Dari kawan:
Assalamu`alaikum wbt
Saya difahamkan adalah haram kepada isteri yang kematian suami keluar dari rumahnya dalam tempoh Idahnya. Apakah larangan ini termasuk melarang untuk berpindah, contohnya seorang ibu tua yang tinggal berseorangan di kampung setelah kematian suami ingin berpindah ke bandar, tinggal bersama anaknya. Adakah dibenarkan berpindah dalam waktu Idah atau hanya dibenarkan selepas tempoh idah?
Sekian...
**************************
thtl
Wassalam
alJawab:
Boleh kalau setakat nak pindah rumah, dalilnya:
" akan tetapi jika mereka ingin berpindah (rumah), maka tiada dosa bagimu membiarkan mereka berbuat demikian.." AQT 2:240
Maksud tak boleh keluar rumah ialah keluar tanpa keperluan dengan berhias, memakai parfum atau pakaian yg warna warni. Jika ada keperluan spt meneruskan kerjaya, membeli keperluan di supermarket dan ke klinik tidak menjadi masalah (jika tidak berhias, memakai perfume dan tidak memakai pakaian yg ranggi) . sekian WA
referensi: Yasalunak lil Syurbasyi, dan syaikh Ben Baz, Fatawa Islamiah 3/315.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
3 comments:
bagi perempuan yg haid nya tidak menentu.. kdg 2 bulan sekali.. kdg2 4-5 bulan sekali... kdg2 2 kali sebulan(kalau adalah).. berapa lama kah tempoh iddah nya??
Kalau kematian suami iddah 4 bulan 10 hari.
kalau cerai biasa kadar atau anggaran 3 kali haid orang yang normal haidnya. (al Baqarah 228). WA
Salam Admin yang Dikasihi,
Bagaimana pula jika seseorang balu itu ingin menunaikan umrah atau ingin solat sunat trawih di surau berhampiran rumah kediamannya dalam tempuh iddahnya (4 bulan 10 hari).
Ingin sangat mendapat penjelasan tuan.
Jazakallah.
Post a Comment