A'kum Ustaz,
Di sini ingin saya menyuarakan beberapa soalan. Contoh di dalam satu permasalahan. A (seorang suami), menyatakan pada isterinya (B) untuk berkahwin seorang lagi (C). B amat tidak bersetuju dan menentang habis-habis atas alasan A tidak mampu. A bukanlah seorang suami yang tidak mampu, tetapi dia tidak dapat memberikan kemewahan seperti yang diminta oleh isterinya dalam persepsi orang sekarang. Dan lagi A & C mempunyai sebab yang mewajibkan mereka berdua untuk berkahwin. Kemudian secara senyap-senyap A & C berkahwin. Walaupun telah berkahwin dengan C, A tidak sekalipun mengabaikan B & anak2nya. Dan C redha gilirannya untuk bersama A hanyalah seminggu sekali memandangkan jarak tempat tinggal dan masih dalam keadaan rahsia. Walaupun secara sembunyi, A mampu melayan kedua-dua isterinya dengan baik. Namun belum sampai masa yang sepatutnya, rahsia telah terbongkar. B telah mengetahui rahsia itu. B mengamuk habis-habis dan memberi kata dua kepada A untuk memilih salah satu. Dia tidak rela di madukan. Pun begitu, B lebih mendesak supaya A menceraikan C. B memaki, menghina, menghasut anak2 supaya membenci A. B juga menggunakan kekerasaan yang melampau. A menjadi begitu tertekan. Lantas menceraikan C, sedangkan C tidak bersalah apa-apa dgnnya. Soalan saya:
1. Adakah A dianggap sebagai lelaki yang dayus? Apakah nilai lelaki dayus di sisi Allah.
2. Bagaimana pula kedudukan B, adakah dia berdosa kerana memaksa suaminya menceraikan madunya hanya atas alasan dia tidak mahu bermadu. Apakah hukumnya tindakan B ini.
3. Apakah pula yang patut dilakukan dan hak-hak C dalam hal ini.
Harap dapat membantu. Terima kasih
Jawab:
Wassalam
Sebelum kita menjatuhkan hukum dayyus kpd lelaki malang itu, saya beranggapan, suami itu (Si A) berada dalam keadaan keliru kerana amalan masyarakat di setengah-tengah tempat seolah-olah memahami kuasa poligami ini berada di tangan isteri. Jika isteri tak beri tandatangan, maka poligami itu tidak sah dan menjadi batal.
Yang sebenarnya: hak poligami itu adalah hak suami. Isteri boleh menghalangnya dengan syarat ia dijadikan syarat aqad nikah, di mana isteri berhak baik secara lisan atau bertulis menghalang suaminya dari berpoligami dan jika suaminya meneruskan juga, maka jatuh talaq. Ini boleh dilakukan sebelum akad nikah dulu dan amalan ini biasa dilakukan di negara-negara teluk (Khaleej) Arab.
Dalam kes di atas, si A boleh berpoligami dan dikehendaki memenuhi syarat-syarat yg telah ditetapkan oleh pendaftar nikah. Keizinan isteri pertama itu menjadi syarat poligami bertujuan menjaga hak isteri pertama. Walaupun syara' tidak menetapkan syarat ini, tapi ia suatu yg wajar dilakukan kerana menghormati wanita yg juga manusia dan statusnya sama di sisi Islam. Isteri pertama (si B) perlu diberitahu terlebih dahulu supaya dia diberi hak untuk menyuarakan bantahan dan diberi peluang untuk menuntut cerai jika enggan bersetuju. Inilah prosedur yg benar di sisi Islam. Maka perbuatan menikah secara rahsia dari isteri pertama adalah suatu yg tidak baik.
Kita ringkaskan: Suami ada hak penuh untuk berpoligami, tapi sebaiknya dia hendaklah memaklumkan dulu kepada isteri pertama sebagai menghormati hak isteri sebagai muslimah dan manusia yg sama taraf di sisi Allah, hak untuk dimaklumkan dan hak untuk dia menyuarakan bantahan dan memfailkan perceraian kerana tidak setuju dimadukan.
Itulah kedudukan di sisi Islam. Hak isteri pertama dijamin oleh Seksyen 23, Akta keluarga Islam Wilayah Persekutuan, di mana hakim Syari'iy hendaklah dimaklumkan terlebih dauhulu sebelum pernikahan hendaklah dilangsungkan. Hakim akan memaklumkan kepada isteri dan mendengar kes ini dalam mahkamah tertutup untuk melihat kelayakan suami dan bantahan dari pihak isteri. Apa yg dilakukan oleh suami itu adalah lazim dalam masyarakat hari ini yg keliru dengan hukum sebenar poligami dan kuasa poligami itu sebenarnya berada di tangan siapa? (Rujukan: Fiqh Islami)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
askm..
berkaitan hidup berpoligami.
1.Apakah batas-batas pergaulan antara isteri-isteri?
contohnya - a)bolehkah dia memasuki rumah kediaman isteri lain tanpa izin isteri tersebut walaupun masuk bersama2 suami? Bolehkah memasuki bilik tidur isteri lain?
b) tajuk perbualan yang dibenarkan antara isteri2?
2. Apakah pendapat tentang suami yg menyatakan dia boleh bawa masuk sesiapa pun kerana rumah itu rumah dia (apabila isteri mempertikaikan suami membawa isteri lain datang ke rumah tanpa memberitahu lebih dahulu)?
3. Bolehkah isteri meletakkan batas pergaulan atau perjumpaan dengan isteri lain dengan sebab tidak mahu berkecik hati dan merasa cemburu apabila melihat suaminya bergaul mesra dengan isteri lain? Apakah pendapat islam mengenai suami yang tidak mahu memahami perasaan isteri yang telah menyatakan kehendaknya seperti di atas? Adakah boleh dianggap isteri itu kurang ajar atau tidak menghormati suami bila membuat permintaan tersebut?
4. Adilkah suami jika membezakan layanan terhadap pergaulan atau permintaan isteri yang pertama dgn isteri yg lain? alasannya - dah lama berkahwin atau isteri boleh buat sendiri, boleh pergi sendiri kerana boleh bawa kereta dsbnya.
Salam ustaz,
saya jga mmpunyai soalan mengenai poligami.
si suami(a) tlah berkahwin dengan si isteri (b). dan dikurniakan seorang cahaya mata, suatu hari a telah berkahwin dengan seorang lagi (c) dan diberi keizinan oleh b. tetapi perkahwinan mereka dirahsiakn atas sebab tentangan keras dari ibubapa c.
genap lbih kurang 8 bulan a memberitahu untuk berkahwin dengan seorang lagi (d).
perkahwinan a dan d diketahui ramai. manakala c tidak langsung diketahui oleh sesiapa pun melainkan saksi dan wali (abang c). C bersetuju dengan perkahwinan ini kerana dia tidak mempunyai pilihan lain. memandangkan situasinya yang berkahwin secara rahsia.
di mata org, d adalah isteri kedua padahal hakikatnya d adalah isteri ketiga.
soalan saya, adkah tindakan ini dianggap menzalimi c?
dan adakah ianya sah? bagaimana pula dengan kedudukan c sbagai isteri kedua?
c adalah isteri ke 2 yang sah. Sampai bila perlu dirahsiakan? lambat laun akan diketahui juga. Ambil masa dan berunding dengan baik bersama ibu bapa si c, ibu dan bapa tidak boleh memaksa anaknya menikah dengan orang yang tidak disukainya.
Tanggungjawab suami supaya berlaku adil terhadap isteri-isterinya. WA
kalau tak puas hati dan tak suka dgn tindakan suami (poligami tanpa kebenaran n persetujuan ), boleh ke undur diri je?
salam... soalan yg ringkas.. boleh ke isteri pertama dan kedua tinggal sebumbung....
Post a Comment