1. Wajar dan termakbulkah sumpah/doa kecelakaan oleh seorang ibu kandung terhadap anak perempuannya (janda), semata-mata kerana beliau tidak bersetuju dengan pernikahan anak perempuannya itu dengan suami orang.
2. Apakah langkah yang sesuai diambil oleh anak tadi setelah usaha untuk berbaik-baik dengan ibu kandungnya ditolak malah mendapat maklumbalas/tindak balas yang sangat negatif.
3. Pada situasi begini, dalam mempertimbangkan sesuatu hal, yang mana lebih utama sama ada untuk menjaga hati (taat) ibu kandung tadi atau hati suami.
************************
g@y@t
Salam
Quote:
Wajar dan termakbulkah sumpah/doa kecelakaan oleh seorang ibu kandung terhadap anak perempuannya (janda), semata-mata kerana beliau tidak bersetuju dengan pernikahan anak perempuannya itu dengan suami orang.
Jika ditanyakan wajar ataupun tidak, maka jwpnnya tidak wajar. Krn seseorang itu tidak patut membiarkan emosi menguasai dirinya sehinggakan mendoakan kecelakaan terhadap org lain terutamanya anaknya sendiri. Dan sekiranya doa itu dimakbulkan ataupun tidak, kita katakan Allahu Ta'ala 'alam. Hanya Allah yg Maha Mengetahui lagi Maha Berkuasa. Allah berhak memakbulkannya ataupun tidak.
Namun, ibu tidak ada hak ke atas anaknya dari segi hukum pernikahan itu sendiri krn ibu kandung bukan termasuk senarai wali. Apatah lagi ke atas anak yg janda. Berdasarkan hadis sahih yg diriwayatkan oleh Imam Malik yg bermaksud,
Rasulullah saw bersabda,"Seorang janda lebih berhak ke atas dirinya daripada walinya, sedangkan seorang dara dimintai kesediaannya utk dirinya dan izinnya adalah diam."
Quote:
Apakah langkah yang sesuai diambil oleh anak tadi setelah usaha untuk berbaik-baik dengan ibu kandungnya ditolak malah mendapat maklumbalas/tindak balas yang sangat negatif.
Kami menasihatkan agar sdr bersabar dan tidak putus asa utk berusaha. Kami tidak nafikan akan kepayahannya, tetapi pasti Allah akan membalas jasa org yg ingin menyambung kembali tali silaturrahim.
Quote:
Pada situasi begini, dalam mempertimbangkan sesuatu hal, yang mana lebih utama sama ada untuk menjaga hati (taat) ibu kandung tadi atau hati suami.
Dalam hal ini, saya mengatakan kedua2nya harus dijaga. Sdr perlu bijak mengendalikan masalah sdr. Allah menetapkan kepatuhan seseorang itu kpd org lain hanyalah selagi ia tidak bercanggah dgn syara'. Sekiranya suami menyuruh agar diabaikan si ibu, maka itu telah bercanggah dgn syara'. Tetapi sekiranya bertembung dua perkara yg mana keduanya tidak bercanggah dgn syara' dan keduanya sama penting, maka diutamakan suami.
Kami memohon maaf jika tidak dapat membantu sdr sptmana yg sdr harapkan. Kami berasa, sdr memerlukan sokongan dari semua pihak dalam hal utk berbaik semula dgn ibu, terutamanya suami. kami oendoakan agar sdr dapat mengharungi masalah sdr dgn tabah dan sabar dan seterusnya berjaya menyelesaikannya dgn baik.
Wassalam
3 comments:
Macam manalah ibu kandung saudari tak marah jika anak nya di umpatkan sebagai perampas suami orang!Saudari juga telah meruntuhkan rumahtangga wanita yang suami nya telah saudari rampas!Tidakkah saudari terfikir akan remok dan hancurnya hati wanita tadi? Seolah olah saudari dah tak laku untuk berlakikan lelaki lain yang mungkin masih bujang atau juga telah duda. Mengapa tergamak untuk mengambil lelaki yang masih mempunyai isteri? Jika lelaki yang saudari rampas tadi akan di rampas oleh wanita lain,jangan bersedih hati kerana memang padan dengan muka saudari kerana tergamak menjadi perampas suami orang.Tepok dada tanya selera!Setiap perbuatan,ada balasan nya!
balasan apa yang anda harap ditimpakan pada dia?
jangan emosi, Allah dan RasulNya menghalalkan perkahwinan mereka... bagaimana kalau terjadi pada diri anda sendiri?
10 hingga 15 orang wanita melebihi kaum lelaki dunia, siapa yang menciptanya? bayangkan penyakit yang bakal terjadi jika wanita-wanita ini tidak bersuami...
10 hingga 15 peratus wanita melebihi kaum lelaki
Post a Comment