Assamualaikum,
Pada masa ini kebanyakan si isteri ramai yang bekerja dan ada juga yang mempunyai pendapatan yang lebih tinggi daripada suami. Soalan saya :
1) Bolehkah suami tidak memberi nafkah (wang bulanan) kepada isterinya kerana berpendapat si isteri mempunyai pendapatan sendiri ataupun lebih tinggi daripadanya?
2) Adakah kadar yang ditentukan di dalam Islam untuk diberikan kepada isteri sebagai nafkah ataupun terpulang kepada kemampuan suami?
3) Apakah pandangan Islam terhadap perbelanjaan rumahtangga yang dikongsi bersama suami/isteri contohnya memberi rumah,kereta dan sebagainya?
Wassalam.
1. Hukum asal nafkah adalah di bahu suami. Menyediakan rumah, maintainence dan belanja harian (grocery) semuanya dibebankan kepada suami sebagai kepala keluarga. Bila sebut nafkah, memang tanggungjawab suami. Tapi bila isteri bekerja dan juga mendapat pendapatan, maka wang bulanan itu bolehlah digugurkan kerana hak dan layanan terhadap suami berkurangan dan takkanlah suami kena keluar belanja lagi. Ini sudah tentu suatu yg ganjil dan tidak logik.
2. Kadar nafkah itu bergantung kepada uruf (kebiasaan)
3. Amalan berkongsi bersama itu dinamakan harta sepencarian mengikut uruf dan ia tidak menjadi masalah dan itulah semangat dan ruh rumahtangga yg ideal, berat sama dipikul, ringan sama di jinjing. Inilah pengubahsuaian yg perlu dilakukan poada pasangan zaman moden hari ini. Oleh kerana kedua-duanya keluar bekerja, sara hidup yg semakin meningkat, maka budget keluarga hendaklah diurus secara joint-venture, saling muwafaqat dan saling membantu (Prof Hayyei Abd Syukor, 1001 Masalah Fiqh)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comments:
masalahnya isteri tak nak keje, tapi suami paksa keje,,, wahai ustaz2 sila jawab.
Post a Comment