Dec 22, 2008

Adakah Bubar Nikah Jika Kahwin Khunsa

Assalamualaikum Wmt Wkt

Adakah wajib dibubarkan perkahwinan seorang lelaki dengan seorang khunsa yang membuat pembedahan tukar jantina?

adakah khunsa tidak berpeluang untuk berkahwin buat selama-lama mengikut Islam?

Wassalam

Wassalam

Ini adalah isu ijtihadiah dan medis (perubatan).
Dari segi ijtihad, fuqaha' kontemporer tidak ada masalah bagi khunsa membuat pembedahan menukar jantina setelah disahkan genetik dan kecenderongan tabi'iynya.
Dari segi medis (perubatan), memang sudah ada teknologi dan rawatan hormon utk memulihkan sepenuhnya perpindahan jantina bagi khunsa.

soalan 1: Jika khunsa kahwin dengan seorang perempuan (apakah pernah berlaku di mana-mana?) dan jika separuh jalan (perkahwinan itu) si khunsa itu tidak mampu memenuhi tuntutan seksual isterinya kerana sifat dan tabi'iynya adalah perempuan. Maka isterinya termasuk orang yg ditipu oleh keluarga si khunsa, maka pihak isteri boleh memfailkan aduan kpd pendaftar nikah utk membubarkan perkahwinan (jika si khunsa enggan menceraikan isterinya dgn baik)

2. Khunsa boleh berkahwin jika status jantinanya di sahkan oleh perubatan dan dia boleh membuat pembedahan menukar jantina. Ini kerana nas2 yg ada (laknat) ditujukan kepada lelaki yg secara sengaja menyerupai dan berlagak perempuan atau sebaliknya. Jika genuine dari sudut genetik dan kecenderungan semulajadi (tabi'iy), maka pembedahan jantina diharuskan. Antara ahli fatwa yg berpendapat demikian ialah mantan Syaikhul alAzhar Ali Jad alHaq (alFatawa), Prof Ahmed Syurbasyi (Yas-aluunak), Prof Qardhawi (alFatawa). WA

2 comments:

Anonymous said...

Salam wbt...saya ingin tanya soalan mengenai keraguan khunsa..saya mempunyai seorang teman rapat yg sebenarnya seorang khunsa tetapi telah tetap dengan jantinanya sebagai lelaki..namun dia sering merendahkan dirinya dengan menyatakan sekiranya dia berkahwin dia tidak dapat memberikan zuriat..bagaimanakah caranya untuk seorang khunsa lelaki menstabilkan sistem reproduktifnya supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang sempurna dengan izin Allah swt agar dia dapat memberikan zuriat pada bakal isterinya suatu hari nanti...saya harap soalan saya mendapat jawapan...terima kasih :)

Admin said...

W'salam...

masalah anda ini lebih kepada masalah perubatan dari masalah fiqh. Dalam kes ini anada adalah dianggap sebagai lelaki. Kami tidak berupaya untuk memberikan khidmat nasihat yang lebih baik dari apa yang akan diberi oleh ahli perubatan bertauliah. WA.

Post a Comment