Jan 27, 2009

Lukisan / Kartun / Animasi Seks

As-Salamu Alaikum

Menonton adegan (Video/Foto) lucah adalah haram. Tetapi ada orang kata, sesiapa yang dah kahwin boleh tengok atas sebab suami isteri ada tempat melepaskan nafsu. Kalau yang belum kahwin tak boleh tengok sebab tak ada tempat nak lepaskan nafsu.... dan ada yang kata suami isteri boleh tengok bagi yang ingin mempelajarinya.

Namun bagi saya, walaupun keadaan seseorang itu telah berkahwin (pernah alami seks) ataupun niat baiknya untuk belajar tetapi ia tetap berdosa sebab kita melihat aurat yang berat. Sedangkan kita boleh belajar dari buku-buku perkahwinan berbentuk agama yang membincangkan tentang hubungan seks serta doa-doanya.

Namun kemusykilan saya di sini, adakah boleh kita melihat gambar-gambar teknik seks yang berbentuk lukisan/kartun/animasi di dalam bahan tersebut seperti buku ataupun laman web untuk suami isteri mempelajarinya.... kerana ada pihak yang mempertikaikannya seperti buku 'Permata Yang Hilang'.

Sekian, Was-Salam.

********************
thtl

Wassalam

Quote:
adakah boleh kita melihat gambar-gambar teknik seks yang berbentuk lukisan/kartun/animasi di dalam bahan tersebut seperti buku ataupun laman web untuk suami isteri mempelajarinya.... kerana ada pihak yang mempertikaikannya seperti buku 'Permata Yang Hilang'.

Jawab

Tidak ada masalah untuk mempelajari teknik2 jima' (seks) melalui buku2 dan ilustrasi kerana kita akan ditanya tentang NIAT-NIAT kita melalui Hadith yang masyhur, " sesungguhnya setiap amal bergantung kepada niat."

Maka mereka yg membantah hendaklah mengemukakan dalil. Ini kerana para salaf bertanyakan masalah seks kepada Nabi SAW atau kepada isteri2 baginda dengan agak detail. Misalnya peristiwa turunnya ayat 223 surah alBaqarah (isteri2 kamu adalah ibarat ladang, maka kerjakalah ladangmu itu sebagaimana yg engkau sukai)

Fiqh jima' dalam ayat ini ialah boleh mendatangi isteri dengan pelbagai posisi, antaranya dari posisi belakang dan ditegah anal seks. Imam Ibn Qayyim menjelaskan posisi yg paling baik ialah suami di atas isteri. Maka jika anda ingin mendalami pengetahuan tentang seks dengan niat memberi yang terbaik buat isteri anda dan ingin menggembirakannya, maka kenapa tidak??

Adapun filem lucah itu bukanlah pelajaran kerana ia dilakonkan oleh pelakon2 filem lucah dan aktiviti seks mereka adalah dalam bentuk yg menjijikkan.
Wallahu A'lam

5 comments:

Anonymous said...

apakah hukum pernikahan paksa

Anonymous said...

bagaimana pula yang melihatnya untuk merangsang ghairah untuk melakukan hubungan kelamin suami isteri ?

Admin said...

isteri meransang diri sendiri sebelum jimak:

http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2008/12/isteri-meransang-diri-sendiri-sebelum.html.

Admin said...

a. Dalam musnad Ahmad jilid 2 hal:434 dan juga dalam Shahih Bukhari jilid 5 Hal:1974 dan dalam Shahih Muslim jilid 2 Hal:1036, Rasulullah SAW bersabda: ”Janganlah mengawinkan anak wanita (perawan) sehingga kamu meminta izin dan mendapat persetujuan darinya, sahabat bertanya : bagaimanakah tanda setujuanya, Rasul menjawab:”diamnya” adalah setujunya.

b. Dalam musnad Ahmad, jilid 1, Hal:117 dan Sunan Abi Daud jilid 2,Hal:232 dan Sunan Ibnu Majah jilid 1,Hal:603. Diriwayatkan bahwa seorang wanita telah datang mengadu kepada Rasulullah SAW akan perihal ayahnya yang memaksanya kawin dengan orang yang tidak diinginkannya. Maka Rasul menjawab La Nikaha Lahu”.

c. Dalam Al Kubra diriwatkan oleh Nasai bahwa seorang ayah telah memaksa anaknya untuk menikah, hal tersebut diadukan kepada Rasulullah SAW, maka Rasul menjawab La Nikaha Lahu Inkihi Ma Syi’ta, tidak sah nikahnya, kawinilah yang kamu kehendaki.

d. Dalam I’lam Al Muqiin oleh Ibnu Qayyim jilid 4, Hal:260-261. Seorang wanita telah mengadu kepada Rasulullah tentang ayahnya yang memaksanya untuk menikah dengan orang yang tidak diinginkannya. Maka Rasulullah menghampiri ayahnya dan menyuruhnya untuk meminta izin dan persetujuan dari sang anak.

Anonymous said...

Jika tengok video lucah dalam keadaan kartun adakah dosa?

Post a Comment