Jan 21, 2009

Iddah Lepas Bersalin

Assalamualaikum

1. Berapakah edah untuk orang bersalin.

2. Kadang2 susah untuk tentukan samada darah nifasnya betul2 kering atau pun tidak. Selepas 25 (hari) bersalin, dirasakan sudah kering, lalu mandi janabah, kemudian datang balik, maka mandi lagi. Jadi ana ingin mengetahui tempoh darah nifas berapa hari baru boleh dikira sebagai darah istihadzah.

Bagaimana pula dengan ibadah yang dilakukan semasa interim yakni waktu yang dirasakan kering, kemudian mandi dan melakukan ibadah, kemudian darah keluar lagi. Harap dapat penjelasan dari panel al-ahkam.
Wassalam.

*****************
Salam

1. waktu iddah bagi yg hamil ialah setelah melahirkan anak kandungannya. Dalil:

“Dan perempuan-perempuan yang hamil, waktu iddah mereka itu ialah sampai mereka melahirkan kandungannya.”[65:4]

2. Waktu maksima darah nifas menjadi perbahasan ulama' sekian lama. Mereka berbeza pendpt sehinggakan ada yg mengatakan batas maksima nifas itu 60 hari yg juga merupakan pendpt yg asah dalam mazhab syafi'iyyah. Oleh krn perbincangannya terlalu panjang, cukuplah saya lampirkan pendapat yg rajih pada penilaian Dr Abd. Karim Zaidan. Kita lampirkan dahulu hadis2 yg berkaitan:

1. Dari Ummu Salamah ra ia berkata, "dahulu pada zaman rasulullah saw para wanita yg sedang nifas duduk selama 40 hari. dan dahulu kami membubuhi wajah kami dgn al-wars(daun pewarna) dari aal-Kalaf."[HR Tirmidzi]

2. Dari Anas ra, ia berkata, "Rasulullah saw menentukan waktu nifas bagi para wanita adalah 40 hari, kecuali dia telah melihat kesucian sblm masa tersebut."[HR Ibn Majah]

3. Dari Abu Hurairah ra ia berkata bhw Rasulullah saw bersabda, "Hendaknya wanita yg nifas itu menuggu selama 40 hari kecuali melihat kesucian sblm itu. Jika telah melampaui 40 hari dan belum melihat kesucian, maka hendaklah dia mandi."[HR Ibn Adi]

Berdasarkan hadis2 di atas, Dr Abd karim Zaidan memilih pendpt nifas itu 40 hari maksima. Selepas itu, dikire istihadah dan wajib mengerjakan solat, puasa dan lain2. Pendapat ini juga dipilih oleh Imam tirmidzi.

Adapun mengenai 'gap' suci yg wujud, ulama' juga khilaf mengenainya. Khilaf yg pertama; 'Apakah darah yg dtg pada kemudian itu haid atau nifas?' Manakala khilaf yg kedua ialah berkisar ibadat yg dikerjakan dalam tempoh suci itu, apakah ia sah atau tidak. kite terus ke khilaf yg kedua memandangkan sdr bertanyakan mengenai ibadah secara spesifik.

Hanbali dan maliki berpdt bhw hari suci itu dikira hari suci. Ini krn keluarnya darah itu menunjukkan haid/nifas dan terhentinya darah menunjukkan suci dari haid/nifas.

Manakala menurut penpdt mazhab syafi'i, ibadah sdr tidak sah krn waktu suci antara dua haid/nifas itu tetap dikira tempoh haid/nifas.

Sekian. WA.

Wassalam

Rujukan

Al-Mufashal fi-Ahkamil Mar'ah wal-Bait al-Muslim
Dr Abd Karim Zaidan

Hukum Dan Persoalan Darah2, Haid, Nifas dan Istihadah
Muhammad Nuruddin al-Makki
_________________
Wassalam

Tas-hih/Tahqeeq

1. Iddah wanita hamil
Dari Ummu Salamah meriwayatkan seorang wanita bernama Subai’ah alAslamiah datang mengadu kepada RasuluLlah saw bertanyakan bilakah iddahnya setelah dia kematian suami dalam keadaan hamil dan bila dia melahirkan anak. Selepas 10 hari dalam pantang dia bertanyakan Nabi akan iddahnya. Nabi saw telah memberi fatwa kpdku, apabila aku telah melahirkan, maka aku boleh menikah.” (alBukhari/#5318-bab kitab atTalaq; Muslim/#1484-kitab atTalaq; Abu Daud/# 2298; anNasa’iy: 6/194; Ahmad:5/432)
Ini adalah ijma’ (atTabari, Jami’ul Bayan: 18/144; Ibn Qayyim, Zaad alMa’ad: 5/594)

2. Takhreej/Tahqeeq hadis
Hadis Ummu Salamah: Juga dikeluarkan oleh Abu Daud. Disahihkan oleh Albani dalam Sahih Sunan Abu Daud (1/62/# 304); Imam Ibn Qudamah (alMughni: 1/363)

Hadis Anas itu Disahihkan oleh AlAlbani dlm Irwa’ alGhaleel (1/223)
Hadis Abu Hurairah ditahqeeq pleh Imam asySyawkani, Nailool Awthor: 1/283

1 comments:

Anonymous said...

Saya nak tnya kalau mcm saya tengah dalam hari baru pantang hari ke 6 suami meninggal . Mcm mana iddah saya ye . 4bulan 10 hari juga ye

Post a Comment