Dec 23, 2008

Hukum Memakai Purdah

Salam
Apakah hukumnya memakai purdah, dan sejarah asal-usul pemakaian purdah?


Wassalam

Jawab:

Purdah bermaksud pakaian bagi wanita Islam terdiri dari dua jenis: Hijab atau Hijab+ Niqab

Hijab bermaksud pemakaian sederhana yg membuka muka dan dua tapak tangan.
Niqab bermaksud berhijab dan ditambah dgn niqab atau burqa (penutupan muka)

Sebelum Islam, wanita Arab jahiliyah memakai bermacam ragam pakaiaan. Tapi yg common ialah: khimar (menutup kepala), dar' (menutupi badan), jilbab (pakaian yg dipakai di atas Dar') dan mengenakan pula niqab (menutup muka kecuali dua mata) atau Burqa (menutup semua sekali).

Bila Islam datang, pakaian yg disyari'atkan ialah hijab sahaja (seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan). Jilbab dan khimar itu dikekalkan kecuali niqab atau burqa'.

Dalil: 24: 31 dan 33: 59. Jika ada fuqaha' yg mewajibkan niqab atau burqa, ia adalah khilaf yg sudah ditolak oleh ahli Tahqeeq.
Oleh kerana anda berhajatkan asal usul purdah, kami syorkan anda memiliki kitab2 berikut:

a. Sayyid Abul A'ala almawdoodi, Purdah and the Status of Women in Islam
b. Syaikh Mutawalli Darsy: Niqab or Hijab, IBT Kuala Lumpur, 1997
c. alMuhaddith Albani, al Jilbab al mar-ah, (terjemahan Indonesia)
d. Syaikhul Islam Ibn Taymiyah, Jilbab al mar'ah, Tahqeeq Muhaddith albani (ada terjemahan Indonesia). Ini kerana kami kesuntukan masa utk membuat penyelidikan mengenai sejarah dan asal usul Purdah. WA

11 comments:

Anonymous said...

Saya mempunyai seorang adik yang memakai purdah. Apa yang saya faham, pemakaian purdah dituntut bagi mengelakkan fitnah. Terutama bagi anak gadis. Jika rupa paras yang cantik dan dikhuatiri menarik perhatian lelaki yang melihatnya, adalah digalakkan memakai purdah. Itulah yang dikatakan bagi mengelak dari fitnah dan godaan mata.

AkuHuduh said...

berhati hati dgn ulamak suu'

ummu umar said...

adakah saya tidak berdosa jika ingin memakai purdah namun dilarang oleh umi sya walaupun suami amat menggalakkan???sejak umur saya 16 tahun saya ingin memakainya,tetapi sekarang baru ada kekuatan nak pakai,tetapi mendapat halangan dari umi...mohon penjelasan...

Admin said...

Ummu tidak berdosa kerana tidak memakai purdah. Yang diwajibkan adalah hijab (seluruh tubuh kecuali muka dan dua tapak tangan)... WA

ummu umar said...

tapi sya berpendapat muka i2 adalah aurat...dan sya menganggap bukan wajah saja aurat,malahan wanita i2 keseluruhannya adalah aurat...apatah lg d zaman skrg d mana lelaki tidak lg menjaga pandangan mata n tidak menghormati muslimah,tmasuk yg memakai kopiah..

Admin said...

Ummu cuba semak surah An-Nur ayat 31 apa yang Allah perintah tentang aurat wanita... WA

Admin said...

dan tidak menjadi sebarang kesalahan jika Ummu ingin mengenakan purdah...

ummu umar said...

walaupun umi saya x mahu???

Anonymous said...

As-Salam. i'm half malay and half white girl who would like to wear a purdah. because honestly i don't feel comfortable when everytime i ride the trolley or the bus or when i'm somewhere public, guys always look/stare at me and take a minute to turn away as if they are not forbidden to look at me. sometimes rasa guilty as i suppose to hide my face so that there will be no fitnah. soalan saya, what if saya memakai purdah semacam on and off? does it allow me to do so? terima kasih.

Anonymous said...

Salam Ummu umar... dalam al-quran aurat wanita adalah seluruh tubuh kecuali muka dan kedua tapak tangan... kalau mahu berpurdah juga terpulang la kalau takut bimbang fitnah atau ancaman mata laki-laki gatal.
dan soal keizinan pula, jika awak sudah bersuami dan suami awak mengizinkan, awak pakai la walaupun ibu awak melarang. sebb bila awak sudah bersuami, awak adalah hak suami. walwahhualam.

Anonymous said...

lepas pakai purdah....brada d hlman rmh pn kna pakai ka?sy tngal 1 rmh dgn ipar lelaki...adakah dlm rmh pn kna pakai???

Post a Comment