Jan 21, 2009

Wali Menentang Perkahwinan

Salam
Member ade problem sikit, Nak Kahwin, tapi Calon isteri sudah kehilangan bapa, Bapa saudara belah bapa (adik) serta keluarga (ibu abang & Kakak) yang menjaga dia. Nak kahwin tetapi abg dan sebahagian bapa saudara belah ibu tidak setuju angin sikit dengan pasal calon lelaki tapi bapa saudara setuju. Lelaki memenuhi kehendak kufu,mahar,dsb (pilihan sendiri). Maka dalam hal ni solution yg hendak digunapakai adalah seperti berikut:-

Bernikah berwalikan bapa saudara belah bapa atau wali hakim.

Soalannya setahu saya dalam keadaan diatas pasangan hendaklah mengikut solution di atas tetapi saya dapati pendapati Hanafi pula hanya boleh apabila sudah bertunang tetapi hanya menunggu masa je,tak pasti nasnya.

dan setahu saya status wali abang and bapa saudara belah bapa adalah sama dalam shafie, dan kedua2nya tidak boleh mengahwinkan calon tanpa persetujuan calon. (reserve utk bapa dan grandfather belah bapa dalam shafie). Maka dalam keaddaan diatas harus bernikah berwalikan bapa saudara belah lelaki(nearest blood and akrab relations) atau wali hakim.

JKK

*****************
Salam

Kami memohon maaf kerana lewat menjawab soalan sdr. Ini krn kesibukan ahli2 panel dan moderator disertai pula dgn raya eidul fitr. Insya Allah saya akan cuba menjawab persoalan sdr semampu yg mungkin.

Jumhur ulama’ menegaskan bahawa wali adalah rukun nikah. Tanpanya tdak sah nikah. Namun Mazhab Hanafi mengatakan nikah tanpa wali itu sah dgn syarat2 tertentu. Namun pendapat yg rajih pada penilaian saya ialah wajibnya wali berdasarkan byk hadis yg menekankan kewajipan wali. Salah satunya ialah:

Abu Musa al-Asy’ari ra menerangkan bhw Rasulullah saw bersabda, “Tiada nkah melainkan dgn wali.”[HR Ahmad Abu Daud, at-Turmudzy dan Ibn Majah]

Imam Asy-Syafi’I dalam al-Umm menegaskan, bahawa wali itu merupakan syarat sah nikah. Namun wali wajib mendapatkan persetujuan dari si gadis sekiranya ingin menikahkannya. Jika tidak dipersetujui, ttp dinkahkan juga, maka gadis tersebut berhak utk menolak nikah tersebut berdasarkan hadis riwayat Jamaah yg mengisahkan Khansa ibn Juzam al-Anshariyah yg dikahwinkan oleh ayahnya sedangkan beliau tidak menyukainya. Khansa kemudian mengadu kpd Rasulullah saw dan baginda membatalka nikah tersebut.

Imam asy-Syafi’I juga mengatakan sekiranya bakal suami itu sekufu, wali tidak boleh menghalangnya. Sekiranya dihalang jua, maka berpindah kuasa wali kpd sultan/pemerintah(wali hakim). Ini berdasarkan kisah Ma’qal bin Yasar yg telah mengahwinkan adiknya, kemudian diceraikan oleh suaminya. Selepas selesai iddah, kedua2nya ingin kembali bersama(nikah semula), tapi dihalang oleh Ma’qal. Dan akhirnya turunlah ayat 232 surah al-Baqarah yg bermaksud:

“Maka jgnlah kamu(para wali) menghalangi mereka kahwin lagi dgn bakal suami mereka.”

Adapun mengenai aturan wali berikut saya senaraikan mengikut turutan yg berhak menjadi wali:
1. Bapa
2. Datuk sebelah bapa
3. saudara(adik-beradik) lelaki seibu sebapa
4. Saudara lelaki sebapa
5. Anak lelaki kpd saudara lelaki seibu sebapa
6. Anak lelaki kpd sdr lelaki sebapa
7. Bapa saudara dari pihak bapa seibu sebapa
8. Bapa saudara dari pihak bapa sebapa
9. Anak lelaki kpd bapa saudara dari pihak seibu sebapa
10. Anak lelaki kpd bapa saudara dari pihak sebapa
11. Bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa
12. Bapa saudara dari pihak bapa kepada bapa seibu sebapa

Dalam kes sdr, berdasarkan turutan di atas, abang lebih berhak utk menjadi wali berbanding bapa saudara sdr. Dan sekiranya wali enggan, perempuan itu boleh terus mengadu kpd wali hakim utk dinikahkan oleh wali hakim. Dalam kes ini hak wali tidak berpindah kpd wali ab’ad yg lain atau wali yg lebih rendah darjatnya. Sheikh abu Bakr Jabir al-Jaza’iry dalam minhaj al-Muslim mengatakan tidak sah menggunakan wali yg lebih rendah darjatnya sekiranya wali yg lebi tinggi ada. WA.

Wassalam

RUJUKAN

Al-Umm
Imam Asy-Syafi’I

Koleksi Hadis2 Hukum
TM Hasbi

Minhaj al-Muslim
Sheikh Abu Bakr Jabir al-Jaza’iry

400 Soal Jawab Nikah Kahwin
Hj Said Hj Ibrahim

Panduan Perkahwinan dan Kekeluargaan Menurut Islam
Kor Agama Angkatan Tentera Malaysia

1 comments:

Anonymous said...

Salam..

Bolehkah seorang lelaki bernikah dgn pilihannya walaupun ibu bapanya tidak setuju dgn pilihannya itu? Biasanya perempuan yang ada mslh gini tp bolehkah jika lelaki?

Post a Comment