Assalamualaikum,
Ada dua kes yang menjadi kemusykilan saya :
Kes 1. Si A (lelaki) dan Si B (perempuan) telah melakukan persetubuhan haram mengakibatkan Si B mengandung. Lalu mereka berkahwin dan Si B selamat melahirkan anak perempuan selepas 6 bulan perkahwinan mereka.
Kes 2. Si A (lelaki) dan Si B (perempuan) telah melakukan persetubuhan haram mengakibatkan Si B mengandung.Tetapi Si B telah telah berkahwin dengan seorang pak sanggup Si C dan Si B selamat melahirkan anak perempuan selepas 6 bulan perkahwinan mereka.
Soalannya :
Dalam kedua-dua kes, apakah status anak dari sudut :
1. Nasabnya
2. Wali bilamana anak tersebut ingin berkahwin siapakah yang bakal mewalikan perkahwinan anak tersebut.
3. Pembahagian harta pusaka.
Wassalam
Jawab:
1. 1. Nasab: anak itu sah dan boleh dibintikan kepada si A jika lahir selepas waktu minimum sesuatu kandungan: 6 bulan dua lahzat (dua detik). (Baha'uddin alMaqdasi, al Uddah syarah alUmdah/443)
1.2. si A boleh menjadi wali
1.3. si anak boleh menerima pesaka.
Kes kedua: Perbuatan pak sanggup itu adalah suatu perbuatan yg keji dan berdosa besar. Hukum asal: haram menasabkan si anak yg bukan hasil benihnya kepada dirinya. Jika ia mendaftar anak itu sebagai anaknya, maka dari segi perundangan dan pendaftaran sahlah anak itu menjadi anaknya, pesaka dan perwalian. Cuma pak sanggup itu dan orang yg bersyubahat akan menanggung dosa besar kerana hendak menipu Allah dan Rasul-Nya. Rumusan: Ia sah di sisi hukum zahir atau fiqh Nikah, tapi batal pada sisi hakikatnya. WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
saya berkawin seorang gadis yg mengandung anak luar nikah,dari permulaan nya saya ingin menyelamatkan gadis dan anak tersebut,dan mengahwininya.niat gadis itu ingin mengugurkan bayi tersebut setelah 4 bulan mengandung..
saya adalah digelarkan pak sanggup..dalam proses pernikahan saya mendapati saya mencintainya..dan sekarang anak yg dilahirkan bernbintikan saya,hidup kami bahagia sehingga kini..tapi saya masih ragu..berdosakah saya berbuat sedimikian
Ya perbuatan ini salah. Tidak semestinya anak ini mesti diabaikan, anggap sebagai anak angkat nanti setelah dia dewasa ceritakan yang sebenarnya pada dia. Jika anak ini perempuan bila dewasa nanti dengan bapa angkatnya adalah bukan mahram, awak tidak layak menjadi wali kepada anak ini kelak.
Besarkan dia dengan kasih sayang kemudian kelak selesai semua kemelut. WA
sy mempunyai seorang kwn baik dan skrg dia sedang mengandung anak luar nikah. sy sygkan kwn sy dan sy ingin menikahinya. kami ada berbincang mengenai nasab anak yg bakal lahir itu dan mengambil keputusan mem "bin" / mem "binti" kan bayi itu dgn ABDULLAH. sekiranya sy menikahi kwn baik sy, tp masih menggunakan nama "Abdullah", adakah perbuatan itu salah dan masih berdosa besar?
Saya Ada seorang kwn. Dia telah berkahwin dengan gfnya tetapi dalam masa yang sama gfnya mengandungkan Anak lelaki lain tapi teman wanita Nya tdk mengaku bahawa anaknya Di kandungkannya adalah Anak teman lelakinya yang lain.
Post a Comment