Salam
Boleh tak al-quran dijadikan sebagai salah satu hantaran perkahwinan yang biasanya dilakukan dalam masyarakat kita?
ada tak dalil yang buleh dirujuk samada membenarkan atau sebaliknya.
Wassalam
Jazakallah
Wassalam
Ia termasuk adat2 yg tidak tercela. Asal dalam mu'amalat itu harus, kecuali ada nas yg mencegahnya. Mahar kepada wanita ini tiada batasan dan tiada perincian, maka terpulanglah kepada bakal suami untuk memberi apa jua yg difikirkan menasabah sebagai mahar kpd bakal isterinya. Fiqh Sunnah. WAS
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
bukan mahar al-Quran, tetapi manfaat daripda al-Quran itu, seperti mangajar al-Quran, jangan salah faham terhadap masalah ini.
Jumhur ulama: Setiap harta yang bernilai (ada nilaiannya) sama ada berupa ain, hutang segera atau tangguh dan juga manfaat yang boleh dinilai dengan harta sama ada manfaat isteri atau orang lain, maka semua itu sesuai untuk dijadikan mahar.
-dengan syarat ia bukan perkara yang haram seperti arak, khinzir, mengajar kitab taurat
tidak terdapar Gharar seperti perkara yang tidak wujud atau perkara yang tidak diketahui.
atau tidak mempu menyerahkannya, seperti burung di udara.
-Jika akad dilakukan dengan mahar yang sedemikian, akan tidak batal, Cuma maharnya rosak dan wajib mahar mithil.
Nabi s.a.w. mengahwinkan perempuan yang menghibahkan dirinya kepada Nabi dengan seorang lelaki dengan maharnya apa yang dimiliki lelaki itu dari al-Quran.
Cara berhujah: ini kerana ia adalah manfaat, boleh ditimbalbalas dalam akad sewaan, maka dengan itu harus dijadikan mahar sebagaimana manfaat hamba.
Abu Hanifah berpendapat manfaat merdeka tidak boleh dijadikan mahar.
Dalam satu riwayat: Manfaat perkahwinan sahaja yang tidak boleh dijadikan mahar.
Jika seorang perempuan berkahwin dengan seorang lelaki dengan mahar tertentu iaitu khidmat wanita untuk tempoh setahun sebagai contoh, atau bercucuk tanam di bendang milik perempuan, atau menjahit baju wanita, maka mahar ini menurut hanafi tidak sah. Dan perempuan itu mendapat mahar mithil.
Dalil: (وأحل لكم ما وراء ذلكم أن تبتغوا بأموالكم)
Khidmat merdeka bukan harta, begitu juga berkahwin dengan maharnya mengajar al-Quran kerana ia bukan harta.
Muhammad bin al-Hasan: Wajib nilai khidmat, kerana mahar yang disebutkan itu adalah harta Cuma tidak mampu diserahkan kerana terdapat semacam pertembungan. Ini kerana dalam situasi ini, seolah-olah menjadi kewajipan lelaki untuk mentaati isteri sedangkan asalnya (kaedahnya) si isteri wajib mentaati suami.
rujuk kitab ahwal syaksiyah, dr mahmud syaltut.
I love this topic. Writer has made some solid in his article. I will surely research to verify them. Learn Quran Online | Quran Study Online
Post a Comment