tentang bab zihar ini. Setelah mengetahuinya, maka perlukah suami membayar kifarahnya?

Sekian, terima kasih.

Jawab:

1. Zihar tidak berlaku dalam keadaan begitu:

Alasan:

a. Lafaz Zihar yg sahih dan ijma' ialah lafaz yg berbunyi begin,"Bagiku, engkau seperti punggung ibuku." Lafaz sarih (jelas) ini tidak memerlukan niat.

b. Jika suami tidak menyebut 'ibu' secara khusus dengan menyebut mahram yg lain, Jumhur menetapkan ia bukan zihar

c. Jika suami tidak menyebut 'punggung', tapi ungkapan lain spt muka, maka tidak jatuh zihar kerana definasi zihar ialah punggung dan punggunglah yg ditunggangi oleh suami/lelaki (yg membawa maksud setubuh)
Fathul Bari 9/324; Mughny7/514; Bidayah alMujtahid 2/104

Fiqh Syafi: lafaz, "rupa awak macam rupa anak saudara kakak awak" memerlukan niat. Jika niat penghormatan atau pujian tidaklah zihar namanya.
Soalan ke2: Tidak perlu dirisaukan, zihar tidak berlaku.
Allahu a'alam

1 comments:

Anonymous said...

salam ustaz..
saya nak bertanya..berlakukah zihar sekiranya lafaz si suami seperti ini "badan awak(isteri) gemuk macam mak saya"..??

terima kasih ustaz..wasalam

Post a Comment