Salam
saya telah membaca soal jawan fiqh bilangan Sj 537 Munakahat satu: Lafaz Cerai Taklik
Nama: badarina
Pekerjaan: surirumah
Daerah: seremban (negeri sembilan)
Soalan: Di awal perkahwinan, telah berlaku satu perselisihan faham antara saya dan suami. Akibat dari perselisihan itu, suami saya telah menulis satu nota yang berbunyi.. "jika kamu keluar dari rumah ini tanpa keizinan ku maka akan jatuh lah satu talak keatas kamu....". Pada keesokkan hari nya kemarahan suami saya telah reda dan dia telah menarik balik kata-katanya itu. sepanjang masa itu saya masih lagi belum keluar dari rumah. ini bermakna talak tersebut belum lagi jatuh ke atas saya kerana jika mengikut hukum, talak taklik ini hanya akan jatuh jika perkara itu berlaku mengikut taklik nya. soalan saya ialah bagaimana jikalau saya keluar dari rumah selepas daripada suami saya menarik balik kata-kata nya itu?. adakah kah boleh talak itu di tarik balik jika talak tersebut belum jatuh/sah?
------------------------------
Jawab ringkas:
Cerai taklik itu sudah ditarik balik oleh suami puan dan dengan sendirinya telah terbatal. Puan boleh keluar rumah seperti biasa dan talak tidak jatuh lagi dengan penarikan lafaz penarikan secara resmi oleh suami puan.
* apa yang saya keliru ialah adakah ta'liq talak ini suatu yang boleh ditarik balik. setakat yang saya belajar lafaz ta'liq talaq itu adalah talaq sendiri, dan hukumnya adalah sama dengan hukum talaq, apabila lafaznya sarih, maka apabila berlaku muallaq alaih (perkara yang digantungkan) itu, maka berlaku talaq. walaupun diniatkan didalam hati hanya valid pada sela waktu tertentu. selagi tidak diucapkan secara jelas maka tidak dikira. minta penjelasan ustaz. :confused:
Wassalam
Jawab:
Talaq Mu'allaq atau Ta'liq adalah suatu yg teknikal dan khilaf. Jumhur mengharuskan talak Mu'allaq dgn beberapa syarat dan minoriti fuqaha' (Hanbali) dan Salafiya (Ibn Taymiya-Ibn Qayyim) dan ahli Fatwa semasa spt Syaikh Syaltut menolak talaq jenis ini sbg tidak sah.
Di kalangan jumhur pula tidak sepakat dari segi syarat2nya. Misalnya Imam Yusof alIrdabili (alAnwarli 'amal alAbrar: 2/211) mensyaratkan talak mu'allaq dilafazkan dgn mulut bukan dengan cara lain.
Di Malaysia, cerai hendaklah dilafazkan di hadapan pendaftar nikah dan didaftarkan. Gagal berbuat demikian boleh didakwa dan jika thabit boleh didenda oleh mahkamah syari'ah.
Jika kita meneliti kes dari Seremban itu, kondisi Ta'aliq itu dalam bentuk Nota dan si isteri masih tidak melanggar mu'allaq 'alayh itu. Suami menulis nota mu'allaq dalam keadaan marah, kemudian keesokan harinya membatalkan nota itu. Sebab itu kami menganggap kes ini selesai. WA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
2 comments:
saya juga ada masalah tentang talak ini saya mempunyai nkemuskilan dan agak panjang juga jalan ceritanya.harap dapat menbantu.suami swy telah melafazkan cerai dalam keadaan marah dan atas desakan sy kerana ego sy yg tinggi,suami sy menangis kerana desakan sy dan tidak menpuiyai niat namun dia terlalu maqrah dan sedihdng desakan sy,kemudiaan sy sngat menyesal krana bertindak demikian kerana jaauh di sudut hatikami sememangnya tidak boleh berpisah selepas melalui segala susah payah utk bernikah,ianya terjadi kerana sikap ego sy.kerana berangapan talah telah jatuh kerana 2 tau 3 kali ianya berlaku atas desakan sy maka kami bersetuju utk bercina buta.malang nasib sy setelah bernikah cina buta,sedang sy bersama suami yg baru kami telah di serbu oleh pihak jais.dan di pendekan cerita di hadap ke mahkamahsemasa di mahkamah sy mendesak suami baru itu spaya ceraikan sydan ia pun melafazkan.kemudian sy ber5cerai dng suami pertama secara sah di mahkamah selepas itu kami bernikah sekalai lagi.soalan sy,adakah pd kali pertama dulu ainya jatuh talak,dan pernikahaan kali kedua ini sering mengaggu saya adakah ianya sah atau tidak.ssy takut jika sy mati dlm keadaan ini saya tidak tahu adakah sy bersalah dlm hubungan ininatau tidak dan sy tkut mengadap allah dlm keadaam berdosa,yg sy tahu kami sememengnya menyayangi dan tidak ada niat utk berpisah,seperti yg sy kata tadi ianya hanya kerana keegoan shj.wasalam harap bantu sy dng soalan ini.
W'salam.
1. 2 atau 3 kali anda mendesak suami supaya menceraikan anda atas perasaan marah dan ego. Dalam keadaan marah dan ego juga suami anda telah melafazkan cerai. Dalam keadaan mana anda menyangka anda telah diceraikan dengan talak 3? Bagaimana bunyi lafaz cerai yang dibuat oleh suami? Sedangkan di Malaysia lafaz perlu dibuat dihadapan pendaftar nikah pejabat agama.
2. Kemudian anda menikah kali yang kedua dengan suami yang baru dan diceraikan juga selepas beberapa lama. Bagaimana boleh diserbu oleh jais dan dihadapkan ke mahkamah? atau sebenarnya anda tidak bernikah dengan sah bersama suami yang baru ini?
3. selepas dari 2 kes di atas baru anda bercerai secara sah dengan suami pertama dan menikah semula.
apa pun syukur alhamdulillah anda telah kembali bersama dengan suami yang pertama dengan kerelaan dan kemauan sendiri. Semoga dirahmati Allah dan kekal bahagia.
Betapa besar sekali pun dosa yang kita telah lakukan selagi tidak menduakan Tuhan jika kita bertaubat dan berikrar tidak mengulangi kesalahan yang sama taubat kita akan diterima oleh Allah. Allah maha pengampun lagi maha penyayang.
Dosa anda terhadap suami mestilah terlebih dahulu telah diampunkan dan dimaafkan oleh suami. Begitu juga dosa suami jika menzalimi isterinya mestilah terlebih dahulu dimaaf dan diampukan oleh isteri. Kemudian bertaubat dan memohon keampunan Allah, perbanyakan amalan solat sunat, banyak bersedekah kepada fakir miskin.
Semua berlaku atas kelemahan dan kelalaian kita sendiri. Islam telah mengajar kita hukum yang sempurna bagaimana menjalani kehidupan berumah tangga. Islam juga mengajar kita akhlak yang mulia bagaimana mengatasi perasaan ego. Terpulang kepada diri kita sendiri untuk mencari dan mengamalkannya. WA
Post a Comment