Dec 23, 2008

Keluar Mani Dengan Non Muslim Tidak Cara Jimak

-Seorang kawan bertanya mengenai hukum massage dengan perempuan non-muslim, saya jawab haram...
-kemudian tanyanya apakah hukum jika semasa massage tersebut dia telah terkeluar air mani disebabkan oleh urutan perempuan tadi di kemaluannya.. Apakah terdapat didalam hukum hudud bagi seseorang yang dikeluarkan airmaninya oleh perempuan kafir, tapi dia tidak berzina dengan perempuan tadi. kawan tadi telah berkahwin....
-Dia sangat menyesal dan apakah amalan yang sewajar dilakukan untuk taubat nasuha ini?
-Apakah amalan yang sebaiknya dlakukan untuk mencegah dari perkara ini berulang???
wassalam

Jawab:
1. Jika keluar mani bukan disebabkan oleh persetubuhan, ia dinamakan muqaddimah zina dan jika ditangkap semasa operasi cegah maksiat, dia akan dikenakan hukuman takzir (di Malaysia: denda atau penjara)

2. Jika insaf dan mahu bertaubat, maka itulah yg sebaik-baiknya. Adapun bilik mandian taubat ini sudah kita sebutkan sebelum ini (search Archive), antara caranya ialah ada perasaan menyesal, insaf.

3. Mencegah dari berulang, ialah mengunjungi urutan tradisional oleh bomoh urut lelaki jika dia benar2 memerlukan urut. Rumah Urut yg menyediakan perempuan urut selalunya menyediakan juga pelacur. Maka rumah urut spt ini perlu dijauhi. WA

2 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum...
Apakah hukumnya jika suami isteri merancang untuk menentukan jantina anak yang bakal dilahirkan menggunakan kaedah IUF. Apakah hukumnya pula kalau kita merancang untuk mendapatkan anak kembar melalui kaedah suntikan air mani yang ditapis kedalam rahim.
Sekian, wassalam.

Admin said...

W'salam

ada khilaf atau perbezaan fatwa mengenai kaedah menentukan jantina bayi.

Fatwa al azhar mesir menyatakan harus dengan beberapa syarat antaranya untuk menghindarkan satu2 penyakit kronik yang menimpa sesuatu jantina. Ianya dilakukan semasa tempoh fertilization kerana kerana hasilnya masih tertakluk kepada ketentuan Allah.

Sheikh Yusuf AlQaradawy juga menyatakan harus selagi tidak dengan tujuan diskriminasi terhadap satu2 jantina.

Fatwa negara Arab Saudi mengharamkan penentuan jantina ini. WA.

Post a Comment