Jan 27, 2009

Konsep Bertunang

assalamualaikum...

1) Bolehkah ustaz terangkan skit pasal konsep pertunangan dlam islam
sebab ape yg sy dpt tau jika seseorang tuh dah ade couple,
bermaksud die sudah betunang? adakah statement tuh dikire betul?
Ada jugak yg menyatakan jika dah ade couple, ianya tidak
bermaksud bertunang selagi kedua-dua belah keluarga pasangan
tidak berjumpe lagi dan mengadakan majlis pertunangan secara rasmi

2) Dalam islam, adakah salah utk memegang prmpuan yg bukan
mahram kite pada part[sup:030de958ba]2[/sup:030de958ba] badan yg belapik? katekanla prmpuan itu memakai baju kurung, dan kite memegang lengan prmpuan tersebut

******************************
thtl

Wassalam

Jawab

1. Pendapat yang benar ialah pasangan yang couple (berpacaran) belum lagi bertunang jika adat peminangan itu belum berlaku. Adat pertunangan yg diiktiraf oleh Islam ialah kedua belah keluarga telah bertemu. Ini suatu adat yang tidak disangkal lagi. Adapun 'couple' atau berpacaran itu adalah suatu yang asing dari Islam. Ia diperkenalkan lewat filem2 P Ramlee. Sebelum itu orang Melayu tidak kenal erti couple.

2. Memegang perempuan yang non-mahram ini adalah haram walaupun berlapik kerana ia menjurus kepada perzinaan. jika berkhalwat (berdua-duaan) pun haram, maka apatah lagi memegangnya kerana turutan dalam langkah kepada perzinaan ialah, mula-mula berdua-dua'an, kemudian berpegang-pegangan, kemudian cumbuan dan akhirnya membuka aurat dan penyudahnya ialah perzinaan.
Cara mengelakkan berpegang-pegang ini ialah ditemani oleh muhrim kepada perempuan itu.

Kesemua langkah ini ditegah oleh Islam di bawah Sadd adzara'iy (menutup pintu kejahatan yakni zina) (Ibn Taymiyah, majmu' Fatawa Jilid 32/ms 10)

10 comments:

fUzAhEeChUl~ said...

Assalamualaikum saya nak bertanya.....
kalau seseorg wanita muslim tu bertunang dgn seorang lelaki non muslim...
adakah wanita itu dikira murtad, atau pun dikira murtad jika dia berkahwin dgn lelaki tersebut???

Admin said...

W'salam

Dalilnya: "janganlah kamu kahwinkan perempuan2 yg beriman dgn lelaki yg musyrik sebelum mereka beriman .." AQ 2: 221

sila rujuk soalan dan jawapan berikut:

http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/01/bertunang-dengan-orang-bukan-islam.html.

fUzAhEeChUl~ said...

terima kasih sangat sangat sangat ^^

hamba Allah said...

Skiranya sya dlm proses bcerai,ble ke sya mlgsungkn pertungn..ingin tau,,sbb sya ingin lgsgkn pertungn xlama lg..tp dlm tmpoh yg sama,sya mc lg dlm proses cerai..mmemandgkn bks isteri mlewatkn pebicaran mhkmh..

Admin said...

Anda tidak boleh nikah selagi belum tamat tempoh iddah. Tempoh iddah adalah kadar 3 kali haid dari tarikh jatuh talak. WA

hamba Allah said...

So klo bertunang tu ble lg la ye,cma nikah je xble.btl ke

hamba Allah said...

Sya da jth talak drpd thn lps cma proses mhkmh je blm slsai..so klo brtung xde jd mslh ke?sbb sya bimbng klo ia slh,sbb sya pn lmah dlm soal mcm ni

Admin said...

tak ada masalah kalau dah lebih setahun jatuh talak, mungkin mahkamah atas urusan lain harta dan sebagainya tidak melibatkan talak.

bagaimanapun sebaiknya selesaikan urusan mahkamah dulu supaya tidak berbangkit kemudian nanti. Mahkamah agama kita sangat menyusahkan umat terutama kaum wanit, diharap bersabar.

kita doakan jodoh anda yang baru akan berkekalan hingga ke akhir hayat sertai dirahmati Allah.

hamba Allah said...

Tq ats pnrgn tu..

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz, adakah hukum nya pabila tunangan orang keluar rumah untuk outstation bersama bos, (berdua duaan)

adakah patut seorg tunangan menegur tunangan beliau untuk menolak permintaan bos untuk ke outstation bersama atas dasar kerja?

bagaimana kah cara nya yang betul kite untuk menegur tunangan kite dari sudut perspektif diatas dan berlandas kan islam?

Post a Comment