Ada seorang kenalan yang memberitahu bahawa:
1. Pahala 27 kali ganda solat jemaah daripada solat sendirian itu hanya untuk lelaki. Manakala, bagi wanita, solat sendirian di rumahlah yang memberi mereka 27 kali ganda itu. Solat jemaah untuk mereka hanya satu bahagian pahala.
2. Bagi solat jemaah, orang lelaki paling baik berada di barisan pertama dan sebaliknya bagi perempuan ialah di barisan belakang.
Adakah benar kedua-dua kenyataan ini? Jika tidak, apa pula yang benar?
*****************************
thtl
Founder
wassalam,
al-Jawab:
1. Hadith pahala 27X tu umum, tak disebutpun lelaki. Manakala yg kata wanita dapat 27 kalau di rumah pun tak ada nas pun... Fadhilat solat berjama'ah di mesjid ni kita kena himpun seluruh hadith yg dituturkan oleh Nabi dalam isu ni termasuk isu wanita ke mesjid. Kalau kita himpun seluruh hadith dalam tajuk ni, mmg lelaki sahaja yang digalakkan ke mesjid, manakala kaum hawa digalakkan solat di rumah mereka. Jadi maksud 27X ganda tu merujuk pada lelaki sebab suruhan solat berjama'ah itu mmg ditujukan pada lelaki. Bila lelaki dapat 27X, tentulah Allah SWT ada formula lain nak bagi pahala pada wanita.
Menjawab soalan anda: mmg benar kalau kita kaji seluruh hadith fadhilat solat jama'ah adalah utk lelaki, tapi Allah akan melimpahkan pahalanya kepada wanita melalui pintu2 yg lain pulak. Ini sesuai dengan sifat Adil dan Rahmat Allah SWT.
2. Mmg benar kedudukan saf di zaman salaf itu begitu, HR al-Jama'ah (kecuali Bukhari) dari Abu Hurayrah ra:
خير صفوف الرجال أولها . وشرها آخرها . وخير صفوف النساء آخرها . وشرها أولها
terjemahnya: "Sebaik saf lelaki yg pertama, yg paling buruk ialah yg terakhir, manakala saf wanita, saf belakg paling baik, saf depan paling buruk."Syarh: tujuannya ialah mengelakkan khiltah (percampuran).
Masa sekarang, mesjid telah dibuat dengan besar, dan designya kekadang wanita berada di tingkat atas, maka percampuran itu sudah dapat dielakkan. sekian
-------------------------
“Janganlah kalian melarang wanita-wanita kalian (untuk pergi ke) masjid dan rumah-rumah mereka lebih baik bagi mereka” (HR. Ibnu Khuzaimah)
“Shalat di kamarmu lebih utama daripada shalat di rumahmu. Shalat di rumahmu lebih utama daripada shalat di masjid kaummu” (HR. Ibnu Khuzaimah)
Berkata Imam Asy Syaukani rahimahullah ketika menjelaskan lafadz “Rumah-rumah mereka lebih utama bagi mereka“, maksudnya adalah “Shalat-shalat mereka (wanita) di rumahnya itu lebih utama bagi mereka dibandingkan dengan shalatnya di masjid. Jika mereka mengetahui yang demikian (pastilah mereka tidak meminta untuk keluar masjid). Akan tetapi kerana mereka tidak mengetahuinya, maka mereka (shahabiyah) meminta izin untuk keluar ke masjid dengan berkeyakinan bahwa pahalanya lebih banyak daripada shalat di rumahnya”(Lihat Nailul Authar 3:131).
Dari riwayat-riwayat di atas, para ulama mengistinbatkan hukum bahawa shalat wanita di dalam rumahnya lebih utama daripada shalat di masjid. Walaupun demikian mungkin akan timbul dalam benak kita suatu pertanyaan: “Manakah yang lebih utama, wanita shalat di rumahnya dengan berjama’ah atau shalat sendiri. Dan apakah shalat jama’ahnya akan mendapatkan seperti apa yang disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘alaihi wa Sallam (yakni lebih utama 27 darjat)?” Untuk menjawab pertanyaan ini terlebih dahulu kita melihat syarah hadits “Shalat berjama’ah lebih utama dibandingkan shalat sendiri dengan dua puluh lima (dalam riwayat lain dengan dua puluh tujuh) darjat. ” Apakah hadits tersebut bersifat umum bagi lelaki dan wanita?”
Syaikh Al Albani memberi komentar kepada hadits ‘Aisyah dan Ummu Salamah رضي الله عنهما yang mengimami para wanita di dalam shalat dengan perkataan beliau sebagai berikut : “Atsar-atsar ini baik untuk diamalkan, lebih-lebih jika dihubungkan dengan keumuman sabda Rasulullah bahawa para wanita itu serupa lelaki ‘. Namun penyamaan ini di dalam hal berjama’ah bukan di dalam keutamaan yang dua puluh lima atau dua puluh tujuh darjat.”
Daripada keterangan di atas, maka keutamaan dua puluh lima dan dua puluh tujuh darjat itu khusus untuk shalat jama’ah yang dilakukan di masjid, sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu Hajar ر�مه الله : “Bahkan yang paling jelas adalah bahawa darjat yang disebutkan itu khusus bagi jama’ah di masjid” (Lihat Fathul Bari 2:159). Hal ini berdasarkan hadits Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam yang ertinya: “Shalat seorang dengan berjama’ah dilipat gandakan ke atas shalatnya di rumahnya dan di pasar dengan dua puluh lima kali ganda. Hal ini dia perolehi apabila dia berwudhu lalu menyempurnakan wudhunya kemudian keluar menuju ke masjid. Tidak mengeluarkannya kecuali untuk shalat. Maka tidaklah dia melangkah satu langkah, kecuali diangkat baginya satu darjat dan dihapus daripadanya satu kesalahan dan tatkala dia shalat para malaikat terus menerus mengucapkan shalawat ke atasnya selama dia di tempat shalatya dengan doa: ‘Ya Allah, berilah shalawat atasnya, rahmatilah dia. Senantiasa salah seorang di antara kalian dalam keadaan shalat selama menunggu shalat” (HR. Bukhari dan Muslim)
Dengan demikian maka shalat jama’ah wanita di rumahnya tidak termasuk dalam keutamaan itu (dua puluh lima atau dua puluh tujuh darjat), tetapi mereka mempunyai keutamaan tersendiri baik dia shalat di rumahnya dengan berjama’ah atau tidak berjama’ah hal ini lebih utama daripada shalatnya di masjid.
Sholat Berjama’ah Bagi Wanita
Apabila kaum wanita melaksanakan shalat berjama’ah yang diimami oleh seorang wanita maka sebagian ulama memandang baik, hal ini berdasarkan beberapa riwayat diantaranya riwayat dari Raithah Al Hanafiyah :
أَنَّ عَائِشَةَ أَمـــَّتْهُنَّ وَقَامَتْ بــــَيْنـــَهُنَّ فِيْ صَلاَةٍ مَكْتُوْبــــَةٍ ( رواه الدارقطني(
“Bahawasanya Aisyah pernah mengimami wanita-wanita pada salah satu shalat wajib, dan beliau berdiri di antara mereka” (HR. Daraquthni)
Diriwayatkan daripada Ummu Salamah رضي الله عنها:
أَنـــَّــهَا أَمَّتْهُنَّ فَقَامَتْ وَسَطًا( رواه عبد الرزاق و البيهقى(
“Bahwasanya beliau (Ummu Salamah, istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa Sallam) mengimami para wanita; beliau berdiri di tengah (shaf)” (HR. Abdur Razzaq dan Al Baihaqi) Berkata Syeikh Jibrin hafizahullah: “Ada pun shalat berjama’ah bagi wanita maka hal tersebut tidak mengapa dan bagi wanita yang memimpin shalat tersebut berdiri di shaf ma’mum, namun mereka tidak mendapatkan keutamaan shalat berjama’ah sebagaimana yang diperolehi oleh kaum lelaki yang melaksanakan di masjid, dan tidak dibenarkan bagi seorang lelaki untuk meninggalkan shalat berjama’ah di masjid dengan alasan akan melaksanakannya secara berjama’ah di rumahnya bersama-sama dengan keluarga atau kaum wanita kerana mendatangi masjid untuk melaksanakan shalat fardhu adalah wajib bagi lelaki.” (Lihat Fatawa Islamiyah 1:363)
2 comments:
Salam Ustaz,
Bagaimana pula dengan solat terawikh bagi kaum wanita?
itu solat sunat bro... lagi la banyak keringananya, Yg kita bincangkan solat wajib... jd yang sunat tu sunat lah dikerjakanya... yg utama wajib dahulu...
Post a Comment