1. bagaimanakah atau apakah cth situasi yg menunjukkan si suami melebihkan isteri drp ibu bapanya sendiri?
2. Adakah dgn memmbeli barang utk isteri cth seperti komputer, baju dll dikatakan melebihkan isteri dr ibu dan adakah ia di kira anak derhaka krn membuatkan si ibu berkecil hati apabila anak lelakinya membeli barang utk si isteri.
3. bagaimana pula ttg nafqah yg sepatutnya diberikan oleh suami kpd isteri dlm aspek kewangan. adakah duit bulanan itu dikira wajib atau cuma ssekadar saguhati di mana suami boleh memilih samada ingin memberi atau tidak. Cthnya si isteri tidak bekerja. adakah cukup dgn sisuami menyediakan tempat tinggal, makanan tanpa memberikan duit poket kpd si isteri utk si isteri membeli apa-apa barang keperluan.
*****************************
zain-ys
Founder
Salam
Alhamdulillah, inilah jawapannya:
Saya tidaklah perlu menjawab satu persatu secara khusus permasalahan yang dihadapi oleh puan. Ada baiknya saya mengemukakan garis panduan umum utk dijadikan pedoman.
Sering terjadi masalah hubungan 3 hala: Suami, isteri & ibu si suami. Kalau suami cuba memberi layanan yang baik kepada si isteri, ibunya akan merasa sempit dadanya. Kadangkala terjadi juga, apabila suami menunaikan hak ibunya, si isteri pula yang merasa sempit dadanya. Si ibu merasa tidak redha selagi anaknya tidak menyakiti hati anak menantunya. Begitulah seterusnya..
Si suami merasa serba salah. Ibu atau isteri? Ibu ada hak yang perlu ditunaikan. Kata-katanya perlu didengari. Syurga di bawah telapak kakinya. Si isteri pula teman hidupnya. Ibu kepada anak-anaknya. Ada hak-hak yang perlu ditunaikan. Isteri wajib dilayan dengan baik. Perlu diberi keperluan hidup yang secukupnya sekadar kemampuan. (Ruj: Al-Nisaa': 19, al-Baqarah: 229, al-Nisaa':21)
Kedua-duanya tidak boleh disakiti. Baik si ibu. Baik si isteri.
Dalam masalah ini, perlunya masing-masing pihak bertaqwa kepada Allah. Agar dengannya, masing-masing tidak mengganggu orang lain dari menunaikan haknya kepada yang berhak. Dan tidak menghalang orang lain dari menerima hak yg sewajarnya.
Si ibu perlu bertaqwa kepada Allah. Dia tidak boleh mengganggu anaknya dari menunaikan hak kepada isterinya. Menghalang anak dari perkara ini adalah salah. Dia juga tidak boleh menjebakkan anaknya sendiri ke dalam jurang derhaka kepadanya. Apabila anaknya memberi keperluan hidup kepada isterinya atau memberi sedikit kesenangan sekadar yg termampu, itu bukanlah kerana mahu menyakiti hatinya atau menderhaka kepadanya. Sepatutnya dia merasa gembira kerana anaknya adalah anak yg baik dan bertanggungjawab terhadap isterinya.
Si isteri, mempunyai tanggungjawab melayan ibu kepada suaminya dengan sebaik-baik layanan. Ibu suaminya adalah ibunya juga. Itu adalah salah satu dari tanggungjawab isteri kepada suaminya, iaitu melayan ibunya seperti ibu sendiri.
Bagaimana buruk dan tidak baik sekalipun tingkah lakunya, dia adalah ibu suaminya. Bila berlaku perselisihan dengannya, bersabarlah. Di samping itu berusahalah dengan cara hikmah dan bijaksana agar si ibu mertua itu insaf dan sedar akan tanggungjawabnya.
Sekian, semoga bermanfaat..
Wassalam
zain y.s
-----------------
Rujukan tambahan:
السوأل:
مشكلتي تمكن في العلاقة المعقدة بيني وبين أمي وزوجتي فرضا أي منهما لا يستقيم إلا بزعل الأخرى ، والأم لها حق لها السمع والطاعة وتحت أقدامها الجنان ولكن أحياناً لا يستقيم رضا والدتي إلا بعمل فيه المشقة على زوجتي أو القسوة عليها أو إهانتها وإن أفعل تغضب وتتهمني بالتحيز لزوجتي وهنا غيرة مشتركة بين الاثنتين أمي تغار من معاملتي لزوجتي وزوجتي تغار من معاملتي لأمي ، أرجو أن تنصح الاثنتين بما فيه الخير والصلاح ؟
الجواب:
حقيقة الأمر عليه هو أن يتقي الله ، وأن لا يؤثر إحداهما على الأخرى ، الأم لها حق عظيم ويجب تقديرها ولكن لا يعني هذا أن احترامها يؤدي إلى غمط ذي حق حقه فإن كل ذي حق يجب أن يحفظ له حقه وأن لا يغمط ، فالزوجة أُمر الرجل بأن يحسن معاشرها ، الله تبارك وتعالى يقول ( وَعَاشِرُوهُنَّ بِالْمَعْرُوفِ)(النساء: من الآية19) ، ويقول سبحانه( فَإِمْسَاكٌ بِمَعْرُوفٍ أَوْ تَسْرِيحٌ بِإِحْسَانٍ )(البقرة: من الآية229) ، ويقول ( وَأَخَذْنَ مِنْكُمْ مِيثَاقاً غَلِيظا)(النساء: من الآية21) ، فعلى الإنسان أن يتقي الله في هذا الميثاق وفي هذه العشرة الواجبة تجاه الزوجة ، كما أن على الزوجة أن تبر زوجها بإحسانها إلى أمه وبرها بأمه وحسن معاملتها لأمه . وعلى الأم أن لا تحمل ابنها على عقوقها ، وأن لا تكلفه شططا . فكل واحدة مطالبة بأن ترعى الحق تجاه الجانب الآخر ، على الزوجة أن ترعى حق أم زوجها ، وعلى الأم أن ترعى حق ابنها وحق زوجة الابن ، وأن لا تحمل ولدها على أن يخالف أمر الله تبارك وتعالى فيما فرض عليه من حسن معاملته لزوجته فإن العلاقة الزوجية علاقة قائمة على الاحترام المتبادل وعلى المودة بين الجانبين وعلى حسن العشرة بينهما ، فيجب أن لا تتأثر هذه العلاقة بشيء مما يكدر صفوها ، وعلى الأم أن تكون مساعدة لابنها ولزوجته على إسعادهما ، والله تعالى الموفق
Sumber: http://almajara.com/arabic/modules.php?name=fatawi&file=displayfatawi&id=6261
[hr:73f30ef0b7]
HAK HAK WANITA ISLAM
SIRI 5
HAK ISTERI DALAM PERKAHWINAN
1. Apakah hak anda sebagai seorang isteri?
Seseorang isteri itu adalah berhak kepada :
i) Nafkah
ii) Kasih sayang dari suami
iii) Hak untuk mendapatkan keadilan
2. Apakah yang dimaksudkan dengan nafkah?
Nafkah ialah perbelanjaan yang wajib dikeluarkan oleh suami terhadap isteri.
3. Apakah nafkah-nafkah yang wajib ke atas suami terhadap isterinya?
Nafkah itu adalah seperti :
i) Makan dan minum;
ii) Pakaian;
iii) Tempat tinggal;
iv) Perubatan; dan
v) Pembantu rumah sekiranya perlu
4. Bilakah nafkah ini boleh dituntut?
Nafkah boleh dituntut pada bila-bila masa semasa perkahwinan masih berlangsung.
5. Berapakah kadar nafkah?
Kebiasaannya kadar nafkah adalah berdasarkan kepada kemampuan dan kedudukan kewangan suami.
6. Bagaimanakah hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur?
Hak nafkah seorang isteri itu boleh gugur jika dia nusyuz atau enggan menurut perintah suami.
7. Apakah yang dimaksudkan dengan nusyuz?
Nusyuz ialah keengganan isteri untuk menurut kemahuan dan perintah suami seperti menjauhkan diri daripada suami, meninggalkan rumah suami atau enggan berpindah bersama suami tanpa sebab yang sah mengikut Hukum Syara'.
8. Bilakah tempoh penerimaan nafkah akan tamat?
Tempoh penerimaan nafkah akan tamat apabila pemberi (suami) atau penerima nafkah (isteri) meninggal dunia atau isteri telah didapati nusyuz.
9. Adakah seseorang isteri itu berhak untuk menerima nafkah sekiranya dia tidak lagi menjadi nusyuz ?
Ya, seseorang isteri itu adalah berhak untuk menerima nafkahnya sebaik sahaja si isteri itu tidak lagi nusyuz.
10.Apakah yang dimaksudkan sebagai nafkah tertunggak?
Nafkah tertunggak ialah nafkah yang tidak dibayar atau tidak diberi oleh suami bermula dari tarikh perkahwinan mereka atau bermula dari tarikh tertentu sepanjang perkahwinan mereka.
11. Bolehkah isteri menuntut tunggakan nafkah?
Ya, isteri boleh menuntut tunggakan nafkah mengikut peruntukan undang-undang keluarga Islam.
Sumber: http://www.kpwkm.gov.my/mal/soalan.shtml
4 comments:
Jika si isteri seringkali dijeling2 dan diumpat2 oleh keluarga mertua,malah kewujudannya tidak diendahkan sehingga menimbulkan rasa tidak mahu kerumah mertua lagi,adakah itu keterlaluan??wajarkah suami memaksa isteri untuk menuruti kemahuannya pulang kerumah ibubapanya sedangkan si isteri sangat2 tidak selesa untuk berada disana..pernah si suami cuba bertanya kepada keluarganya berhubung perkara ini tetapi jawapan yang diterima menunjukkan segala keburukan hanya tertumpu kepada si isteri sedangkan suami sendiri tahu situasi yang sebenar.saya sebagai isteri yang merasa tertindas,sangat2 sedih apabila setiapkali isu ini dibangkitkan,pasti pergaduhan akan timbul dan saya pula dituduh oleh suami sebagai sombong sedangkan saya sering merendahkan ego dan mengetepikan perasaan sendiri demi menjaga hati keluarga mertua.saya rasa amat2 tidak dihargai dan perlukan pandangan ustaz.terimakasih.
Si suami mestilah bertaqwa dan berlaku adil. Ibu dan isteri? Ibu ada hak yang perlu ditunaikan. Kata-katanya perlu didengari. Syurga di bawah telapak kakinya. Si isteri pula teman hidupnya. Ibu kepada anak-anaknya. Ada hak-hak yang perlu ditunaikan. Isteri wajib dilayan dengan baik. Perlu diberi keperluan hidup yang secukupnya sekadar kemampuan. (Ruj: Al-Nisaa': 19, al-Baqarah: 229, al-Nisaa':21)
Si isteri juga mempunyai tanggungjawab melayan ibu kepada suaminya dengan sebaik-baik layanan. Ibu suaminya adalah ibunya juga. Itu adalah salah satu dari tanggungjawab isteri kepada suaminya, iaitu melayan ibunya seperti ibu sendiri.
Bagaimana buruk dan tidak baik sekalipun tingkah lakunya, dia adalah ibu suaminya. Bila berlaku perselisihan dengannya, bersabarlah. Di samping itu berusahalah dengan cara hikmah dan bijaksana agar si ibu mertua itu insaf dan sedar akan tanggungjawabnya.
Wallahu'alam.
Sekiranya si isteri sudah cuba melaksanakan tanggungjawab sebagai menantu, cuba menjaga tutur kata, tingkahlaku dan sebagainya tetapi ibu mertua tetap dengan perangainya,bagaimana? Saya berdepan dengan masalah dimana ibu mertua saya berebut kasih dgn saya dan melayan saya sebagai orang luar.Betul...bersabar...tapi sebagai manusia biasa, sabar ada hadnya. Bayangkan, pada 1 Ramadhan saya bersama anak dan suami pergi berbuka puasa dirumahnya tetapi yang menyedihkan kami dihidang dengan nasi semalam yang sudah berair dan lembik a.k.a basi. Saya datang dengan membawa lauk yang siap dimasak dari rumah,buah dan minuman.Sejak pagi kami sudah berkali-kali menelefon memaklumkan kedatangan kami kerana bimbang menyusahkan ibu mertua sekiranya datang mengejut.Tapi betapa sedihnya bila ibu mertua menghidangkan nasi basi tetapi dia sendiri tidak menyentuh nasi tersebut sebaliknya makan bubur lambuk sahaja.Itu tidak dikira perbuatannya yang lain.SElama ini saya bersabar tetapi pada 1 Ramadhan tersebut, saya sungguh berkecil hati kerana diperlakukan demikian. Suami saya menegur ibunya tetapi dimaki dengan ayat2 yang mengatakan suami sekarang sudah berlagak dan tidak mahu makan nasi yang dihidangkan.
Sekiranya seorg anak ingin berpindah dari rumah ibunya bagi mengelakkan pergaduhan antara mereka. Adakah anak itu akan dianggap derhaka?
Apabila seseorg lelaki itu telah berkahwin dan kemudian tinggal bersama ibunya telah dianggap memberikan nafkah tempat tinggal yang sempurna kepada isterinya? Bolehkah isteri menuntut nafkah tempat tinggal mereka suami isteri sendiri.
Post a Comment