Salam
Ada kawan tanya, ade ke tempat2 yang diharamkan untuk bertindik bagi perempuan? Nak kata semua anggota halal ditindik..tak masuk akal jugak. Kalau ada ahli panel yang tahu harap bantu.
Terima kasih
Wassalam
HambaAllah
************************
thtl
Wassalam
alJawab:
Bab bertindik ni adalah bab Uruf (adat), atau dalam bahasa al-Qur:an ialah dalam surah anNuur: 31 (janganlah mereka menampakkan perhiasan, kecuali apa yang biasa nampak daripadanya.)
Uruf bertindik dalam masyarakat Melayu hanyalah dua telinga sahaja.
Kemudian sekarang datang pula budaya punk, rock dan hedonis yang dinamakan body piercing (tindik badan) yang kemungkinan berakar/berasal dari budaya hindu dan afrika, tindik di lidah, hidung, kening, pusat, dan tindik tambahan di telinga hatta kemaluan mereka pun ditindik. Budaya sub-culture ni beriringan dengan seni tatoo badan. Maka bertindik jenis ini adalah tidak boleh ditiru oleh umat Islam.
Kita pun maklum akan larangan hadith:" sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia tergolong darinya" (Imam Ahmad dari Ibn Umar, dinilai shaih oleh al-Albani) sekian
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
23 comments:
macam mana jika sesoarang individu itu pernah bertindik dibahagian hidung, lidah dan sebagainya?dan kesan tindik itu kekal dibahagian terbabit..adakah sepanjang itu individu terbabit akan mananggung dosa??
kesan yang tinggal tak boleh dihilangkan, dimaafkan... asal tidak mengulangi kesilapan...
Allah maha pengampun lagi maha penyayang... kasih sayangNya mendahului kemurkaanNya...
WA
macam mana jika seseorang tu bertindik lebih dari satu di telinga.apa hukumnya?
bagi orang perempuan tak salah apa-apa bertindik lebih dari satu di telinga... asal tidak memperagakannya kepada yang bukan mahram...
apakah hukum bertindik di lidah pada bulan puasa
Kenapa pula haram kalau tidak pernah terdetik niat untuk meniru ?
"Sesiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia tergolong darinya". Pada pandangan saya, perkara ini sangat 'kelabu', ia perlu dan masih boleh didebat. Lelaki memakai kemeja direka oleh orang bukan Islam, kita tergolong dari kalangan mereka? Golongan bukan Islam? Kereta direka oleh mereka. Telefon. Komputer. Blog. Emel. Bagaimana?
Samalah juga dengan hukum lelaki bertindik. Kerap diutarakan hadis berkenaan haram menyerupai wanita. Namun adakah lelaki bertindik itu menyerupai wanita? "Wah, ganasnya lelaki itu bertindik". Tidak pernah kedengaran "Wah, kau bertindik! Macam perempuan".
Jika kita bercakap berkenaan kesamaan dengan jantina berlawanan, bagaimana dengan wanita yang memakai seluar? Umum tahu seluar itu asalnya pakaian lelaki. Ya, ada yang berkata seluar perempuan lain dari seluar lelaki (namun ada perempuan memakai seluar khas untuk lelaki, contohnya track suit). Begitu juga dengan tindik, rupa lelaki bertindik tidak sama dengan perempuan. Fikirkan juga tentang kain pelekat. Kain itu pakaian perempuan bukan?
Islam memberi garispanduan berpakaian dengan menutup aurat, bukan hanya satu baju kemeja yang ada pilihan.
Adakah teknologi elektronik/IT sama dengan kategori teknologi bertindik telinga lelaki?
Hiasan telinga khusus untuk perempuan tidak boleh dinafikan. Bukan budaya barat tapi budaya dari kaum pribumi afrika dan india. Berapa ramai lelaki bertindik telinga yang solat berjamaah di masjid? hampir tiada langsung betul tak?
Bukan berseluar dan berkain yang dipertikaikan dalam pakaian tetapi Islam menekankan solat aurat. Track suit bukan khas untuk lelaki tetapi kain pelikat khusus dipakai oleh orang lelaki di luar rumah, tidak dipakai oleh orang perempuan... harap maklum
WA
bertindik di lidah adalah budaya lucah dari barat.
bagaimana kalau suami sendiri mahu isteri bertindik di kemaluan?kononnya utk kepuasan bersama..
Apa hukum bertindik di telinga lebih dari satu(3-4) bagi perempuan?
Spot on with this write-up, I really believe that this
amazing site needs a lot more attention. I'll probably be returning to read more, thanks for the advice!
Also visit my page : transfer news epl 2012
Fastidious answer back in return of this question with real arguments and explaining the whole thing on the topic of that.
My webpage :: comprar perfume
Ada yang dibolehkan, ada yang haram. Keliru lah.
kalau tindik di pipi dibenarkan tk dalam islam??
saya pun nak tahuuuuu hukum tindik kat pipi untuk buat lesung pipit
saya pun nak tahuuuuu hukum tindik kat pipi untuk buat lesung pipit
Kalau tindik dekat kening boleh ke?
Bahagian mana yang boleh tindik?
Takut jadi kudis dan bernanah..tu yg leceh sikit sementara nk tunggu sembuh elok jadinya..
apakah hukum perempuan tindik bibir?
Kalau dah tau jawapan tag saya
Post a Comment