Assalamualaikum,
Sebagai tambahan adakah seorang wanita yg mencukur bulu kaki kerana suaminya suka(preference) dibolehkan, sebab saya berpendapat haram mencukurnya kerana menunjuk-nunjuk terutama kepada yg tidak menutup aurat(pakai skirt contohnya).
JKK.
************************
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara MRadzif_72 .
Saya memang sudah mengagak bahawa sudah tentu akan ada soalan berbangkit drp SJ – 2244 : HUKUM MENCUKUR BULU KAKI & BULU ROMA ( LELAKI & WANITA ) .
Kaum wanita boleh mencukur bulu roma mereka , hatta kening-kening mereka sendiri JIKA ianya diminta oleh suami-suami mereka sendiri . ( Khasnya bagi golongan wanita yang keluar rumah dengan berniqab = berpurdah ) .
Ini disebabkan isteri-isteri adalah hak milik para suami dan mereka boleh berbuat apa sahaja ke atas isteri-isteri mereka selagi ianya tidak bercanggah dengan ajaran Islam .
Selain itu , dibenarkan kaum wanita untuk berbuat demikian termasuk berpakaian seksi yang " pelik-pelik " hanyalah di dalam rumah ( iaitu di dalam ranjang asmaranya bersama si suami ) dan bukannya untuk bertabarruj ( berhias dan bersolek yang melampau untuk ditayangkan di luar rumah ) .
Jika semuanya dilakukan dengan niat untuk menambahkan lagi kecintaan si suami dan ianya bukan untuk ditunjuk-tunjuk di luar ranjang asmara , maka TIDAKLAH MENGAPA , bahkan memang setiap isteri dituntut untuk berbuat sedemikian .
Tidak timbul persoalan : Bagaimanakah sesuatu yang haram itu jadi harus apabila disukai oleh suami ? . Ataupun : Adakah si suami lebih besar drp Allah Ta'ala sehingga boleh sesuatu yang haram itu menjadi harus disebabkan disukai oleh sang suami itu ? .
Ini disebabkan ianya adalah hak si suami untuk menikmati isteri-isterinya .
Seperti seorang yang derhaka kepada ibunya . Tidakkah ini bermakna orang itu juga derhaka kepada Allah Ta'ala ? .
Dan kalau seseorang itu menggembirakan si ibu , ini juga bermakna Allah Ta'ala akan redha kepada anak tersebut . Adakah ini bermakna Si Ibu dan Allah Ta'ala itu sama !? , ataupun adakan ini bermakna Si Ibu lebih besar drp Allah Ta'ala !?? . Tidak sama sekali !!!!!!!!!!! . Allah Ta'ala tidak boleh dikiaskan dengan sebarang makhluk-Nya .
Maka demikianlah jawapannya untuk kali ini .
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
11 comments:
assalamualaikum..
apakah hukum muncukur bulu kaki, tetapi bukan untuk tujuan menarik perhatian atau dipamirkan kepada sesiapa tetapi untuk diri sendiri yang ingin kelihatan bersih????
Alhamdullillah, saya sudah 18 tahun berumahtangga dengan suami yang taat perintah Allah, sabar dan penyayang yang banyak membimbing saya menjadi insan yang lebih baik. Saya dan anak2 diajarnya ibadah pada Allah dan berbuat baik sesama insan. Segala yang terbaik telah kami lakukan untuk ayah ibu, namun sifat pilih kasih pada anak2 membuat saya seoalah2 anak yang tidak pernah berbudi. Kami suami-isteri banyak berkorban demi membantu dan membahagiakan ayah dan ibu saya. Namun sifat ayah yang tidak pernah redha melepaskan saya bernikah membuat hidup saya tersiksa zahir dan batin. Ayah suka menabur fitnah tentang saya pada adik-beradik, sahabat-handai dan saudara-mara. Walau ibu tahu saya anak/isteri yang baik, ada kalanya dia turut saja kata ayah. Kami anak-beranak disingkirkan dan dibenci oleh semua saudara-mara kerana ayah pandai berlakon dan membuat cerita. Sudah ramai orang yang menjadi mangsa kebohongannya namun kerana dia selalu membuat helah ayah selalu terlepas dari perbuatannya. Ayah selalu juga memukul saya walau saya dah bersuami bila dia malu kerana pecah-tembelang. Suami saya sudah tak tahan dengan keaadan ini yang semakin buruk, tidak ada penyelesaiannya maka membuat keputusan kami menjauhkan diri selama 3 tahun kini. Ayah bakal mengerjakan haji walau terbukti masih belum berubah sikap malah masih sombong pada kami bila bersua muka namun pada saudara-mara dia menangis mengatakan kami yang tidak mahu menyapanya. Hanya Allah saja yang tahu betapa tersiksanya hati saya. Ayah dan ibu juga pernah melabelkan saya sebagai anak derhaka dan pernah menyuruh suami saya menceraikan saya kerana mereka kata saya anak derhaka tapi suami enggan kerana menurutnya saya isteri yang baik baginya. Ayah dan ibu sengaja berbuat demikian kerana mereka tidak akan berpuas hati hingga saya ditinggalkan suami dan anak2 dan merana agar mereka boleh mentertawakan saya. Mereka mengatakan saya cuma menunjuk2 bila solat dan saya dah gila kerana banyak sangat baca buku agama. Ayah juga pernah cuba maracuni fikiran anak2 dengan memfitnah saya bermacam2 namun anak2 saya langsung tidak percaya kerana memang banyak terbukti ayah memang pembohong dan suka menabur fitnah. Sedari kecil juga ayah menyalahkan saya atas segala musibah atau kesilapan yang dilakukan adik2 yang lain atau apa2 saja yang tak kena dalam keluarga kami. Ayah juga pernah cuba membuat suami saya bergaduh dengan adik-beradik suami dengan fitnah2nya. Masalah saya sekarang, kerana ayah akan ke haji tahun ini, semua orang mengatakan saya mesti pergi berjumpa dengannya untuk meminta maaf sebelum saya disumpah sebagai anak derhaka. Saya rela kerana saya sedar walau apa pun saya hanya anak. Namun suami tidak rela saya berbuat demikian kerana baru2 ini ayah membuat fitnah terbaru hingga abang suami saya menjadi marah kepada suami saya tanpa usul periksa. Jadi bagaimana keadaan saya sekarang ini? Haruskah saya pergi berjumpa ayah sebelum dia berangkat atau menurut perintah suami yang tidak merelakan kerana 1) bimbang terjadi perkara aib di khalayak ramai kerana ayah mungkin membuat kekecohan 2) dia tak rela saya dipandang hina oleh sanak-sauadara yang hadir 3) suami memang terlalu marah pada ayah saya...beginilah nasib saya, ayah memang tak suka saya hidup tenang dan bahagia zahir/batin dunia/akhirat.
betul ke boleh potong bulu kening??http://zakizainalabidin.blogspot.com/2009/11/hukum-potong-bulu-kaki-bulu-kening.html sila lihat ni plak...
Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo, tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah“ ~ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh .
pening la~
kat atas tu pandangan peribadi author ke?
nk ikot hadis ke nk ikot u?
Maksud tulisan di atas kena ikut hadis (tulisan) tu agak berbelit sikit tapi maksudnya kena ikut hadis tak boleh cukur bulu kaki walaupun hanya untuk suami sahaja.
Aidarosli
ayah anda tidak boleh mencampuri urusan rumahtangga anda. Kekalkan hubungan baik dan bahagia dengan suami, cuba asingkan keluarga anda dari ayah anda untuk sementara waktu mudah-mudahan dia boleh berubah. Kalau berjumpa jangan lawan ayah, diamkan diri sahaja. Anda tidak menderhaka dengan seorang ayah yang zalim.
hukumnya TAK BOLEH wanita mencukur bulu kaki (rujuk hadis Abdullah ibn Masud di atas) - semua ulamak sepakat kata tak boleh tanpa khilaf.
tapi ada kelonggaran bagi wanita yang mempunyai bulu kaki luar biasa yang boleh memalukan dan membuat seorang wanita terasa rendah diri... dalam keadaan ini tidak mengapa di potong atas alasan hadis rawatan... WA
wan nadia
tak boleh cukur kening, termasuk dalam kategori dilaknat Allah dalam hadis di atas.
tapi cukur bulu ketiak atau bulu kemaluan dibolehkan kerana ada hadis lain yang membenarkan. WA
salam ust...de kmaslhatan lain ke untuk wanita tu ntuk mncukur bulu kaki...saya kurg faham....wanita muslimat harus mnutup aurat...klu muslimat tu rasa rendah diri...dia nk diri kat sape???...klu dia dh kawin pn...conth, xkan la suami dia nk ceraikan isterinya krna bulu kaki lebat...
saya rasa hadits di atas tu dh jelas mngubah ciptaan Allah...Allah xkan mnjadikan sesuatu tu dengan sia-sia...
mnta pnjelasan..
w'salam
maksudnya kes terpencil kalau terlalu lebat mengalahkan orang lelaki, jadi malulah tuan punya diri tidak normal macam orang perempuan biasa walaupun hanya untuk tatapan mahram sendiri. Islam itu tidak rigid masih ada kelonggaran. WA.
cukur bulu kaki untuk suami takpe. cukur untuk nampak bersih untuk suami tengok takpe. tapi kalau cukur untuk bersih tapi tatapan umum haram.
Post a Comment