Dec 23, 2008

Isteri Meransang Diri Sendiri Sebelum Jimak

Assalamualaikum Ustaz,

Apakah hukumnya bagi seorang wanita/isteri meransang dirinya sendiri menggunakan jari (bermain dengan biji / memasukkan ke dalam faraj) sebelum atau semasa berjimak dengan suami? :o

Wassalam

وعليكم السلام و رحمة الله وبركاته
{ بسم الله الرحمن الرحيم }
رب إشرح لي صدري و يسرلي أمري وأحلل عقدة من لساني يفقهوا قولي

***********************

Alhamdulillah , Segala Puja – Puji hanyalah milik Allah Ta'ala semata-mata. Selawat dan salam ke atas Baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin , para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.

Terima Kasih kepada Saudara AhmadAlbab20 yang mengemukakan soalan di atas .

Hidup berumah-tangga adalah satu seni
Seni yang indah lagi penting diperhalusi
Amat sedikit orang yang mengetahui akan seni itu
Lalu timbullah berbagai masalah kerana tidak mengetahui seni itu
Bukan itu sahaja , malahan kejahilan mengenai ibadah ini menyebabkan rumah-tangga porak-peranda
Rumah-tangga goyang , Suami – Isteri berperang , Anak-anak meraung

Itu di antara gambaran dan realiti kehidupan berumah – tangga .

Kembali kita kepada soalan di atas .

Jika si isteri melakukan hal tersebut ( bermain-main dengan “ biji kelintitnya “ / clitoris ataupun memasukkan jarinya ke dalam farajnya / vagina ) dengan tujuan untuk menggembirakan suami , maka perkara itu TIDAKLAH DILARANG di dalam Islam .

Dan dari satu segi , perbuatan ini SANGATLAH BAIK bagi suami yang menghadapi masalah “ cepat kalah “ ( premature ejaculation ) ataupun dikenali sebagai “ Lemah Tenaga Batin “ , agar suami dan isteri mencapai “ kenikmatan “ bersama apabila mencapai klimaks .

Yang menjadi masalah ialah apabila suami “ cepat kalah “ dan selepas dia merasa klimaks , dia pun meninggalkan isterinya yang masih belum berasa puas . Dan kalau dibiarkan hal ini , tidak mustahil rumah-tangga akan menjadi berantakan , lebih-lebih lagi jika si isteri pun mempunyai “ nafsu yang agak kuat “ .

Tidak hairanlah orang-orang tua selalu berpesan kepada anak-anak muda yang hendak berkahwin / sudah berkahwin : “ Makan sama – sama , tapi jangan pula engkau basuh tangan dulu ya ! “ .

Si suami juga haruslah mempelajari “ Seni Bermesra “ ( Fannul Muda’abah / Sensual Play / Foreplay ) , kerana itu sendiri merupakan sunnah dan contoh daripada Baginda Rasulullah s.a.w apabila “ mendatangi “ salah – seorang isteri-isterinya .

Si isteri tadi , apabila melakukan hal tersebut demi menggembirakan hati suaminya , maka sudah tentu ia mendapat pahala , dan “ permainan “ itu tadi bukan sekadar “ permainan biasa “ akan tetapi dikira pula ibadah di dalam Islam .

Sekian . Semoga ada manfaatnya bersama .
Wallahu A'alam Bis Sowab
Wahuwa Yahdi Ila Sabilir Rasyad

و صلّى الله على سيّدنا محمّد و على آاله و صحبه و سلّم والحمد لله رّب العالمين

RUJUKAN & SARANAN PEMBACAAN

1 ~ TUHFATUL ‘ARUS AW AZ-ZAWAJ al-ISLAMI as-SAID
Oleh : Al-'Allamah Syeikh Mahmud Mahdi al-Istanbuli ha
{ Lihat Masalah “ Fannul Muda’abah “ dan khasnya masalah hadis yang memerintahkan agar dimulakan jimak itu dengan ciuman dan kata-kata mesra ~ Halaman : 150 }
Terbitan : Al-‘Alamiah Lin Nasyr Wat Tauzie’

2 – HUKUM JIMAK
Oleh : Fadhilah asy-Syeikh Ahmad Bin Sulaiman Kamal Basya rh
Terjemahan : Al-‘Allamah Syeikh Muhammad Idris al-Marbawi rh
Terbitan : Mustafa al-Babi al-Halabi , Kaherah

3 – Penerangan Lisan Syeikh Soleh Hamdi as-Sisi ha
{ MA Hadis , Universiti al-Azhar & Pendakwah – Khatib Kem. Waqaf Mesir }

و إلى اللقاء إن شاء الله تعالى
والسلام علبكم و رحمة الله و بركاته

3 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz,

sy ada satu soalan yg lbh kurang sama dgn soalan diatas. Apakah hukum seorang suami merangsang isteri dengan bermain biji isteri sampai keluar air (seperti air kencing)?selepas itu baru bersama isteri dan apakah nama air yang keluar itu?

Admin said...

w'salam

boleh sahaja tak ada masalah untuk memuaskan isteri sendiri. Jawapan yang jelas di atas adalah berkaitan. Air yang dimaksudkan adalah squirt (bukan air kencing). Sejenis cecair yang terbentuk dalam g-spot wanita dan akan memancut keluar apabila teransang.

Anonymous said...

Assalamualaikum Ustaz,

Susulan pada persoalan di atas, apakah hukumnya sekiranya isteri memuaskan dirinya sendiri kerana tidak dapat kepuasan setelah bersama suami? Adakah perbuatan isteri itu dikira dosa besar?

Post a Comment