Salam
Saya ingin mengajukan soalan pada ahli panel berkenaan tanggungjawap anak perempuan yang telah berkahwin ke atas ibu bapanya.
Saya difahamkan yang seseorang wanita setelah berkahwin harus menghormati/ taat pada Allah dan Rasul kemudian suaminya, ibu-bapa mertuanya dan barulah ibu bapanya.. betul kan?
Jadi persoalannya di sini, adakah menjadi tanggungjawap anak ini untuk memberi wang saku secara monthly kepada kedua ibu bapanya (bukan sedekah tetapi compulsory monthly payment) sedangkan dia telah berkahwin?
Dan soalan kedua apakah hukumnya jika si anak enggan memberi wang saku kepada ibu bapanya dengan alasan kedua ibu bapanya boros/ lagho dalam berbelanja (suka berhutang - credit card).
Sekian terima kasih..
Wassalam
*******************
tytsezh
Panel Feqh
Walaikumusalam,
Saya menjawab secara umum,ahli panel lain mungkin boleh menambah,
1-Ulama sepakat berpandangan wajibnya memberi nafkah(umum) kedua ibu bapa dan keatas, berdasarkan keumuman Firman Allah dalam Surah al-Isra`:23; Luqman: 15 dll dan juga dalam beberapa Hadis.
Perkataan`ihsan` `ma`ruf` berbuat baik termasuklah membiayai nafkah mereka.
Syarat:-
1-Usul(ibubapa) seorang yang faqir atau tidak mampu bekerja.(Ulamak Hanafi/Syafie dalam pendapat yg labih kuat ibu bapa dalam apa jua keadaanpun tetap wajib dinafkahi)
2-Furu`(anak-anak) ada mempunyai harta atau kemampuan bekerja.
3-Harta itu melebihi dari keperluan diri furu`
4-Ulamak selisih jika furu` dan usul berlainan agama,yg rajih tetap wajib juga menafkahi mereka sekalipun berlainan agama.
Di sisi Mazhab Syafie...kadar tanggungan samada anak lelaki atau anak perempuan adalah sama,Hambali dibahagi 2:1 bagi lelaki dan perempuan.Ulamak Maliki di pertanggungkan mengikut kemampuan atau kemudahan kewangan masing-masing.WA
Fiqh Islami-Dr Wahbah jil vii,ms1019-1022.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
5 comments:
Bagaimana pula dengan tanggungjawab seorang anak perempuan terhadap kedua ibubapanya?
Contohnya: Dalam 4 adik beradik saya nombor 2 dan perempuan tunggal. Sekarang ni hanya saya yang tinggal bersama kedua ibubapa. Abg saya telah berkahwin dan tinggal dengan nenek sejak kecik lg, 2 org adik masih lg belajar di UTHM, Johor dan UITM Jengka. Hanya saya seorang di control oleh ayah saya. Saya tidak boleh bekerja jauh dari pandangan ayah. Jd saya bekerja sebagai seorang Sukarelawan sepenuh masa sahaja. Bagaimana dengan pandangan ustaz?
Saya masih belum berkahwin lagi...
Salam
jika belum berkahwin pun tapi sudah berkerja sendiri dan pendapatan melebihi dari keperluan diri sendiri, maka wajib memberi nafkah kepada kedua ibu dan bapa dengan kadar mengikut kemampuan...
jika tidak berkerja atau telah berkerja tapi pendapatan tidak lebih dari sekadar cukup menampung perbelanjaan sendiri, kewajipan diatas tidak dituntut... Wa
Salam...
1. Bagaimanapula sekiranyer anak perempuaan(yg belum berkahwin)tetapi mempunyai pekerjaan & pendapatan sendiri adakah masih menjadi tanggungjawab si anak untuk memberi nafkah kepada bapa+ibu tiri? Sedangkan ibu tiri hampir sebaya dengan umur si anak.
2. Anak derhaka - jatuhkah hukum anak derhaka sekiranyer anak tidak mahu memberi wang saku kepada bapa yang sudah beristeri muda?
Bagi soalan kedua iaitu ibu bapa yg boros.. bolehkah memperjelaskan lagi issue trsebut..saya x nampak jawapan utk soalan trsebut..mohon pnjelasan..
Post a Comment