Jan 29, 2009

Kaki Bukan Aurat

aslm wbt

mintak checak artikel kt bwh ni.betulke ada riwayat psl kaki bkan aurat ni

assalamualaikum,

inilah bicara seorang hamba Allah yang lemah...
ana dapat tahu baru-baru ni, ada pendapat yang mengatakan kaki bukan aurat....
nanti dulu.....jangan marah ana!ana ada hujah...
ok, pendapat kaki aurat....
satu waktu dulu,asmaa' datang menemui rasulullah dengan pakaian jarang dan nipis...rasulullah pun bersabda,"wahai asma',kamu wanita yang telah baligh, maka tidak boleh dilihat melainkan ini"...sambil rasulullah mensyaratkan muka dan tapak tangannya....
pendapat kaki bukan aurat...
pada suatu hari, seorang sahabat duduk bersama rasulullah. tiba2 sahabat tersubut melihat seorang wanita sedang solat dengan kakinya tidak tertutup..sahabat tersebut bertny kepada rasulullah...namun, rasulullah membiarkannya...
ini adalah satu bukti kaki bukan aurat...
so, tak salah kalau seseorang itu tak tutup kakinya sebab berpegang pada pendapat ni...
tapi, bagi ana tak susuh untuk pakai sarung kaki..
benda mudah, takkan tak boleh buatkan!!!
lagipun,baik untuk elakkan fitnah...
wallahua'lam ....daripada hamba ALLAH yang lemah...
wassalam...
_________________
thtl

Wassalam

al-Jawab:

Memang betul kaki bukan aurat di sisi madzhab Imam Abu Hanifah, Sufyan atTsauri dan Imam alMuzani (madzhab Syafi'iy (Imam Nawawi, alMajmoo', 3/157)

Ini juga pilihan Syaikhul Islam Ibn Taymiyah rh dalam Majmu'Fatawa , 22/114-115). Ia dibahaskan oleh mereka dalam tafsir ayat 31, surah anNuur. Maka artikel itu memiliki asalnya.

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum,harap panel yg menjwb berikan dalil2 atau nas yg lbh kukuh mengatakan kaki bkn aurat.

Anonymous said...

Aisyah melaporkan,

أَنَّ أَسْمَاءَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ دَخَلَتْ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَعَلَيْهَا ثِيَابٌ رِقَاقٌ فَأَعْرَضَ عَنْهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ يَا أَسْمَاءُ إِنَّ الْمَرْأَةَ إِذَا بَلَغَتْ الْمَحِيضَ لَمْ تَصْلُحْ أَنْ يُرَى مِنْهَا إِلَّا هَذَا وَهَذَا وَأَشَارَ إِلَى وَجْهِهِ وَكَفَّيْهِ
Asma’ bint Abu Bakr telah masuk ke tempat Rasulullah s.a.w berada sedangkan dia memakai pakaian nipis. Rasulullah s.a.w lalu berpaling daripada memandangnya sambil berkata, “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haid) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya.”

Hadis direkodkan olah Abu Dawud.



Hadis di atas menunjukkan bahawa kaki termasuk aurat tatkala Nabi s.a.w mengecualikan hanya wajah dan tangan.

Dalil lain yang menunjukkan dua kaki adalah aurat ialah hadis yang dilaporkan oleh Ummu Salamah. Dia pernah bertanya Rasulullah s.a.w ,

Apakah seorang wanita boleh menunaikan solat di dalam pakaian labuh dan tudungnya jika dia tidak mempunyai sarung? Nabi s.a.w menjawab,

إِذَا كَانَ الدِّرْعُ سَابِغًا يُغَطِّي ظُهُورَ قَدَمَيْهَا


“Asal pakaian labuh (jubah) itu sempurna dan menutupi zahir kedua kakinya.”



Hadis direkodkan oleh Abu Dawud.



Abu Dawud menyatakan sesetengah perawi hadis ini tidak menyebut ia daripada Rasulullah s.a.w tetapi dari Ummu Salamah sendiri.

Jika ia lafaz Ummu Salamah sekalipun, ia tetap menjadi dalil yang kuat memandangkan Ummu Salamah adalah isteri Rasulullah s.a.w. Sudah tentu Ummu Salamah mengamalkan perkara yang telah diketahui benar dari Rasulullah s.a.w itu sendiri.

ADAKAH KITA INGIN MENGIKUT LOJIK AKAL ATAU NAS YG LBH KUAT? NAS KATA TUTUP KAKI,JADI NAK IKUT YG MANA? APABILA LOJIK AKAL BERTEMBUNG DGN NAS,MAKA MESTILAH UTAMAKAN NAS. WALLAHUA'LAM

Admin said...

Tidak ada nas yg direct atau langsung dalam masalah ini melainkan sepotong ayat umum dari Surah anNuur: 31

"...dan janganlah mereka (perempuan Islam) menzahirkan perhiasannya kecuali yg biasa nampak dari padanya..."

Secebis ayat umum ini telah melahirkan pelbagai pendapat fiqih mengenai apakah yg boleh dizahirkan oleh perempuan kepada umum bila mereka keluar dari rumah-rumah mereka. Kami simpulkan:

a. Fiqh Hanafi menetapkan dua kaki wanita bukanlah aurat kerana ia termasuk apa yg biasa nampak darinya kerana keperluan wanita melakukan pekerjaan hariannya. (alKasani, alBada'iy alSana'iy: Kitab alIstihsan, Jld 5)

b. Fiqh Syafi'iyah, ada dua pendapat:
Imam Muhyidin anNawawi (Syarah alMuhadzab,:3/173) kaki wanita adalah aurat. Imam alMuzani pula berpendapat kaki bukan aurat.

c. Imam atsTsauri juga berpendapat kaki bukan aurat (Syarah alMuhadzab, op cit, ms 173)

d. Fiqh Maliki menetapkan kaki adalah aurat ( alMudawwanah: 1/109; Syarah alKabeer: 1/215)

e. Fiqh alHanbaliah juga menetapkan kaki adalah aurat (alMughny: 1/601)

Bila ada banyak pendapat, maka kita beralih pada Fiqh Tahqeeq (Fiqh Analitis):

a. Imam asySyawkani (Nailool Awthor: 2/144) dan Tafsirnya, Fathul Qadeer: Tafsir surah anNuur) memilih pendapat bahawa kaki bukanlah aurat kerana memberi kemudahan kepada wanita.

b. Allamah Siddiq Hasan Khan (Nailool Maram: Tafsir surat anNuur ayat 31) memilih pendapat kaki bukan aurat.

c. Syaikhul Islam dan Imam Salafiya Taqiyuddin Ahmed Ibn Taymiyah alharani (Majmu' Fatawa, cetakan Riyadh, Jld 22/114-115) juga memilih pendapat kaki bukanlah aurat kerana ia merupakan kesulitan bagi wanita baik dalam solat dan di luar solat berdasarkan Hadis Aisyah ra yg mentafsirkan "apa yg biasa nampak" dalam surah anNuur ialah termasuk Fatkhah (cincin yg dipakaikan oleh wanita Arab pada jari kaki)

Rumusan dan pilihan al_Ahkam (thtl):
Kaum wanita Islam diberi pilihan samada untuk memakai stokin atau melabuhkan pakaian dan jika ternampak tumitnya atau kakinya adalah suatu yg dima'afkan syara' berdasarkan Fiqh Hanafi, sebahagian Syafi'iy dan sebahagian ahli tahqeeq yg kami kemukakan di atas. WA

cahaya terpelihara said...

assalamualaikum..tapi..sekarang kita kena ikut mazhab imam syafie,.,.

Admin said...

waalaimumussalam
ini soal khilaf (ulamak berbeza pendapat) dan masing-masing ada dalil-dalil hujah. Dalam mazhab Shafie sendiri pun terdapat dua pendapt berbeza. Untuk mengelak was-was dari gangguan syaitan anda boleh memilih untuk sentiasa melindung kaki anda dari penglihatan orang lain... WA

Anonymous said...

kaki wanita yang indah bisa menimbulkan gejolak nafsu lelaki. sebaiknya ditutupi. tapi bila hukum syariat mengatakan bukan aurat, maka harus di informasikan demikian. karena yang haram tetap haram dan sebaliknya. Thank you

Anonymous said...

?

Post a Comment