Jan 22, 2009

Taubat Suami Nusyuz (Curang)

Taubat dan zina
[Kategori: Tazkiyah anNafs]
Pengirim: qush76 [16 Feb 2005]

Soalan> Kawan saya nie adalah seorang yg bekeluarga, walaubagaimana pun, beliau telah berlaku curang pada isterinya dan telah melakukan dosa besar. Sekarang, beliau telah bertaubat atas dosanya itu dan saya doakan Allah ampunkan dosanya, Cuma beliau didatangi persoalan:

1. Perlukah beliau berterus terang dengan isterinya tentang dosanya yang lampau?
2. Wajibkah beliau berkahwin dengan pasangannya yang mana perempuan itu kini telah
bertunang dengan seorang lelaki lain?

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
JAWAB:
Soalan 1: Perlukah beliau berterus terang dengan isterinya tentang dosanya yang lampau?

Syarat2 taubat nasuha (antaranya):
1. segera meninggalkan dosa
2. menyesali apa yg telah dilakukan
3. berteqad utk tidak mengulanginya
4. harus mengembalikan hak2 manusia yg dizalimi atau memohon ma'af
darinya

Adapun dosa curang terhadap isteri adalah menzalimi hak dan kepercayaan suatu ikatan suci, maka suami hendaklah memohon ma'af dari isterinya.

قال رسول الله ‏ ‏صلى الله عليه وسلم ‏ ‏من كانت له مظلمة لأخيه من عرضه أو شيء فليتحلله منه اليوم قبل أن لا يكون دينار ولا درهم إن كان له عمل صالح أخذ منه بقدر مظلمته وإن لم تكن له حسنات أخذ من سيئات صاحبه فحمل عليه

Dalil hadis:

Dari Abu Huraira ra: Nabi SAW bersabda:
"B/siapa yg melakukan kesalahan menzalimi saudaranya, baik harga diri
atau harta bendanya, hendaklah meminta halalnya pada hari ini (di dunia) sebelum
datang suatu hari kelak (pembalasan) yang tidak diambil lagi darinya dinar atau dirham.." (alBukhari, Sahih alBukhari: Kitab alMadzaalim wal Ghadhab, # 2269 (KSA)

(Fatwa Syaikh Saleh alMunajjid, Uriidu an Atuuba Walaakin (Aku Ingin Bertaubat, tapi apakan daya..), Riyadh: Darul Wathan t.t (soalan no 3)

Fatwa Syaikhul Islam Kontemporer, Prof alQaradawi ialah suami tidak
perlu membuat confession dan memohon ma'af kepada isterinya atau
memohon ma'af kepada ayah perempuan yg dizinainya itu..

------------- quote
So, reliable scholars state that repentance is a matter between the sinner and His Almighty Lord. If you show remorse and regret and seek Allah's Forgiveness, hopefully, Allah will forgive you.

There is no legal status concerning you and your wife in such a case. I hope you would keep that matter a secret, and preserve your home and your family and never commit such sin again. I advise you to turn penitent to Allah to help you and always seek His
Forgiveness."
-------------end quote

Terjemahnya:

" Oleh itu, ulama'2 muktabar menetapkan taubat adalah urusan yang berdosa dengan Tuhannya yang Maha Perkasa. Jika anda benar-benar insaf dan menyesal dan memohon keampunan Allah, mudah-mudahan Allah akan mengampunimu.

Tiada status syara' mengenai (dosa) itu antara anda dan isteri anda. Aku harap anda menyembunyikan rahsia itu dan peliharalah (keharmonian) rumahtangga dan keluargamu dan JANGAN sekali-kali melakukan dosa itu lagi. Aku nasihatkan kamu memanjatkan taubatmu kepada Allah supaya menolongmu dan selalulah memohon keampunan-Nya."

Kami telah semak dalam kitab atTaubat karya Syaikhul Islam Ibn Taymiyah terbitan Dar Ibn Hazm KSA, tiada perbahasan dalam hal ini. Saya juga semak Kitab atTaubah karya Dr Aminah Bilal Phillips, juga tiada perbahasan dalam hal ini.

Maka itulah dua fatwa utk memandu urusan taubat yang berlaku bila suami curang (nusyuz).
----------------------------------------
Soalan #2: Wajibkah beliau berkahwin dengan pasangannya yang mana perempuan itu kini telah bertunang dengan seorang lelaki lain?

Fatwa Syaikh Salleh alMunajjid (Uriidu an Atuuba walaakin/soalan # 16):

Tidak boleh lelaki yg bertaubat menikahi perempuan yang dizinainya kecuali perempuan yg dizinai itu juga telah bertaubat nasuha. Inilah maksud ayat Allah:

"lelaki yg berzina tidak mengahwini melainkan perempuan yg berzina." AQT 24, anNuur: 3

Fatwa Lajnah KSA (Syaikh Saleh alMunajid): Tidak boleh orang yg bertaubat menikahi perempuan yang dizinainya untuk menutupi kesalahannya.

Pendapat ahli Tafsir mengenai maksud ayat ini:
Menurut Tafsir Jalalain:
Asbab nuzul (sebab turun) ayat ini ialah dari athar Mujahid dan Atha’, bahawa rata-rata sahabat Muhajirin yang berhijrah adalah miskin, maka apabila mereka melihat ada segelintir perempuan sundal di Madinah yg kaya, maka mereka menemui RasuluLlah SAW untuk menghawini perempuan-perempuan itu. Lalu turun ayat ini.

Menurut Tafsir Misybah (M Qurashi Shihah, Tafsir Misybah, Jakarta: Lentera Hati, 2001: Jld 9/287-288)
HR AtTermidzi dan Abu Daud meriwayatkan bahawa ayat ini turun kepada peristiwa Murtsid bin Abu Murtsid (sahabat Muhajirin) yang mempunyai seorang kekasih di Mekah yang bernama ‘Anaq yang merupakan seorang pelacur. Murtsid meminta izin RasuluLlah SAW untuk mengahwininya, lalu turun ayat ini.

Menurut Tafsir Ibn Katheer:
HR Imam Ahmad, bahawa ayat ini turun kerana ada seorang sahabat yg minta izin baginda SAW utk mengahwini seorang perempuan Ansar bernama Ummu Mahzul yang dikenali sebagai penzina. Lalu Nabi SAW membaca ayat ini.

Fiqh ayat:
a. Madzhab Hanbali: tidak boleh kahwin antara pezina melainkan setelah mereka berdua taubat (seperti yang dinyatakan oleh Syaikh alMunajjid)
b. Madzhab Jumhur: boleh berkahwin kerana berdasarkan ayat umum dalam surah anNisaa’: 24 (dan dihalalkan bagi kamu selain yang demikian)
Tambahan dalam madzhab Maliki: harus berkahwin pasangan yang berzina tetapi hendaklah menghabiskan iddah dulu (Tafsir Misybah, 288)

thtl/panel fiqh AFN

4 comments:

Anonymous said...

Berbalik soalan "Taubat Suami Nusyuz", adakah wajib si wanita memohon maaf dari si isteri, kerana telah berzina dengan suami si isteri tersebut.

Admin said...

ada dua pendapat yang berbeza satu menyatakan harus meminta maaf, satu lagi tidak perlu memohon maaf setelah taubat.

lebih baik memilih mendiamkan sahaja dan tidak perlu memohon maaf untuk menyelamatkan rumahtangga penzina. Memohon maaf bererti pengakuan melakukan zina tertakluk pula kepada hukum hudud. Pengakuan berzina tidak memerlukan 4 saksi dan hukuman mati boleh dilaknasanakan.

Lebih baik diamkan perkara ini bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menambah amalan ibadah serta perbanykkan sedekah kepada fakir miskin. WA

Anonymous said...

As salam,
Tidak boleh lelaki yg bertaubat menikahi perempuan yang dizinainya kecuali perempuan yg dizinai itu juga telah bertaubat nasuha.

Maksud tidak boleh dalam ayat diatas tu boleh terangkan

Anonymous said...

Jika wanita tersebut(tidak tahu sudah bertaubat atau belum) tidak memaafkan suami ( telah bertaubat)kerana tidak mengahwininya dan mengkhianatinya, Adakah suami tersebut berdosa kepada wanita tersebut.

Post a Comment