Jan 27, 2009

Poligami / Taat Pada Suami?

0Harap Panel dapat memberikan jawapan, kalu boleh, dgn cara ilmiah dan dalil2..

Seperti yg dmaklumi ;

1. Isteri wajib mentaati suami (kecuali maksiat)..
2. Isteri juga wajib memberikan kebahagiaan kepada suami..
3. Suami pula wajib menanggung nafkah keluarga..

Ada seorang sahabat saya (muslimat) yang bertanya perihal keluarganya.. Suaminya orang terpelajar bidang agama. Namun kini suaminya teringin untuk beristeri lain.. Suami meminta persetujuan isteri untuk memberi kebenaran.. Namun si Isteri tidak dapat memberikan persetujuan.. bukan menolak keharusan poligami, namun pada pendapatnya;

a. Suami belum layak untuk menanggung nafkah keluarga
b. Dia tidak dapat memujuk hati untuk bersetuju.. meskipun demikian, dia tetap redha dgn ketentuan ilahi..

Beberapa persoalan timbul..

1. Apakah hukum sebenar poligami.. Sunnah?... Sunat ? Harus ?

2. Apakah hukum isteri yg tidak boleh mengatakan "Saya setuju.." - sedangkan itu adalah perkara yg membahagiakan suaminya..

3. Adakah isteri dikira Nusyuz kerana tidak taat kpd suami (dlm perkara bukan maksiat ini?)

4. Apakah hukum sebenar perbuatan isteri meminta cerai? (istilah gegar tiang arash.. dll)

Harap dapat membantu saya utk membantu mereka.. kalau boleh, beserta dalil2 kerana mereka orang terpelajar..

************************
thtl

alJawab:

cikgu memohon:

Quote:
kalu boleh, dgn cara ilmiah dan dalil2

kami balas: Usah dibimbangkan duhai cikgu, bahkan inilah tujuan al-Ahkam dibangunkan, ilmiyah dan berdalil, itulah manhaj ittiba'. Cuma thtl meringkaskan sedaya mungkin kerana itulah versi internet, tapi sentiasa di senaraikan senarai rujukan supaya pembaca boleh mendapatkan jawapan lengkap dan ilmiyah dari sumber asal. Panelis2 yg lain masih menulis dengan panjang dan lengkap.

4 soalan yg diajukan seputar Poligami/poligini & jawapnya:

1. Hukum sebenar poligami adalah masih kekal sebagaimana dalam AQ dan Sunnah. Sampai Nabi SAW wafat, ayat alQuran tidak menasakhkan dalil membolehkan poligami dan para muslimin sejak zaman salaf masih terus mengamalkan poligami. Di Malaysia, tok2 guru dan alim ulama' adalah mereka yg masih mempraktikkan poligami hingga ke hari ini tanpa sebarang masalah. Yang bermasalah ialah yg dilakukan oleh orang awam yang kurang agamanya. Dalil alQur:an yg dimaksudkan ialah:

AQ 4: anNisaa' ayat 3 (maka kahwinilah wanita2 yg kamu senangi: dua, tiga dan empat) dan 4:129 (dan kamu sekal-kali tidak akan dapat berlaku adil di antara isteri2 kamu)

Kemungkinan yg mengelirukan anda ialah sikap Syaikh dan Mufti Mesir, Syaikh Muhammad Abduh (Dr Muhd Imarah, Biografi Imam Muhammad Abduh,/240 (cairo, 1981), muridnya Syaikh Rashid Ridha (Tafsir alManar: IV/348-349) dan Shah Waliyullah alDihlavi yg mengharamkan poligami, begitu juga gerakan Feminisme (SIS dan Amina Wadud) atau gerakan Islam Liberal (JIL) yang mahu poligami dihentikan dan dihapuskan di atas persamaan gender (gender equality)

Namun pendapat yg rajih ialah hukum harusnya poligami tetap kekal sebagaimana asalnya dalam AQ jika syarat2 yg digariskan AQ dan asSunnah diberi perhatian.

tbc
_________________
2. Hukum isteri yang tidak bersetuju dengan keputusan suaminya ingin membuka cawangan.

Boleh, bahkan rang pindaan Hukum Kekeluargaan Wilayah yang heboh diperkatakan baru2 ini pun sebenarnya menjaga kepentingan isteri pertama dan si isteri tsb boleh mengadu kepada Hakim/Mahkamah akan situasi sebenar suaminya dan kenapa dia membantah hasrat suaminya berpoligami. Maka sikap isteri yg tidak bersetuju itu memang boleh jika ada alasan menasabah. Tidak ada nas yg melarang perasaan si isteri tsb. Bila-bila masa sahaja dia boleh mengadu kepada Hakim dan menyatakan ketidaksetujuannya dan enakmen kekeluargaan di Malaysia memperakuinya utk melindungi kaum wanita.

3. Apakah isteri dianggap nusyuz jika tidak ta'at dlm perkara bukan maksiat?
alJawab: Poligami, walaupun ia bukan maksiat tapi ia melibatkan banyak syarat-syarat. Antaranya, keadilan, nafkah, memelihara dan mentadbir keluarga (lama dan baru). Dalilnya: " jika kamu takut tidak dapat berlaku adil, maka kahwinilah seorang shj" AQT 4: 03

Jadi jika isteri tidak ta'at kepada hasrat suami utk berpoligami (sedangkan ia bukanlah maksiat) dan terbukti ada asasnya, maka ia bukanlah nusyuz.

Maka kenyataan nusyuz terhadap hasrat poligami walaupun ia bukan maksiat, tapi jika bantahan isteri ada asasnya iaitu berlaku maksiat selepas poligami di mana suami tidak berlaku adil dan mengabaikan keluarga isteri pertama.

4. Hukum sebenar (celaan terhadap) isteri meminta cerai ialah dalam perkara2 yg tiada asas syara'iy, maksudnya sebabnya remeh-temeh.

Dalilnya:

" Siapapun wanita yg meminta cerai kpd suaminya tanpa alasan yang benar maka haramlah atasnya bau syurga." HR Abu Daud dari Tsauban, disahihkan oleh al-Albani Sahih Sunan Abu Daud # 1947.
WA
________________
tytsezh
Panel Feqh

sekadar info tambahan kepada penanya..tapi yg ni bukanlah termasuk pindaan terbaharu .(S.23 1,2 dan...UKIP 1987)

3) Permohonan untuk kebenaran hendaklah dikemukakan kepada Mahkamah mengikut cara yang ditetapkan dan hendaklah disertai dengan suatu akuan berkanun menyatakan alasan-alasan mengapa perkahwinan yang dicadangkan itu dikatakan patut dan perlu, pendapatan pemohon pada masa itu, butir-butir komitmennya dan kewajipan serta tanggungan kewangannya yang dapat ditentukan, bilangan orang tanggungannya termasuk orang-orang yang akan menjadi orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu, dan

Quote:
sama ada izin atau pandangan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada telah diperolehi atau tidak terhadap perkahwinan yang dicadangkan itu.

(4) Apabila menerima permohonan itu, Mahkamah

Quote:
hendaklah memanggil pemohon dan isteri atau isteri-isterinya yang sedia ada supaya hadir apabila permohonan itu didengar, yang hendaklah dilakukan dalam Mahkamah tertutup, dan Mahkamah boleh memberi kebenaran yang dipohon itu jika berpuashati-

(a) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu adalah

Quote:
patut dan perlu

, memandang kepada, antara lain, hal-hal keadaan yang berikut, iaitu, kemandulan, kelemahan jasmani, tidak layak dari segi jasmani untuk persetubuhan, sengaja ingkar mematuhi perintah untuk pemulihan hak-hak persetubuhan, atau gila di pihak isteri atau isteri-isteri yang sedia ada;

(b) bahawa

Quote:
pemohon mempunyai kemampuan yang membolehkan dia menanggung, sebagaimana dikehendaki oleh Hukum Syara' , semua isteri dan orang tanggungannya

, termasuk orang-orang yang akan menjadi orang-orang tanggungannya berikutan dengan perkahwinan yang dicadangkan itu;

(c) bahawa pemohon akan berupaya memberi layanan sama rata kepada semua isterinya mengikut Hukum Syara' ;

(d) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan menyebabkan darar syarie kepada isteri atau isteri-isteri yang sedia ada; dan

(e) bahawa perkahwinan yang dicadangkan itu tidak akan merendahkan secara langsung atau secara tak langsung taraf kehidupan yang telah dinikmati dan dijangka dengan munasabah akan dinikmati seterusnya oleh isteri atau isteri-isteri dan orang-orang tanggungannya yang sedia ada sekiranya perkahwinan itu tidak berlaku.

4 comments:

Anonymous said...

sah ke tak..
1. poligami tanpa persetujuan n kebenaran isteri
2. berkahwin di siam (tak pasti wali mana)-kalau wali hakim, kene ikut syarat2 yg walinasab dulu kan..kalau wali nasab ada, tp kawin di siam guna wali hakim,sah ke perkahwinan tu?

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Saya ada kemusykilan. Seandainya suami ingin berpoligami sedangkan isterinya tidak mempunyai sakit, tidak mandul, sudah mempunyai anak, memenuhi keinginan seksnya setiap kali bila dikehendaki, taat padanya, membantunya dalam soal kewangan walaupun suami punya wang simpanan yang banyak. Apakah hukum bagi isteri itu jika dia tidak mengizinkan poligami kerana ia merasakan ketidakadilan keatasnya memandangkan 'kekurangan' tidak datang darinya sedangkan si suami ingin berpoligami atas alasan sunat melakukannya?

Anonymous said...

ustaz. saya tidak boleh lagi berlaku adil kepada isteri kedua saya yang saya nikahi 2 tahun lalu. Saya boleh selama setahun tapi banyak gaduh dengan isteri pertama dek sebab itu. saya terlalu banyak beralah dengan isteri pertama saya. Saya tidak adil dengan malam2 saya bersama isteri kedua. Apa kah perlu saya buat jika saya tidak lagi boleh berlaku adil, ustaz? Saya tahu hukum nya adalah berjalan mereng di akhirat. Masalah sekarang ialah isteri kedua saya tidak mahu diceraikan. Dia cuma kuat merajuk jika saya tidak bermalam di rumah dia. Apa perlu saya lakukan kerana saya tak sanggup bergaduh dengan isteri pertama dan saya tidak mahu dosa berterusan kerana tidak adil. Salam.

Anonymous said...

Ustaz, saya ingin bertanya, adakah isteri masih wajib taat kepada suaminya walaupun dia telah dihalau keluar dr rumah kerana suami mempunyai hubungan dengan wanita lain. Dan suami berjanji akan melepaskannya tetapi setelah 2 tahun lebih, suami masih belum menceraikannya. adakah masih wajibkan isteri mentaati suaminya itu walaupun sudah setahun lebih tidak duduk sebumbung?

Post a Comment