Ustaz, apakah hukumnya jika seorang lelaki mencukur bulu kaki dan bulu badannya?
----------------
Salam
apakah pula hukumnya bagi perempuan yg mencukur bulu kaki?
************************
وعليكم السلام و رحمة الله وبركاتهم
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
(( رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي ))
Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta’ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama’ yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta’ala dan seluruh muslimin. Amin.
Terima Kasih kepada Saudara Idzham dan Saudari najwa_shakira1 yang mengemukakan soalan 2 in 1 ( macam shampoo pula ).
Secara umumnya , sebelum kita mengikuti dengan lanjut jawapan ini , marilah kita lihat terlebih dahulu apakah sumpah dan janji Iblis (LaknatulLahi ‘alaih) di hadapan Allah Subhanahu Wa Ta’ala . Kata Iblis terlaknat :
وَلأُضِلَّنَّهُمْ وَلأُمَنِّيَنَّهُمْ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُبَتِّكُنَّ آذَانَ الأَنْعَامِ وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خَلْقَ اللّهِ وَمَن يَتَّخِذِ الشَّيْطَانَ وَلِيًّا مِّن دُونِ اللّهِ فَقَدْ خَسِرَ خُسْرَانًا مُّبِينًا
Ertinya : “( Kata Iblis l.a ) dan aku benar-benar akan menyesatkan mereka, dan akan membangkitkan angan-angan kosong pada mereka dan menyuruh mereka (memotong telinga-telinga binatang ternak), lalu mereka benar-benar memotongnya , dan akan aku suruh mereka (mengubah ciptaan Allah), lalu benar-benar mereka merubahnya. Barangsiapa yang menjadikan syaitan menjadi pelindung selain Allah, maka sesungguhnya ia menderita kerugian yang nyata “. ~ Surah An-Nisa’ : Ayat 119 .
Jelasnya , di antara sumpah dan janji Sang Iblis durjana ialah : “ Memujuk-mujuk hati manusia agar mengubah ciptaan Allah !!! “.
HUKUM MENCUKUR BULU KAKI DAN BULU ROMA BAGI LELAKI :
Seseorang lelaki dilarang sama sekali mencukur bulu kaki dan bulu roma kerana itu termasuk di antara peniruan ( meniru ) terhadap wanita-wanita . Walhal Baginda Rasulullah s.a.w melarang kaum lelaki meniru kaum wanita dan wanita meniru kaum lelaki . Sabdanya :
عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا قَالَ لَعَنَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمُتَشَبِّهِينَ مِنَ الرِّجَالِ بِالنِّسَاءِ وَالْمُتَشَبِّهَاتِ مِنَ النِّسَاءِ بِالرِّجَالِ
Ertinya : Dari Saidina Ibnu ‘Abbas r.a beliau berkata : “ Sesungguhnya Baginda Rasulullah s.a.w telah melaknat lelaki-lelaki yang meniru-niru kaum wanita dan melaknat juga kaum wanita yang meniru-niru gaya kaum lelaki“ ~ Hadist sahih diriwayatkan oleh Al-Imam al-Bukhari r.h.
Mencukur bulu kaki dan bulu roma merupakan salah-satu gejala kekosongan jiwa yang dialami oleh kaum lelaki khasnya ketika baru memasuki usia akil baligh . Di waktu itu , ada di kalangan mereka yang mencuba segala benda yang baru , mencuba-cuba memakai pakaian kaum yang berlainan jenis dengan mereka dan berbagai lagi perkara-perkara baru yang mereka cuba ceburi . Si ibu-bapa , guru-guru dan kakak-abang perlulah menasihati seseorang yang mengalami gejala seperti ini dan menuyuburkan hati-hati mereka dengan “ siraman iman “ .
Kaum lelaki haruslah waspada dengan gejala seperti ini . Tinggalkanlah apa yang dilarang dan lakukanlah apa yang diperintah oleh agama kita . Yang jelas , mencukur bola roma dan bulu kaki tidaklah dituntut dalam agama kita bahkan dilarang pula . Yang dituntut pula ialah mencukur bulu ari-ari yang tumbuh di sekitar kemaluan , mencukur bulu ketiak , memotong bulu hidung , menipiskan dan merapikan misai serta mengemaskan janggut .
HUKUM MENCUKUR BULU KAKI DAN BULU ROMA BAGI KAUM WANITA :
Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita juga dilarang sebagai mana di dalam hadits berikut :
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَعَنَ اللَّهُ الْوَاشِمَاتِ وَالْمُسْتَوْشِمَاتِ وَالنَّامِصَاتِ وَالْمُتَنَمِّصَاتِ وَالْمُتَفَلِّجَاتِ لِلْحُسْنِ الْمُغَيِّرَاتِ خَلْقَ اللَّهِ
Ertinya : Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits : “ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yang minta ditatoo, tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yang minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yang cuba mengubah ciptaan Allah“ ~ Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh , Al-Imam Muslim rh , Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh .
“ Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yang diminta dicukur kening-kening mereka “ di dalam hadist tersebut merangkumi juga wanita-wanita yang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .
Kaum wanita yang benar-benar mahu menjadi orang-orang yang beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yang dilakukan oleh kaum Barat yang cuba menyesatkan umat Islam . Tidak sedikit drp kaum wanita Islam yang terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan di media-massa .
Oleh itu , wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yang dibenarkan dan apa pula yang dilarang daripada melakukannya .
Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang di dalam hadist di atas.
Namun , bagi kaum wanita yang mempunyai hormon yang kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yang tumbuh di sekitar bahagia muka , tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yang tidak normal , maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut . Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk di dalam bab berubat dan mendapatkan rawatan .
HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki . HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu dan HARUS pula digunting sedikit kening dan dibetulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri.
Adapun jika seseorang wanita itu “ saja-saja “ mencukur bulu kaki dan bulu roma serta kening mereka tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk merawat ( setelah disahkan oleh doktor yang amanah bahawa itu adalah penyakit ) maka di saat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU ROMA DAN BULU-BULU KAKINYA !!!.
Sekian . Wallahu A’alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad .
****************************************
RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN
1- HALAL DAN HARAM DI DALAM ISLAM
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Yusuf al-Qaradhawi ( ha )
Terjemahan : Almarhum Ustadz Mua’ammal Hamidy
Edisi Lengkap , Halaman : 136 - seterusnya
PT Bina Ilmu , Jakarta
2 - YASALUNAK FID DIN WAL HAYAH
Oleh : Al-‘Allamah Dr. Ahmad Asy-Syurbasi ( rh )Vol I , Halaman 601 – 604
Darul Jil , Beirut
3 – AL-FATAWA AL-ISLAMIAH
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr. Nasr Farid Muhammad Wasil ( ha )
[ Bekas Mufti Rep. Arab Mesir ]
Halaman : 459 / 573 / 622
4 – FATAWA WA AHKAM LIL MARAH al-MUSLIMAH
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )
[ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa AL-Azhar ]
Halaman : 146 – 153
Maktabah Wahbah , Kaherah
5 – AHSANUL KALAM FIL FATAWA WAL AHKAM
Oleh : Al-‘Allamah Syeikh ‘Atiah Saqr ( ha )
[ Bekas Pengerusi Lujnah Fatwa AL-Azhar ]
Vol : I ms 121 , Vol : II ms 410 & 411 & Vol III ms 218
Darul Ghad al-‘Arabi , Kaherah
6 – MA’A an-NAS : MASHURAT WA FATAWA
Oleh : Al-‘Allamah Prof. Dr.Muhammad Sa’id Ramadhan al-Bouty
[ Dekan Jab. Perbandingan Agama , Universiti Damsyiq , Syiria ]
Halaman : 179
Terbitan : Darul Fikr , Syiria
25 comments:
tp klu potong sikit x leh ke??
saya keliru..ada setengah pihak kata boleh potong dan da setengah pihak kata xboleh..bulu kaki saya agk panjang dan tebal...saya malu apabila ada org menegur saya.saya mahu potong ttpi takut ia adalha haram..
dalam kes begini ianya dibenarkan di mana bulu kaki wanita yang terlalu lebat menyamai lelaki boleh menyebabkan dia merasa rendah diri atau malu. Kes begini tidak dikira mengubah ciptaan Allah tetapi dimasukkan di bawah kes rawatan...
WA
bagaimna pula jikalau lelaki ingin menipiskan sedikit (bukan melicinkan) bulu kaki kerana terlalu tebal? mungkin kerana diejek kawan2 dan sebagainya?
salam..
tlg bantu saya..
biar saya jelaskan dulu masalah sye,,
bulu kaki saya kelihatan agk lebat dr kawan2 perempuan saya yg lain..
even ibu bapapun saya tidak mempunyai masalah seperti ini..
adik perempuan saya pun mempunyai masalah yg sama..
saya tahu ini adalah kejadian Allah.. tapi, saya agk malu untuk berdepan dgn kwn2..
lagi, bile mse saya berada diluar, saya ingin solat dan saya agak malu pada org ramai ketika saya mahu mengmbil wudu'.
sila bantu saya dan selesaikan masalah kekeliruan ini..
w'salam
Jangan risaukan diri anda...
jika masalah bulu kaki wanita yang tidak normal yang kelihatan seperti orang lelaki dan keadaan itu boleh membuat yang punya diri jadi malu dihadapan jamaah maka hukumnya adalah HARUS mencukurnya seperti dijelaskan di atas.
masalah ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah, ianya termasuk dibawah hukum perubatan dan rawatan. WA.
ade stengah site kate boleh cukur bulu kaki kerana allah tidak menyebutnye di dalam hadis dan ia dianggap sebagai 'harus'
adakah haram jika sy mencukur bulu ats mulut kerana ia terlalu tebal sehingga ada yang menegur dan sy berasa malu dgn tegurn itu??
jika anda seorang wanita tidak menjadi kesalahan mencukur bulu di atas mulut. Di kira urusan rawatan yang boleh menyebabkan malu pada yang punya diri. WA
Bagaimana pula dgn lelaki yang mempunyai bulu roma yg sangat lebat dan pnjang di bahagian kaki, dada dan lengan sehingga rasa kurang selesa dan tidak yakin untuk berhadapan dengan orang lain... adakah masih haram hukumnya...di dalam mazhab maliki, ianya diharuskan kerana tidak termasuk dalam kategori bulu yang diharamkan untuk di cukur..adakah boleh dilakukan di negara kita yang mengutamakan mazhab shafie..
bgimana kalau menghilangkan terus bulu kaki dengan laser bg wanita yg mempunyai bulu serupa lelaki??
salam. ade tak dalil lain selain mengubah ciptaan allah? kerana dalam dalil tu hanya mengatakan haram mencukur alis je. x kata pon mencukur bulu kaki haram.ada persamaan ke bulu kaki dengan alis? kalau macam tu, cukur bulu ketiak tu x mengubah ciptaan allah ke? sekadar ingin tahu.. harap ada jawapan yang lebih meyakinkan.. :D
assalamualaikum..nak tny ustaz..
mcm ne kalo bulu roma tanggan kita banyak sgt,lebih dari bulu roma di kaki...wajarkah kita cukur?
hukum mencukur bulu kaki walau pun tidak disebut secara khusus dalam hadis tersebut ulamak mensabitkannya bawah "mengubah ciptaan Allah" dalam hadis yang sama.
konteks hadis tersebut sebenarnya melarang wanita memperagakan kecantikan kakinya kepada umum pada orang yang bukan mahram. Kalau niat untuk ubah biar tambah cantik untuk tujuan supaya dilihat oleh masyarakat umum hukumnya adalah haram.
salam..saya pernah tercukur bulu kaki sya ketika kecil dahulu kerana sya tidk tahu apa2..kini bulu kaki sya menjadi agak lebt dan kerinting..saya malu dgn keadaan kaki saya ini..bolehkah saya mencukurnya?
assalamualaikum,,,sy mempunyai maslah ketumbuhan bulu roma di wajah yang agak lebat,,,saya mpunyai masalah muka yg agak teruk iaitu bjrawat, resdung dan bekas2 jrwat,,boleh ke saya nak mencukur bulu roma tersebut untuk tujuan berubat,,seperti rawatan lazer atau bercukur?
assalamualaikum
..saya pun mengalami bulu roma yang lebat di tangan,kaki,di bahagian jari dan di atas bibir.bolehkah saya mencukurnya seperti membuat rawatan lazer.?
kalau cukur bulu kaki tspi bukan niat tunjuk kepada org mcm mane kerana bulu kaki dngt lebat dan pnjh
Salam. Saya pernah mencukur bulu kaki saya ketika belasan tahun, namun sekarang bulu kaki saya menjadi kerinting dan lebat dan menyebabkan saya segan dan rendah diri berhadapan dgn orang lain seperti ketika saya ingin mengambil wuduk di masjid dan sebagainya. Boleh kah sekiranya saya mencukurnya lagi?
salam...saya seorg lelaki..kadang2 saya mencukur bulu kaki kerana terlalu panjang dan lebat sehingga saya berasa tidak selesa melihatnya...
saya tidaklah mencukur sehingga licin..saya cuma potong supaya tidak nampak terlalu lebat..dengan kata lain menipiskan jer... adakah perbuatan saya ini salah?
salam...bagaimana pula kalau lelaki mengemaskan kening tengah yang bersambung...adakah itu dikira meniru kaum perempuan ? bukankah mencukur,mencabut dan menggunting itu berbeza definisinya ?
Assalammualaikum, bolehkah saya mencukur anak rambut yg berlebihan, dibahagian dahi Dan tepi muka saya.? Kerana setiap Kali saya bertudung atau memakai telekung untuk bersolat ianya Akan ketara walaupun selepas memakai anak tudung.
Tolong balas..terima kasih
Terima kasih atas perkongsian ilmu yg amat bermanfaat..
Terima kasih atas perkongsian ilmu yg amat bermanfaat..
Ustadz , saya pun pny bulu kaki yg kalau dibiarkan akan panjang dan tebal. Saya biasa mencukurnya saat suami saya mau pulang ke kota tpt saya tinggal, saat ini suami sy dinas dikota lain. Saya mencukurnya agar suami senang dan saya pun tidak malu. Apakah itu dibolehkan??
Post a Comment