Jan 22, 2009

Harta Sepencarian

Assalamualaikum

Tak lama dahulu kecoh di dalam media mengenai hak harta sepencarian khas berkaitan dengan wang kwsp si suami. Ada pihak memberi pandangan si isteri ada hak dan ada memberikan pandangan si isteri tiada hak.

Boleh pihak tuan menjelaskan secara lebih terperinci berhubung perkara ini.

Terima kasih.

*****************
tytsezh
Panel Feqh

Assalamualaikum,

Apakah harta sepencarian?

Dalam seksyen 2 Enakmen Keluarga ditakrifkan sebagai: Harta yang diperolehi bersama oleh suami iateri semasa perkahwinan berkuatkuasa mengikut sayart-syarat yang ditentukan oleh hukum syarak.

Dalam seksyen 59 enakmen yang sama menjelaskan Mahkamah berbidangkuasa untuk membahagikan harta sepencarian selepas satu perintah perceraian dibuta.Pertimbangan yang dibuat sebelum pembahagian ialah takat sumbangan yang telah dibuat oleh pihak -pihak dalam bentuk cara langsung atau secara tak langsung,juga mengambil kira apa-apa hutang yang telah dilakukan bagi manfaat bersama juga keperluan anak-anak yang belum dewasa.

Isu di sini ialah Wang KWSP.

Apakah pandangan Mahkamah Syariah dalam isu ini?

Kes Abd Rahman Bin Ayob VS Timah Bt Sulaiman adalah dirujuk (kes belum dilaporkan), Tahun 2000.

Mahkamah Tinggi Syariah Negeri Sembilan telah memutuskan bahawa wang CPF(caruman di Singapura)adalah harta sepencarian. Perayu tidak berpuashati dan membuat rayuan ke Mahkamah Rayuan Syariah Negeri Sembilan. Di mahkamah Rayuan telah diputuskan bahawa wang caruman EPF atau CPF adalah hak persendirian yang disimpan sebagai bekalan hari tua. Tiada siapa boleh mempertikaikanya bahawa harta itu diperolehi atas usahanya sendiri, maka patahlagi untuk menuntut sebahagian darinya. Hakim-Hakim Rayuan berpendapat wang tersebut merupakan simpanan mandatori. Pekerja atau majikan tidak dapat mengelak dari membuat caruman sebegitu. Akta KWSP Seksyen 4 juga dirujuk. maka Mahkamah Rayuan memutuskan wang CPF atau EPF bukan harta sepencarian.

Perlu diingat keputusan Mahkamah Syariah tidak mengikat antara satu sama lain. Walaubagaimanapun dalam Arahan Amalan JKSM keputusan Mahkamah yang lebih tinggi hendaklah dihormati dan diambil kira dalam membuat keputusan pada fakta yang sama.

3 comments:

Anonymous said...

soalan saya ..orang selalu berebut tengtang harta sepencarian : bagaimana pulka dengan hutang sepencarian yang di tanggung apabila pebceraian berlaku , adakan boleh di bahagikan juga?

Anonymous said...

Dalam dunia perniagaan tidak semestinya sentiasa mendapat untung : sekiranya berlaku penceraian di kalangan dua pihan lalu di taksirkan semua harta dan hutang setelah di tolak maka masih menghasilkan hutang yang banyak , adakah hutang ini boleh di bahagikan kepada kedua2 suami isteri yang bercerai

wati said...

Ya bagaimana dengan hutang sepencarian? ingin tahu..

Post a Comment