Jan 22, 2009

Tuntutan Bekas Isteri Jika Bercerai

Salam

Bagaimanakah cara saya nak ceraikan isteri saya? dan adakah dia boleh menuntut sesuka hatinya akan apa2 ganti rugi. dan tolong terangkan akan ganti rugi itu. Bolehkah dia menyekat saya dari berjumpa anak2 saya kelak hingga akhir hayat masing2 ,Sekian.

Wassalam

*********************
tytsezh
Panel Feqh


و عليكم السلام

Seksyen 45. Undang-Undang Keluarga Negeri(mana-mana negeri proviso yang sama) menyebut:

Mahkamah Syariah ada kuasa untuk membuat perintah perceraian atau perintah mengenai perceraian atau membenarkan seseorang suami melafazkan talak dengan syarat:

(a) jika perkahwinan itu telah didaftarkan atau disifatkan telah didaftarkan dibawah Enakmen ini;

(b) jika perkahwinan itu telah dilangsungkan mengikut hukum syarak ; dan

(c) jika permastautinan salah satu pihak kepada perkahwinan pada masa permohonan itu diserahkan adalah dalam negeri tersebut.

#Jika syarat ini dipenuhi seorang lelaki atau wanita boleh memohon perceraian di bawah Seksyen 47 enakmen yang sama.

Prosedurnya:

Buat permohonan kepada Mahkamah dengan borang tertentu (Borang 1 seksyen 47 Permohonan Untuk Perceraian). Di sertai dengan suatu Akaun Berkanun(cari Pesuruhjaya sumpah yang muslim) yang mengandungi butiran:-

a.Butiran perkahwinan,dan anak-anak(jika ada)

b.Butiran fakta bidangkuasa mahkamah di bawah seksyen 45 tadi.

c.Butiran mengani prosiding yang dahulu (jika ada) merngenai hal ehwan suami/isteri.

d.Alasan perceraian.

e.Pernyataan langkah perdamaian yang telah dibuat (jika ada)

f.Apa-apa perjanjian berkenaan nafkah,hak penjagaan,harta sepencarian(jika ada)

g. Perintah yang diminta.

Jika ada persetujuan bersama untuk bercerai kes mudah dan lancar,jika sebalik jawantankuasa pendamai mengambil alih untuk perundinagn dan seterusnya perlantikan hakam jika syiqaq berterusan.

Tuntutan selepas perceraian.

Biasanya tuntutan yang dipersetujui akan direkodjan semasa perbicaraan kes perceraian diatas,jika sebaliknya tuntutan selalunya dibuat berasingan.

Antara tuntutan yang dibuat oleh wanita:-

Nafkah Eddah
Mutaah
Hak Jagaan Anak
Nafkah Anak-anak
Harta Sepencarian.

Tidak timbul soal sekat anak-anak dari berjumpa bapa/ibunya,selalunya perintah jagaan yang diberi akan disusuli dengan perintah hak lawatan kepada pihak yang satu lagi.

WA

1 comments:

Anonymous said...

secara amnya n tulisannya..nasib wanita terjamin..
tp tgk realiti sekarang ni..
lelaki lepas tgn je..
nafkah eddah, mutaah, nafkah anak2..
kadang berbayar..kadang tak berbayar..
so cam ne nasib wanita mcm tu?

Post a Comment