Jan 29, 2009

Cerai Takliq lagi

Salam

1) Jatuh atau tak talak kalo takliq atas perbuatan tu atas diri suami bkn si isteri...cth:"Jatuh talak 1 atas ko kalo aku hisap dadah"

2) Si isteri telah terjumpa gambor si suami dengan perempuan lain dalam baju si suami tersebut..maka si suami cakap: " Jika gambor tu aku yg bawa masuk dalam rumah nie jatuh talak 1 atas ko".

Apa pandangan ahli panel tentang 2 masalah nie??
_________________
thtl

Wassalam

alJawab:

Ni dah kahwin ke belum? Kalau belum kahwin, semasa kursus utk dapat sijil persediaan Nikah, maka akan dijelaskan maksud cerai taklik tu macam mana.

Di Malaysia, lafadz taklik akan ditandatangani oleh suami dan dibacakan dengan jelas oleh Jurunikah dan dilafadzkan oleh suami semasa akad. Itulah ajelah taklik yang betul dan boleh diterima dan talak akan jatuh. Cth lafadz taklik tsb ialah bila suami menghilangkan diri selama 4 bulan atau lebih secara berturut-turut tanpa nafkah. Maka bila betul2 terjadi, si suami menghilangkan diri selama 4 bulan tanpa nafkah, maka jatuhlah talak.

Manakala apa yang anda nyatakan di atas, bukanlah taklik di sisi syara', ia cuma sumpah atau ikrar sahaja. Dia hendaklah bertaubat dan tidak boleh bermain-main dgn lafadz taklik, talak atau sumpah atau mudah dalam bertaklik, talak dan bersumpah. Dalilnya:

" dan janganlah kamu jadikan Allah dalam sumpah kamu sebagai benteng." AQT 2:224
"Allah tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah kamu yg tidak disengajakan." AQT 5: 89

Perlu diingatkan proses perceraian di Malaysia hanya berlaku dalam kamar Pendaftar NikahCerai-Rujuk sahaja dan perlu didaftarkan. lagipun prosesnya agak berliku. WA

16 comments:

Anonymous said...

1.Jika suami berkata kalau saya tidak solat dalam masa 1jam jatuh talak dalam masa 1 juam suami tidak melakukan solat.
2.Kalau awak pergi ke rumah sianu jatuh talak.

Admin said...

Tak jatuh talak sebab larangan belum lagi dilakukan? kalau pun puan melanggar larangan dia, lafaz talak perlu dilakukan dalam kamar Pendaftar Nikah-Cerai-Rujuk sahaja dan perlu didaftarkan. Ini cara amalan yang dipraktikan di Malaysia.

Anonymous said...

Salam..

Jika suami berkata 'Jika aku tidak dilayan sebagai suami,jatuh talak' tetapi dlm keadaan yg marah(mengikutnya sgt marah) dan beremosi kerana sedang bergaduh, adakah jatuh talak itu?

Salam

Anonymous said...

salam..
sekiranya suami melanggar taklik yg tertulis d surat nikah.. iaitu tdk mmberi nafkah batin hampir 9 bulan, dgn pelbagai alasan mnyalahkn isteri sedangkan isteri meminta dan ditolak dgn plbagai alasan oleh pihak suami,yang mnambah tekanan ketika itu kami duduk serumah tapi suami abaikan nafkah batin itu.ini belum ditambah tmpat tinggal yg saya sediakn serta kesemua gaji saya digunakan untuk membantu kehidupan kami.. Apabila mslh ini di bawa ke pjbt agama suami sdh mngaku silap nya dan bersetuju untuk bercerai secara baik tetapi menarik balik keputusan kerana dia khuatir klu bercerai hak penjagaan anak jatuh ke tangan saya bukan nya dia. sekarang kes saya berlarutan hingga ke majlis runding damai. suami turut mengugut yg saya tidak akan dapat cerai krn talak ditgn suami.... Sehingga kan saya merasakan yg wanita x punya hak langsung bila sudah berkahwin bila terjadi kes seperti ini...Suami saya merasa kan dia punye kuasa veto terhadap saya

Admin said...

W'salam

Puan berhak menuntut keadilan, berhak menuntut cerai bila dizalimi, tak ada kuasa veto dalam islam.

Cuma di Malaysia karenah birokrasi jabatan agama menyukarkan keadaan dan ada kalanya dilihat menindas kaum muslimah. Ada saluran untuk mendapatkan bantuan guaman saya tak ada alamatnya nak kena cari dulu.

Kalau betul ceritanya dan telah berlarutan melebihi 4 bulan bermakna talak telah jatuh dengan sendirinya...

Anonymous said...

saya sedang mengandung. suami saya tidak mempercayai saya sejak kami mula berkahwin. dia sering menyuruh saya bersumpah dan jika sumpah saya adalah palsu maka akan jatuh talak satu ke atas saya. sudah dua kali dalam tempoh mengandung saya disuruh bersumpah perkara yang sama.
1) adakah jatuh talak ke atas saya jika ada di antara sumpah itu tidak benar kerana saya berniat untuk menyelamatkan rumah tangga saya.

2)selepas bersumpah kami ada bersama, tetapi tidak ada lafaz rujuk. adakah dikira rujuk sekiranya tanpa lafaz hanya sekadar perbuatan.

minta penjelasan.....

Insaf said...

As-salamualaikum.,

Saya ingin bertanya kepada Ustaz tentang hukum apabila seorang isteri berkata kepada suaminya ketika sedang marah "kalau awak pegang bayi itu, saya akan ceraikan awak." Dan suami itu menjawab sambil memegang bayi itu., "Eii., awak cakap cerai.. Tak elok lah.."
Adakah talak sudah jatuh keatas seorang isteri itu?

Anonymous said...

saya nak tnya..saya ney gantung xbertali..suami dah 2 tahun xberi nafkah zahir dan batin dan tidak tinggal sebumbung..saya ingin menuntut taklik,berpa lamakah proses untuk selesai????dan satu lagi saya ada kenal seorang lelaki ini dan ingin hidup bersamanya..tp saya keliru sekarang dengan keadaan ini..tolong bantu saya

Anonymous said...

Salam..saya ingin bertanya..ikut kes di atas adakah talak tidak jatuh jika suami menyatakan ..Jika saya berhubung dengan perempuan itu lagi, jatuh talak? INi sama macam situasi di atas. Talak tak jatuhkan bila suami berhubung dengan perempuan itu? perlu jawapan segera

Anonymous said...

kalau suami jatukan talak dalam keadaan sgt2 marah dan baru saja mengambil dadah atau ganja...adakah jatuh talak itu..

Can said...

assallamualaikum...

jika sang suami awam akan kata cerai dan sering menyebutkan kata tersebut saat dalam keadaan marah apakah sudah jatuh talak ?
dan jika sudah jatuh talak bagaimana memperbaiki dan menebus dosanya ?

terimakasih

Anonymous said...

Salam saya ada adik yg telah ditalakkan..dia tidak bekerja dan masih sebumbung dengan suaminya tetapi tidak mahu rujuk..dia takut untuk keluar dari rumah kerana khuatir tiada tempat berlindung dan takut anak2nya diambil bekas suami...saya ingin membantu tp saya hanya menyewa bilik..Bagaimana harus adik saya lakukan.

Anonymous said...

Salam, adakah jatuh talak jika sang suami mengkiaskan perkataan sepert di bwh ini, ketika kami sedang bergaduh. oleh kerana kelancangan mulutnyer dia telah melafazkan ayat seperti ini dlm keadaan marah...
) "Mulai dari hari ini, engkau bkn bini aku lagi"
2) Kl dh macam ni...kita cerai sudahlah...!
3) "kau ingat eh..aku dgn kau dh takde hubungan aper2 lagi..!"

Haruskah saya melaporkan kepada mahkamah syariah. Tmakasih .

Anonymous said...

Assalam ustadz apakah jatuh talak sekiranya semasa bergaduh saya telah meinta cerai dan suami saya menjawab lebih kurang begini "cerai boleh cerai tapi tunggu anak besar dulu"

Anonymous said...

bagaimanakah cara hendak rujuk kembali setelah melafazkan cerai taklik?

Anonymous said...

salam..bagaimana pula bila si suami melafazkan "kau bukan bini aku? " atau dia melafazkan "aku bukan suami kau?" ..adakah jatuh talak?

Post a Comment