Jan 27, 2009

kahwin syed syarifah

assalamualaikum.

saya nak tanya pasal.. salah satu syarat kufu' dalam nikah yg disyaratkan oleh mazhab syafie.. apakah syed dan syarifah tak bleh kahwen ngan yang lain2 berdasarkan status kufu' mereka?
wallahu a'lam

******************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Kufu adalah syarat mencari pasangan dan bukannya syarat sah nikah. Menurut Mazhab Syafie, walaupun tidak sekufu, kalau mereka semua redha dengan keadaan masing2 maka tidaklah menjadi masalah perkahwinan tersebut. Menurut Dr Wahbah al-Zuhaili (al-Fiqh al-Islami, 8/232):-

رأى جمهور الفقهاء (منهم المذاهب الأربعة) : أن الكفاءة شرط في لزوم الزواج، لاشرط صحة فيه
"Menurut pandangan jumhur Fuqaha' (dari mereka ulama 4 mazhab) : bahawa al-kafaa'ah (effisensi) adalah Syarat didalam Keperluan (necessity) berkahwin, dan bukan Syarat Sah baginya."

Menurut al-Zuhaily skop kufu didalam Mazhab adalah :-

هي عند المالكية: الدين، والحال (أي السلامة من العيوب التي توجب لها الخيار)، وعند الجمهور: الدين، والنسب، والحرية، والحرفة (أو الصناعة)، وزاد الحنفية والحنابلة : اليسار (أو المال).
"Bagi Mazhab Maliki : Agama, keadaan (sejahtera dari sebarang kecacatan yang didedahkan menurut pilihnya), menurut Jumhur pula : Agama, nasab (keturunan), merdeka, berkerja, dan tambah Hanbali : poltitik (atau kewangan). "

Tujuan syarat kufu ini adalah kerana wali akan memilih pasangan yang baik bagi anak perempuannya bagi tujuan kesejahteraan masa hadapan. Ini merupakan langkah2 berjaga2 bukan satu halangan. Misalnya seseorang bapa sudah pasti tidak mahu melihat anaknya memilih suami dari kalangan orang jahat2; dengan erti kata lain, keturunan yang buruk2. Andai kata seseorang itu memilih dikalangan bakal suami yang cacat anggota dengan keredhaan hatinya, maka nikahnya sah. Didalam al-Mughni menyatakan :

وفي المغني: وأما السلامة من العيوب فليس من شروط الكفاءة، فإنه لا خلاف في أنه لا يبطل النكاح بعدمه، ولكنها تثبت الخيار للمرأة دون الأولياء، لأن ضرره مختص بها، ولوليها منعها من نكاح المجذوم، والأبرص والمجنون.
"Dan bagi tujuan keselamatan dari kecacatan maka bukanlah menjadi syarat kufu, kerana sesungguhnya tidak ada perbezaan pendapat mengenai hukumnya dan kekurangannya tidak membatalkan nikah, akan tetapi jika pemilihan itu dibuat tanpa pengetahuan walinya, kerana dia memilih yang memudharatkan, maka wali boleh menegah perkahwinan dengan orang berpenyakit kusta dan juga gila"

Kufu disini lebih berbentuk 'prevention', bak kata orang melayu : sediakan payung sebelum hujan. Kufu dari segi keturunan melihat kepada nasab keluarga yang baik2, moga2 berharap dapat melahirkan zuriat yang baik2. Akan tetapi tidak semua keturunan yang baik2 itu orangnya baik. Maka faktor kufu ini lebih menjuruskan individu2 tersebut, samada penghayatan Islamnya mencukupi atau pun tidak.

Title 'Syed' atau 'Syarifah' tidak menjadi syarat kufu. Ia lebih kepada unsur2 perkauman dan etnik. Apa yang lebih penting ialah apakah seseorang calon atau bakal suami itu mempunyai pendidikan agama yang tinggi atau tidak? Inilah sebenarnya kufu dan juga pengharapan agar anak perempuannya terjamin masa hadapannya.

Beikut kami petik Fatwa bekas Reaktor Universiti al-Azhar, Syeikh Dr Abdul Halim Mahmud mengenai keperluan kufu didalam perkahwinan :

يجب في الإسلام على والد البنت أو وَلِي أمرها أن يَتَخَيَّر لها الزوج الصالح الكُفْء، وهذه الكفاءة مَرَدُّها إلى الدِّين والصلاح والتقوى؛ فقد ألغى الإسلام الفروق بين الناس في الجنس، وجعل مردَّ القُرْب من الله إلى التقوى. فقال ـ سبحانه ـ: (يا أيُّها الناسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وأنثَى وجعلناكُمْ شُعوبًا وقبائلَ لِتَعارَفُوا إنَّ أكرمَكُمْ عندَ اللهِ أَتْقَاكُمْ).
"Adalah menjadi kewajipan didalam Islam bapa kepada anak wanita atau wali memilih suami yang layak dan sesuai utnuknya, dan kufu adalah diliaht kepada agama, kesolehan dan ketaqwaan! Islam telah memansuhkan perbezaan diantara manusia menurus jenis2, dan ia menjadikan mereka hampir dengan Allah dikalangan orang yang bertaqwa. Allah berfirman : 'Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). '"
-----------

Kesimpulannya, kufu yang sebenar adalah dilihat dari segi ketaqwaan. Tidak ada beza orang Arab dengan orabng 'Ajam, dan tidak ada beza orang yang bertitle Syed dan orang biasa. Yang membezakannya adalah taqwa. Wallahu A'lam.

wassalam
========
Rujukan

1. Dr Wahbah Zuhaily. Fiqh Al-Islami wa adillatuhu - 7 Cetakan ke 3. Damsyik: Dar Al-Fikr, 1986. (ms229,232).

2. Syeikh Said Sabiq. الكفاءة فى الزواج :شروطها وحقيقتها URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=7927

3. Syiekh Dr Abdul Halim Mahmud. الكفاءة في الزواج URL : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=33912

4 comments:

Anonymous said...

Semua di bawah ini adalah pendapat ulama’2 yang mu’tabar dan juga para salaf Ba’alawi terdahulu yang terkenal dengan ilmu dan kesolehan mereka.

1) Di dalam Mazhab Shafie’, kafaah di dalam nasab adalah wajib.

2) Imam Shafie mengatakan di dalam kitabnya Al-Um yang bermaksud: ” Dan bukan nikah yang tidak sekufu’ itu haram dan aku menolaknya,tetapi ia adalah suatu kekurangan pada yang ingin berkahwin itu dan juga wali2nya.Dan jika dia dan wali2nya tetap redha akan kekurangan itu maka aku tidak menolaknya.”

3) Berkata Ulama2 di dalam mazhab shafie’,walau pun imam shafie’ membolehkan demikian tapi hukumnya adalah makruh yang amat sangat.

4) Manakala jika perkahwinan itu tetap diteruskan tanpa ada redho,maka Imam Shafie’ sendiri dalam kitabnya Al-Um mengatakan nikahnya itu batil.

5) Di dalam kitab “Majmuk” Imam Nawawi, ada menyebutkan bahawa Mazhab Imam Ahmad ibnu Hanbal dan Mazhab Imam Sufyan Assauri perkahwinannya tetap tidak sah walaupun perempuan itu dan seluruh wali2nya Redho.

6) Alhabib Al’Allamah Alwi Bin Ahmad Alsaggoff di dalam kitabnya “Tarshiihul Mustafiidiin” ada mengatakan yang bermaksud secara ringkas: “bahawa Ulama’ dari keturunan Ba’alawi sejak dahulu lagi,telah berijtihad dan mengikut pendapat yang sama yang diijtihadkan oleh Imam Ahmad Ibnu Hanbal bahawa perlu mengi’tibarkan Redho seluruh keluarganya yang dekat dan yang jauh (Iaitu seluruh keturunan Rasulullah Yang ada sekarang) di dalam kafaah.”

7) Beliau menyebutkan lagi yang ringkasan maksudnya: “bahawa pada zaman Daulah ‘Uthmaaniyyah,mereka menyokong dan memperaktikkan hukum ini.Dan memerintahkan pemerintah Haramain (Makkah dan Madinah) ketika itu untuk memperaktikkan hukum itu juga.”

Alhabib Al’Allaamah Abdurrahman Bin Muhammad Almasyhur Mufti Hadhrmaout dahulu berkata di dalam kitabnya “Bughyatul Mustarshidiin” yang ringkasannya bermaksud: ” Aku tidak melihat bolehnya seorang sharifah bernikah dengan yang bukan syed,walau pun perempuan itu dan wali2nya semua redho.”

9) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya: Walau pun ada diantara ulama’ yang membolehkannya,tetapi salaf Ba’alawi kita mempunyai ijtihad yang sukar bagi seorang Faqih mengetahui rahsianya,maka serahkanlah sahaja pada mereka,kamu akan terselamat,atau jangan mengikut mereka,maka kamu akan rugi dan menyesal.

10) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya: Para salaf Ba’alawi kita diantara mereka orang yang Faqih,bahkan mujtahid dan wali2,bahkan Qutub2.Dan tak pernah aku dengar ada diantara mereka yang mengahwinikan anak perempuan mereka kepada bukan saadah.

11) Beliau menyebut pula kata2 Alhabib Al’allamah Abdullah Bin Umar Bin Yahya yang ringkasan maksudnya: “Yang diamalkan saadah Ba’alawi,selepas wujudnya kafaah di dalam nasab,mereka tidak hiraukan lagi kafaah pada yang lain lainnya seperti pekerjaan,ilmu,Solih atau tidak dan sebagainya,Kerana ada yang lebih penting dari itu iaitu kafaaah dalam nasab.

12) Beliau berkata lagi yang ringkasan maksudnya : ” Aku takut bagi mereka yang tidak mengikut pandangan salaf Ba’alawi maka dia akan jauh dari Allah.kerana mereka adalah ulama’ yang unggul,mereka tidak menolak pendapat ulama’ yang lain kecuali dengan sebab.Dengan pendapat mereka itulah diamalkan pemerintah kita di Hadhramout dari dulu hingga sekarang.

*** Ini lah serba sedikit yang ana dapat berkongsi,dan ini bukan lah pandangan ana,tapi pandangan Ulama’ dan Salaf Ba’alawi yang terdahulu.

Posted by Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff

assalamualaikum...
sy ada terbaca tentang isu ini...so sy paste kn di sini pendapat seorg sahabat yg berdasar kn rujukan yg patut...sy minta penjelasan berdasarkan hujah sahabat di atas ini...w'salam

Anonymous said...

kenapa tiada jwban utk pertanyaan yg di postkan YM Syed Muhammad Bin Ibrahim Bin Ahmad Alkaff...

Chepe Mardud said...

kire kene cari syed jugak ke? tak paham~

Anonymous said...

macam2 laa.. takwa yg penting.. kalau syed tu kaki botol cmner?

Post a Comment