Alhamdulillah sy dah lama juga mengikuti forum al-ahkam ini dan banyak guideline yg sy dan kwn2 sy perolehi, terima kasih kepada para moderator dan ahli al-ahkam semua moga usaha kalian diberkati Allah.
jadi kali ini sy ada beberapa kemuskilan mengenai tatacara perhubungan antara lelaki dan perempuan sebelum ke pintu gerbang perkahwinan.
saya ingin tahu akan kaedah atau tatacara saya selaku seorang lelaki :
1. Hendak approach seorang wanita.
2. Menjalinkan perhubungan setelah berkenalan
3. Hubungan setelah bersetuju untuk menerima saya sebagai teman hidup (jangka waktu semasa bertunang sebelum berkahwin).
insyaAllah saya harap mendapat sedikit sebanyak guideline sebagai bakal suami dan bapa muslim, dan sy nampak cara perhubungan sebelum berkahwin ini ada mempengaruhi keberkatan dalam perhubungan kita kemudian hari.
Harap dapat tuan2 moderator dapat memberi tunjuk ajar.
Wassalam
_________________
kamin
Panel Feqh
wa'alaikumssalam
Alhamdulillah. kami akan cuba menjawab soalan sdr penjejak_badai dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.
Terima kasih kerana memberi kepercayaan kepada al-ahkam, dan sebar-sebarkanlah berita mengenai laman web kami yang tak seberapa ini kepada rakan-rakan seIslam yang lain. Soalan sdr penjejak_badai :-
Q1. Bagaimana hendak approach seorang wanita?. Jawab : Interaksi lelaki dan perempuan didalam Islam dibenarkan dengan menturuti syarat-syarat yang ditetapkan didalam Islam. Sdr boleh melihat didalam SoalJawab : SJ-13-0044 : hubungan dgn bukan muhrim. Batas-batasnya telah diberikan oleh Syiekh Dr Yusuf al-Qaradhawi. Andai kata semasa berinteraksi yang dibenarkan oleh syara' tercetus perasaan suka, maka bolehlah sdr melakukan lamaran. Perlu diingatkan bahawa interaksi lelaki dan wanita bukanlah untuk tujuan begini. Proses ini didalam Islam di sebut "Khitbah". Ia hanyalah booking sahaja. Syiekh al-Qaradhawi mengatakan :
والخطبة على أية حال لا يترتب عليها أي حق للخاطب، إلا حجز المخطوبة بحيث يحظر على غير الخاطب أن يتقدم لخطبتها، وفي الحديث: " لا يخطب أحدكم على خطبة أخيه ". (متفق عليه).
"Khitbah (Bertunang), walaupun dilakukan sebagai upacara, hal itu tidak lebih hanya untuk menguatkan dan memantapkannya sahaja. Dan khitbah bagaimanapun keadaannya tidak akan dapat memberikan hak apa-apa kepada si peminang melainkan hanya dapat menghalangi lelaki lain untuk meminangnya, sebagaimana disebutkan dalam hadits:"Tidak boleh salah seorang diantara kamu meminang pinangan saudaranya." (Muttafaq 'alaih)" -[Fatawa Mu'asyirah - 1]
Q2. Menjalinkan hubungan selepas berkenalan. Jawab : Tidak wujud apa-apa hubungan diantara 2 insan (lelaki dan perempuan) menurut kaca mata Islam. Percintaan sebelum perkahwinan (الحب قبل الزواج) tidak wujud didalam Islam. Ini telah kami nyatakan didalam SoalJawab : SJ-12-0027 : Masalah kasih sesama manusia. Kata Syiekh Al-Qaradhawi lagi :
أود أن أؤكد ما ذكرته مرارًا: أني لا أحبذ ما يقوله بعض الناس في عصرنا من ضرورة " الحب قبل الزواج " لأن هذا الطريق محفوف بالخطر محاط بالشبهات.
"Ingin saya tegaskan sekali lagi apa yang telah saya kemukakan beberapa kali : bahawa saya tidak setuju dengan slogan sebahagian orang zaman moden tentang "Bercinta sebelum berkahwin", kerana jalan yang begitu penuh dengan bahaya dan meliputi samar-samar." -[Fatawa Mu'asyirah - 2].Didalam soal-jawab diatas juga menyatakan bahawa pasangan yang bertunang juga merupakan orang yang asing, pertemuan hanya dibenarkan bersama mahram perempuan tersebut. Cuma satu sahaja keistimewaan wanita yang bertunang; dia haram dipinang oleh orang lain.
Q3. Sama seperti jawapan Q2.
Kesimpulannya, tidak ada tatacara percintaan didalam Islam diantara lelaki dan wanita yang bukan mahram. Islam tidak percaya akan cinta sebelum bernikah. Mereka yang bertunang juga pergaulannya terbatas, sama seperti perhubungan dengan bukan mahram. WA.
wassalam
===========
Rujukan :
1. Shiekh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mua'syirah - 1. cetakan ke 9. Kuwait : Dar Al-Qalam, 2001.
2. Sheikh Dr Yusuf Al-Qaradhawi. Fataawa Mu'asyirah - II. Cetakan ke 3. Manshurah : Dar Al-Wafa', 1994.
________________
خيرالأمين
Tambahan sedikit, kami paparkan pandangan dari bekas mufti Arab Saudi, Syeikh Utsaimin mengenai 'hubungan percintaan diantara dua insan' :-
التواصل بين المتحابين على غير وجهٍ شرعي هذا هو البلاء ، وهو قطع الأعناق والظهور ، فلا يحل في هذه الحال أن يتصل الرجل بالمرأة ، والمرأة بالرجل ، ويقول إنه يرغب في زواجها ، بل يخبر وليها أنه يريد زواجها ، أو تخبر هي وليها أنها تريد الزواج منه ، كما فعل عمر رضي الله عنه حينما عرض ابنته حفصة على أبي بكر وعثمان رضي الله عنهما .
وأما أن تقوم المرأة مباشرة بالاتصال بالرجل فهذا محل فتنة .
"Hubungan diantara kekasih adalah tidak wajar dan tidak syarie, ia murupakan jalan mengundang bala' dan bencana yang sebenar. Tidak dibenarkan bagi seorang lelaki menghubungi wanita didalam kes ini (bercinta), atau bagi wanita menghubungi lelaki tersebut. Jika dia berkata bahawa dia ingin mengkahwini wanita tersebut, maka hendaklah ia memberitahu walinya bahawa dia ingin berkahwin dengan wanita tersebut, atau wanita tersebut memberitahu walinya bahawa dia ingin mengkahwini lelaki tersebut, sebagaimana yang dilakukan oleh Umar ra dimana beliau telah menawarkan anaknya Hafsah berkahwin dengan Abu Bakar ra dan Uthman ra. Akan tetapi jika wanita tersebut menghubungi lelaki tersebut secara terus, maka ini merupakan punya fitnah." - As’ilat al-Baab il-Maftooh (Soalan no. 868).wassalam
6 comments:
salam..leh sdr trgkn..adkah couple hukumnya haram?wlupn x bsntuhan?
W'salam
"jangan seorang lelaki dan seorang wanita berdua-duaan bersama kerana syaitan akan hadir sebagai orang ketiga:...
http://qawanitadanperkahwinan.blogspot.com/2009/09/hukum-seorang-lelaki-dan-wanita-berdua.html.
assalamualaikum... adakah terhapus dosa yang dilakukan semasa belum berkahwin apabila pasangan tersebut telah berkahwin ?
dosa tidak terhapus kerana telah berkahwin. Bertaubat dengan sebenar-benar taubat dengan selalu melakukan solat sunat taubat mohon keampunan Allah.
Allah maha pengasihan dan maha pengampun, dosa-dosa anda akan diampunkan insyaAllah.
adakah dibenarkan jika menyimpan perasaan kepada seorang lelaki dengan niat menunggu sehingga lelaki berkenaan bersedia utk berkahwin?apakah hukum berhubung sekadar sebagai sahabat?
cribildic_wa Tasha Parks Crack
trophittdeban
Post a Comment