Jan 27, 2009

Ingkar Perintah Suami

Apakah hukumnya seorang isteri yang berdegil untuk tidur dengan anak perempuannya (5 yrs) di katil suaminya semasa ketiadaan suami di rumah, di mana:-

a)suami tidak izinkan biliknya digunakan (keluar/masuk) sewenang-wenangnya oleh orang lain (exclusive area);

b)suami tidak izinkan katilnya dikongsi dgn sesiapapun (exclusivity utk mereka suami/isteri je); dan

c)suami tidak benarkan siisteri tidur dgn anak2 kerana ingin mendidik anak2 berdikari dan tidak terlalu manja dgn ibubapa.

*************************
thtl

Jawapan ringkas:

Pergaduhan dalam mempertahankan kesucian bilik tidur bukanlah isu besar dalam agama. Jika isteri melanggar pantang larang ini tidaklah termasuk nusyuz. Ini kerana nusyuz hanyalah dalam isu2 yang lebih besar melibatkan hak-hak atau kewajiban agama.

Oleh kerana suami adalah boss rumahtangga, maka isteri hendaklah akur dengan karenah bossnya dan sebolehnya tidak melakukan sesuatu yang menyebabkan suaminya tidak senang. ini kerana isteri2 kaum salaf, mereka sedaya mungkin mencuba utk memenangi keredhaan suami mereka. Sabda RasuluLlah saw:

"sebaik-baik wanita ialah yang sedap mata memandang dan mematuhi bila diperintah.." HR atTabrani dari Abdullah bin Salam, dinilai sahih oleh Albani, sahih aljaami' # 3294

6 comments:

Anonymous said...

Assalammualaikum.....saya telah berumahtangga hampir 11 tahun saya berkhawin atas diperkenalkan oleh seorang sahabat...masalah yang timbul ini bkn kali pertama....kisahnya bermula begini sy sebagai suami telah menyediakan tempat tinggal yang sesuai dengan keselesaan dan kemampuan saya dan demi memeikirkan masa depan yang baik saya telah membeli sebuah rumah tp malangnya saya menjadi mangsa penipuan dan akibatnya saya terpaksa menanggungnya.....masalah saya ialah sikap isteri saya yg sering memeningkan saya dan sering engkar pada saya ...untuk pengetahuan isteri bekerja sebagai kerani di salah satu jabatan kerajaan...baru2 ini isteri ada membuat pinjaman 45k tanpa pengetahuan saya malah ini bukan kali pertama berlaku malah masuk ini sudah kali ketiga beliau membuat pinjaman tanpa pengetahuan saya...mmg benar katanya pinjaman itu dia yang akan bertanggungjawab...soalnya bila saya menasihati dan bertanya untuk apa pinjaman sebanyak itu beliau kata tidak tahu malah dah lupa katanya...dari segi akal memang tidak bole diterima seolah olah saya di lakukan seperti tunggul kayau sahaja...persoalannya bila saya menasihatinya beliau tidak mahu terima malah sering kali saya di abaikan kerana beliau kerap pulang ke rumah ibubapanya hingga saya hendak makan pun terpaksa masak atau ke kedai kalo hindak di katakan dalam seminggu saya x pernah tengok beliau memasak...bila saya melarang beliau kerap kerumah ibubapanya beliau mengatakan yang saya tidak suka pada keluarga beliau....jadi saya amat binggung hingga saya berdoa pada Allah agar berikan pembalasan yang setimpal padanya atas apa yang beliau lakukan....malah saya juga bertekad tidak redo padanya......jd apakah harus saya lakukan....

Anonymous said...

dapatkan perintah mahkamah supaya dia kembali taat, jika tidak juga taat... failkan kes tuntuntan cerai..

Anonymous said...

Saya nak bertnya ustaz, apa hukumnya isteri mendiamkan diri dgn suami disebabkan rasa kecewa dengan perbuatan suami. Suami yang suka menonton aksi-aksi porno walaupun beberapa kali minta maaf setiap kali perbuatannya terbongkar. tambahan pula dia suka 'chatting' dgn rakan cyber mende2 yang berunsurkan lucah. apakah isteri itu dikira derhaka kerana tidak melayani suaminya dengan baik. apakah yang harus si isteri lakukan bagi menenangkan hati yang kecewa dgn sikap suami yang xputus2 menyakitinya..harap ustaz dpt membantu

Admin said...

Puan tidak berdosa kerana mengingkari suami yang sering melakukan maksiat. Ingatkan dia dan sama-sama berdoa semoga dia segera berubah.

Anonymous said...

suami saya ada hubungan dengan perempuan lain dan ingin berkahwin. dan saya tidak dapat menerima perempuan itu ats sbb2 tertentu. kecewa dan sakit hati dengan tingkah laku mereka. saya buat keputusan utk pulang ke rumah ibubapa saya,dan minta suami yg hantarkan. adakah keadaan saya skrg dikatakan nusyuz?

Admin said...

tidak nusyuz kerana wanita ada hak memilih untuk berpisah jika tidak sanggup bermadu...

Post a Comment