As-Salamu Alaikum
Kaki Isteri saya mempunyai tumit yang lebih ke belakang. Kami telah dikurniakan seorang anak LELAKI yang juga mempunyai tumit yang sedemikian. SEKIRANYA saya menegur " tumit anak ayah / anak kita lebih,... turun ibu / ibunya". Maksudnya ikut (sama) macam ibunya. Adakah ianya dikira sebagai Zihar? Setahu saya Zihar adalah jelas jika disamakan dengan anak perempuan. Bagaimana pula dengan anak lelaki?
Saya telah rujuk jawapan-jawapan di Al-Ahkam tetapi saya tak dapat cari jawapan mengenai masalah seperti ini.
Bagaimana pula jika telah bersetubuh dengan isteri, sedangkan perkara itu tidak disedari sebagai Zihar?
Sekadar kemusykilan.
Sekian Was-Salam
mengikut permasalahan zihar ialah menyamakan fizikal isteri dengan wanita yang haram dikahwini (Ibu, Ibu Mertua, Nenek, anak perempuan,
kakak dan seterusnya...) masalah saudara tidak dikategori sebagai zihar...
wajib kepada kita umat islam mempelajari ilmu-ilmu agama .......
jika telah berlaku zihar maka hukuman hanya dikenakan kepada
suami sahaja .... hukuman ialah mengikut turutan:-
1. Memerdekakan hamba (tiada dizaman ini ) maka hukuman kedua
2. Berpuasa 2 bulan berturut-turut jika tertinggal sehari wajib diulangi
semula....dan jika tidak mampu
3. Memberi makan 60 orang fakir miskin..
inilah secara ringkasnya dan keterangan lebih lanjut mohon penjelasan
kepada ustaz yang mahir dalam bidang agama.
wallahualam
_________________
thtl
Wassalam
alJawab ringkas:
lafaz zihar yang sarih (jelas) ialah " engkau bagiku spt punggung ibuku" ia adalah ungkapan orang arab jahiliyah bila ia sudah bosan atau benci kepada isterinya.
lafaz yang spt di atas adalah lafaz kinayah (kiasan) yang memerlukan niat. Jika ia hanya memuliakan isteri bertujuan memuji dan menggembirakannya, maka ia bukan zihar. (aljaziri, fiqh ala madzhaahib arba'ah)
sekian
_________________
UZAR
salam,
berikut adalah jawapan saya terhadap soalan yang hampir serupa suatu ketika dulu pernah di utarakan kpd saya.
Jwpn saya seperti berikut :-
RUKUN ZIHAR
1. Suami
2. Isteri
3. Perkara yang diserupakan
4. Lafaz zihar
PERINCIAN
Rukun Pertama: Tidak disertakan kerana meyakini ianya jelas
Rukun Kedua: Tidak disertakan kerana menyakini kejelasannya
Rukun Ketiga: (Perkara yang diserupakan)
Untuk mensabitkan rukun ini, beberapa syarat berikut mesti difahami:
Syarat yang disepakati oleh jumhur ulama’ :-
1. Anggota-anggota yang haram dilihat oleh sesama mahram. Contoh punggung, perut, kemaluan di sekitarnya dan yang seumpama dengannya. Penyamaan dengan tangan, kepala, kaki, rambut, dan lain-lain . Demikian pandangan kebanyakan ulama’, Ulama’ Hanbali dan Maliki mensabitkan seluruh anggota sama ada haram dilihat mahupun tidak, semuanya boleh mensabitkan zihar (Al-Fiqh al-Islami wa adillatuhu, 9/7173) Pandangan yang rajih adalah pandangan jumhur.
2. Mestilah anggota-anggota ini daripada wanita yang diharamkan berkahwin dengan si lelaki sama ada tahrim secara berkekalan (muabbad) atau keturunan (nasab) atau susuan dan musoharah. Seperti Ibu, Anak, Adik beradik, Pak cik, Mak cik dan lain-lain yang berkaitan. Selain pandangan mazhab utama, ia juga pandangan Hasan al-Basri, Ato’ Abi Rabah, As-Sya’bi, An-Nakha’ie, Al-Awza’ie, at-Thawry, Ishak Rahawaih, Abu Ubaid, Abu Thaur.
Pandangan Imam Syafie dalam 'qawl qadim’: Tidak jatuh zihar terhadap semua wanita kecuali ibu dan nenek sahaja… kerana ayat berkenaan zihar itu ditujukan khas untuk ibu. Tetapi Qawl Jadid Imam Syafie memindanya ijtihadnya dengan mengatakan jatuh zihar kerana wanita yang diharamkan tadi menyerupai pengharaman ibu (al-Muhazzab, As-Syirazi dan al-Majmu’, 19/45)
Manakala yang tidak muabbad seperti wanita asing, adik beradik perempuan bagi isteri dan lain-lain. Tidaklah penyerupaan dengan mereka dianggap zihar. (Lihat Al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah 4/500; Ad-Dusuqi ala syarh al-Kabir 2/439; Ashal al-Madarik 2/169; Kifayatul akhyar 2/71)
Ulama Maliki menambah bahawa binatang juga termasuk dalam kategori yang tidak boleh disamakan. Kerana asalnya manusia tidak boleh berhubungan jenis dengan binatang. Maliki juga mensabitkan zihar kiranya menyamakan rambut isteri dengan rambut ibu dan lain-lain. Manakala jumhur tidak berpandangan sekian. (Ad-Dusuqi ala syah al-Kabir, 2/439)
Syarat yang diperselisihkan :-
* Mestilah diserupakan dengan anggota wanita.
Kiranya ditasybihkan dengan lelaki seperti “Belakang atau Punggung kamu seperti belakang atau punggung bapaku”. Ulama Hanafi dan Syafie mengatakan TIDAK JATUH ZIHAR.
Bagaimanapun Ulama’ Hanbali dan Maliki mengatakan JATUH ZIHAR DENGAN SYARAT MENYAMAKAN DENGAN SEBATANG ANGGOTA YANG TIDAK HALAL DILIHAT SEPERTI PERUT, PEHA, KEMALUAN, PUNGGUNG dan lain-lain yang seerti. Kiranya menyamakan dengan kepala bapa, rambut, hidung dan lain-lain, TIDAKLAH DIANGGAP ZIHAR (Lihat ashal al-Madarik 2/170; Juga al-Fiqh ‘ala al-Mazahib al-‘Arba’ah, 4/499). Semua mazhab mempunyai dalil masing-masing.
Ulama Syafi’iyyah mengatakan kiranya tasybih itu bukan pada bahagian haram dilihat tadi, ia bergantung kepada niat, kiranya ia berniat memuliakan, bangga maka tidaklah jatuh zihar, jika sebaliknya maka jatuh zihar. (Kifayatul akhyar, 2/70)
Rukun Keempat: Sighah (Lafaz Zihar)
Syarat lafaz untuk untuk sabit zihar adalah :-
a. Perlu kepada niat, kiranya ia dibuat secara Kinayah (tidak jelas). Sighah Sorihah (terang, jelas) seperti: “ Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”. Lafaz seperti di atas tidak perlu kepada niat, bahkan jatuh zihar apabila didengari.
Kinayah pula adalah lafaz-lafaz yang boleh diandaikan bermkasud zihar tapi mungkin juga tidak seperti:” Dinda ni seperti bondaku”. Lafaz seperti ini kemungkinan bermaksud zihar kemungkinan juga bermaksud memuliakan, hormat, penghargaan dan lain-lain. Maka ia bergantung kepada niat si suami.
Lafaz ini telah ijma’ di kalangan ulama’ tentang sabit zihar. Demikian menurut Ibn Munzir ( Lihat al-Majmu’ Imam Nawawi yang dilengkapkan oleh Syeikh Najib al-Mut’ie, 19/44)
b. Tidak disyaratkan untuk sabit zihar, mesti menggunakan lafaz yang memberi pengertian semasa.
Zihar jatuh dengan lafaz yang membawa pengertain semasa seperti : “Punggung Dinda benar-benar seperti punggung bonda Kanda”
Juga jatuh kiranya diikat dengan waktu tertentu seperti : “Kiranya dinda masuk ke rumah itu maka Perut Dinda seperti perut bondaku”
Jatuh zihar juga kiranya disandarkan ke zaman akan datang seperti : “Punggung Dinda seperti punggung bondaku sehingga awal tahun depan” atau “Perut Dinda seperti perut bonda Kanda dalam masa sebulan” .
Semua lafaz tadi cukup untuk menjatuhkan hukum zihar. (Rujuk Al-Bidayah al-Mujtahid 2/117; Matolib Uli An-Nuha 5/507 )
c. Mestilah lafaz tadi disandarkan kepada anggota tubuh wanita samada secara juzu’ atau sepenuhnya. (Bahagian yang diharamkan lihat tadi tanpa boleh di ihtimal lagi). ( Lihat Bada’I as-Sanai’ , 5/2129 )
HUKUM SETELAH JATUH ZIHAR
Setelah cukup syarat dan sabit jatuh zihar maka beberapa hukum berikut sabit :
Haram menyetubuhi isterinya (yang diziharkan) kecuali setelah dibayar kifarat. Ini adalah pandangan jumhur. Menurut tertibnya kirafat adalah membebaskan seorang hamba, puasa atau memberikan sedekah. Dalilnya adalah daripada Firman Allah SWT surah al-Mujadalah ayat 58.
Manakala istimta’ (bersedap-sedap, berseronok-seronok), sentuh dengan syahwat sebelum membayar kifarah juga tidak dibenarkan (Tahrim Wasail) di sisi ulama’ Hanafi dan Maliki ( Bada’I as-Sana’I, 5/2132; Ashal al-Madarik 2/170) Tetapi ianya harus di sisi ulama Syafie (Lihat Rawdah at-Tolibin 8/270; Fath al-Jawad 2/187; ‘Ianah at-Tolibin 4/37)
Pandangan yang rajih adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail, kerana dibimbangi akan tergelincir ke persetubuhan. Pandangan lebih selamat bagi fatwa untuk orang awam. Kiranya sangat yakin tidak akan tergelincir dan tidak dapat menahan kesabaran hingga dibimbangi memudaratkan, maka ketika itu ia menjadi rukhshoh.
Kesimpulan Jawapan Terhadap Soalan (Mengambil Pandangan yang Rajih)
1. Hanya jatuh (sabit) Zihar sekiranya menyamakan isteri dengan ibu, nenek, anak dan semua wanita yang diharamkan suami berkahwin dengannya secara kekal sama ada secara Keturunan, Susuan mahupun Musoharah.
2. Penyamaan anggota tertentu sahaja yang menyebabkan sabit zihar iaitu Seluruh atau juzuk dari anggota yang haram dilihat semasa mahram. Penyamaan dengan anggota selain itu tidaklah sabit zihar.
3. Tidak sabit zihar, kiranya menyamakan anggota isteri dengan mana-mana lelaki. Hanya penyamaan dengan wanita sahaja sabit. Begitu juga menyamakan suara, rupa dan sebagainya.
4. Istimta’ dengan isteri yang telah dizihar sebelum membayar kifarah adalah tidak dibenarkan dengan tahrim wasail. Dibimbangi akan terlanjur.
JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI DENGAN RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR, BAGIAMANAPUN MENYAMAKAN PUNGGUNG ISTERI DENGAN PUNGGUNG ANAK PEREMPUANNYA, SABIT JATUH ZIHAR. Walaupun si suami tidak berniat. Masalah Kejahilan tentang hukum ini, mempunyai perbincangan yang lain yang agak panjang, kesimpulannya, menurut Tuan Guru kami As-Syeikh Prof. Dr. Muhd ‘Uqlah al-Ibrahim, tiada keuzuran terhadap kejahilan. Menjaid kewajiban suami isteri sebelum berkahwin mengetahui hal yang berkaitan dengan hubungan suami isteri. Wallahu a’lam.
Yang benar daripada Allah, yang silap atas kelemahan penulis. Sekian,
Al-Faqir Ila Allah,
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Assalamualaikum...
Saya ada 2 persoalan, yang pertama, jika menyamakan wajah isteri semasa kecil dengan anak saudara sebelah isteri. Adakah ianya termasuk dalam zihar.
Soalan kedua..untuk membayar kifarah, mengikut turutan adalah tidak mampu untuk memerdekakan hamba dan berpuasa.. jika membayar kifarah dalam bentuk wang ringgit, berapakah jumlahnya dan kepada siapa perlu diserahkan.
Terima kasih
W'salam,
zihar bermaksud bila si suami melafaskan perkataan zihar dengan niat bahawa dia benci atau marah melihat isterinaya. Jika suami menyatakan sesuatu yang sama dengan maksud memuji isterinya, itu tidak jatuh zihar.
anak saudar sebelah isteri tidak termasuk dalam istilah zihar ini.
kafarah dengan kadar fidyah satu cupak beras satu hari atau pun nilai wang yang sama dengan harga secupak beras satu hari. WA.
JUSTERU, MENYAMAKAN RUPA, HIDUNG ISTERI DENGAN RUPA DAN HIDUNG ANAK TIDAKLAH JATUH ZIHAR,
S1 : Minta penjelasan ayat tuan diatas. Anak perempuan Ka?
S2 : Apa hukum jika suami memuji anak perempuan dikhalayak ramai dgn berkata " ikut rupa mak dia" (tanpa pengetahuan siisteri)
ya anak perempuan.
rupa paras anak tidak termasuk dalam masalah zihar.
assalamua'alaikum,
saya ada satu persoalan di sini. Sekiranya suami berkata kepada anak perempuan " punggung adik ni besar macam mama" tanpa ada niat menziharkan isteri dan tidak mengetahui tentang zihar, adakah ini dianggap zihar walaupun ucapan itu ditujukan kepada anak bukan isteri?
W'salam basha
antara bapa dengan anak perempuannya tidak termasuk dalam istilah zihar... WA
Assalamualaikum,
Saya ingin mendapat kepastian, adakah ianya tidak jatuh zihar sekiranya suami bergurau dengan isteri: 'punggung awak sama macam punggung lembu tu lah". Menyamakan dengan bahagian haiwan, tetapi dengan niat bergurau. Malah isteri juga tidak terasa dgn ajukan tersebut. Harap dapat membantu
ish ish apa daa "lembu"... tu tak ada kena mengena dengan zihar
Suami ada cakap, Punggung iza(ank perempuan umur 6thn) tu ikut pungggung awaklah tu. Adakh itu di kira zihar?
Assalamualaikum.. Adakah terjatuh zihar jika adanya lintasan dalam hati berkaitan ayat yang berkaitan zihar
Saya nak tanya .si isteri tengah cucikan /basuh kencing anak perempuan nya.suami nampak isteri tu basuh kemaluan anak perempuannya tu kasar,/kuat ,lalu suami nya cakap kat isterinya "kasar /kuat sangat basuh kemaluan anak tu ",nanti besar macam kemaluan mama.kemaluan mama besar takpa lah babah suka.(mama tu panggilan suami untuk isterinya lah.dan babah tu bahasa diri suami bercakap dng isterinya lah) soalan saya jatuh tak zihar..?sebab "besar" tu menunjukkan kepada saiz.saya pernah dgr ada ustaz cakap kalau saiz ,itu tak dikira zihar..boleh tuan jelaskan.suami langsung tak ada niat langsung untuk ziharkan saya..
Salam.. Bagaimana jika suami berkata "rambut awak kerinting sama dengan adik perempuan saya". Adakah jatuh zihar?
Post a Comment