Jan 27, 2009

Mengenai Anak Angkat

Salam

Maaf andai soalan saya ni mengulangi pertanyaan ahli yg. terdahulu.Saya mengambil anak angkat lelaki yg. lahir kurang bernasib baik iaitu di luar perkahwinan yg. sah. Saya belum ada anak lagi.

Soalan saya, adakah saya di sunatkan utk. mengaqiqahkan anak angkat saya ? sama spt. bapa kandung yg. lain.

Bolehkah di aqiqahkan selepas dr. 7 hari.Ada pendapat mengatakan mesti pd. hari ke 7 dan ada pendapat sehingga baligh.

Seorang wanita boleh menghasilkan susu badan walaupun tanpa hamil dan bersalin menggunakan kaedah moden.Apa pandangan tuan jika isteri saya mempraktikkannya agar isteri saya menjadi ibu susuan kapada anak angkat kami.

*******************************
thtl

Wassalam

alJawab:

Anak itu di atas fitrah dan dia tidak memikul dosa orang tuanya. apa yang anda lakukan adalah terpuji sekali.

2. Aqiqah di sisi madzhab Syafi'iy berlangsung hingga usia baligh. Manakala di sisi ahli hadith, afdhal ialah hari ke 7, jika ada keuzuran hendaklah dilakukan maksima pada hari ke 21.

3. Tidak ada tegahan syara' jika isteri anda ingin menggunakan kemajuan teknologi perubatan utk menyusui bayi tsb. sekian

4 comments:

Anonymous said...

salam..
bolehkah perempuan x hamil mpunyai susu badan tnpa mnggunkn tknologi..?adakah ia possible?

Anonymous said...

insha Allah, semua ketetapn adalah milik Allah. saya tidak mengandung dan masih dapat mengeluarkan susu.

melaui ilmu yg diberikan Allah kepada manusia, ada ubat yg boleh meransang penghasilan hormon untuk menghasilkan susu. insha Allah jika anda ditakdirkan dpt menghasilkan susu akan berjaya.

saya telah mengambil maxolon the kemudian motilium. alhamdulillah setelah megurut ternyata lebih merangsang penghasilan susu. lebih baik jika bayi dapat menghisap tp jika dia refuse guna breast pump untuk ransangan.
berniat dan berusahalah.

d' melati homestay said...

Bagaimana caranya mengmbil anak orang bukan islam yang tiada penjaganya sebagai anak angkat?

Rachael Jeremy said...

This is greaat

Post a Comment