assalamualaikum,
Adakah jawapan tidak batal itu untuk pondan dan khunsa?
Adakah apa2 perbezaan antara pondan dan khunsa?
Jika pondan sembahyang berjamaah, dalam saf manakah dia patut berada?
Jawab:
1. Pondan vs Khunsa
Khunsa dari bahasa Arab bermaksud 'lembut'. Dari sini timbulnya istilah kaum lembut, mak nyah atau pondan. Menurut kamus dewan, pondan ialah lelaki yg memiliki sifat perempuan atau sebaliknya (perempuan yg memiliki sifat lelaki). Dalam bahasa Indonesia di namakan banci atau waria.
Menurut syara': khunsa ialah seseorang yg diragui seksnya (jantinanya) sama ada kedua-dua alat kelamin, tiada langsung atau ada alat kelamin lelaki tapi batinnya perempuan atau sebaliknya. Menurut Syaikh Hasanain Muhammad Makhluf, Fatwa Darul Ifta', ada dua jenis khunsa: khunsa ghayr musykil (khunsa yg senang ditentukan kecenderungan seksnya dan khunsa musykil (yg sukar ditentukan).
2. Jika khunsa yg ghayri musykil (yg sudah dikenalpasti jantinanya), maka status wudhu' dan ibadahnya menyerupai kaum yg ditentukan (samada lelaki atau wanita). Cth: jika khunsa itu sudah disahkan perempuan, maka jika anda bermadzhab Syafi'iy, maka batallah wudhu' jika bersentuhan dgnnya.
3. Posisi mereka dalam solat: Jumhur menetapkan khunsa berada di barisan ke tiga selepas dewasa, kanak-kanak lelaki dan khunsa selepas itu baru wanita (alMughny, 2/42) Berdasarkan hadis umum dari Abu Daud, Sunan, 1/181 Allahu a'alam
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
salam,
soalan:saya dikategorikan sbg pondan,sifat perempuan,fizikal lelaki,perasaan dan naluri spt pempuan.sy tidak tertarik kpd pempuan dan tertarik kpd lelaki.senang cite,perempuan terperangkap dlm tubuh lelaki.saya keliru krn fizikal dan emosi sy tidak spt org normal.bagaimana cara sy hendak beribadah sdgkn sy sndri keliru siapa sy sbnrnya?bagaimana dgn kehidupan sy di ats muka bumi ini?sy hidup terseksa begini.sy sunyi.hndak bercinta dgn pempuan,sy x de nafsu,hndak kpd lelaki x boleh,dikata homoseks la,liwat la,kaum nabi luth la.habis sy ini batukah?tidak punya prasaan atau nafsu?sbtulnya apa mahu Tuhan diats kjdian pondan yg sukar utk dmgertikn ini?.smpai2 sy slalu berfikir Tuhan itu tidak adil la,myusahkn la,ataupun Tuhan trlbih pndai la sehingga sy tidak tahu siapakah diri sy yg sbnrnya..smpai2 sy pernah mgkaji agma lain slain Islam,agama lain lbih mudah,ikut je nk buat ape pun usah pdulikn Tuhan.tp sy msih ada akal,sy nk cr kredhaan Tuhan tp knp Tuhan buat sy sengsara?????org lain suruh sy sabar,sabar dn sabar.smpai ke mati sy di suruh sabar.hbis mana nikmat di ats dunia yg sy blh rasai sdgkn sy x mcm org lain pun.mcmana sy nk bw bekal di akhirat kalo kt dunia ni pun sy jiwa x tenang,x mcm org lain.sy x tahu nk buat apa lg.sy hanya luahkan prasaan sy.org normal bruntung blh hdup normal tp sy diduga Tuhan dr lahir smpai ke mati...sy x fhm knp Tuhan buat bgini.nk kata sy jahat sgtx la,nk kt sy baik sgt x jgak.hbis apa yg Tuhan mau dr sy?perlu sy jd ahli ibadah spjg usia utk puaskn Tuhan?kalo hanya ada lelaki dn pmpuan shj nape prlu Tuhan buat pondan?sy sedih sgt bgini......
w'salam.
saya simpati dengan keresahan perasaan sdr. Siapalah diri kita ini untuk bertanya dan memberontak kenapa Allah jadikan manusia berbeza-beza, ada yang senang ada yang susah, ada yang normal ada yang cacat. Apa pun yang cuba kita lakukan dan usahkan, ada diantara ciptaan Allah yang sedikit pun tidak boleh kita rubah dengan apa cara sekalipun. Yang tinggal pilihan kita sendiri, samada kita memilih untuk hidup gembira dengan apa yang ada atau kita sentiasa hidup dengan rasa tidak puas hati sampai ke akhir hayat. Pilihan ditangan sendiri. Sebagai manusia tidak ada kebebasan mutlak untuk kita, semua ada batasannya.
pernahkan sdr lihat ada orang lain yang dilahirkan cacat dengan keadaan yang sempurna? ada di antar kita engkar dan menentang sementara ada yang redho dan bertakwa. Tidak ada salahnya sdr boleh mengkaji dan meneliti agama lain, tapi kenapa tidak mau mengkaji sama apa yang terkandung dalam al Quran? Kebanyakan orang kulit putih barat yang mengkaji agama kerana tidak menjumpai jawapannya di dalam kitab bible mereka sendiri akhirnya akan memilih Islam setelah membaca dan mengkaji alQuran (kebanyakannya wanita kuit putih). Sila layari youtube "how I came to Islam".
jangan lupa Islam is the fastest growing religion in US and europe kerana apa? tidak lain dari kerana kebenaran... sila teruskan kajian sdr.
Redholah dengan apa yang diberi jangan terus terusan hidup menderita atas pilihan sendiri.
Post a Comment