Jan 25, 2009

wanita berambut panjang

Assalamualaikum...ustaz

Saya nak tanya adakah betul kenyataan yg menyatakan wanita yg berambut panjang apabila meninggal dunia akan dibangkitkan dalam keadaan yg sama. Di mana rambutnya yg panjang itu akan menutup anggota badannya kelak. Bagaimana pula halnya dgn wanita yg beriman tapi tidak berambut panjang. Jikalau betullah kenyataan ini, adakah wanita dimestikan menyimpan rambut panjang atau sebaliknya...? :roll:

wassalam...

****************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdri badiah dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak pula kami berjumpa dengan kenyataan bahawa wanita yang berambut panjang dibangkitkan didalam keadaan yang sama (Fadilat wanita berambut panjang). Wallahu'alam. Syiekh Abdul Aziz bin Baaz menjelaskan tidak ada larangan mengenai wanita memotong rambut mereka, katanya :

قص شعر المرأة لا نعلم فيه شيئاً ، المنهي عنه الحلق ، فليس لك أن تحلقي شعر رأسك لكن أن تقصي من طوله أو من كثرته فلا نعلم فيه بأساً ، لكن ينبغي أن يكون ذلك على الطريقة الحسنة التي ترضيها أنت وزوجك ، بحيث تَتَّفِقِين معه عليها من غير أن يكون في القص تشبُّه بامرأة كافرة ، ولأن في بقائه طويلاً فيه كلفة بالغسل والمشط ، فإذا كان كثيراً وقصَّت منه المرأة بعض الشيء لطوله أو كثرته فلا يضرُّ ذلك أو لأن في قصِّ بعضه جمالاً ترضاه هي و يرضاه زوجها فلا نعلم فيه شيئاً أما حلقه بالكلية فلا يجوز إلا من علة ومرض ، وبالله التوفيق .أهـ
"Kami tidak mengetahui apa-apa mengenai [akan larangan] memotong rambut wanita, larangan adalah mencukurnya. Anda tidak dibenarkan mencukur akan tetapi boleh memotongnya bagi mengurangkan panjangnya atau lebatnya, kami tahu tiada kesalahan mengenainya. Akan tetapi hendaklah dibuat dengan cara yang baik agar dapat memuaskan anda dan suami. Anda hendaklah sampai kepada persetujuan dengan dia (suami) mengenai potongan yang tidak meniru wanita kuffar, kerana jika kami membiarkan ia panjang, akan menyusahkan apabila membasuh dan menyikatnya. Maka jika rambut menjadi sangat panjang atau tebal, maka kaum wanita hendaklah memotongnya untuk memendek atau mengurangkan tebal, ia tidaklah menjadi masalah. Memotongnya sedkit boleh menjadikan ia cantik, yang mana boleh memuaskan kedua wanita dan suaminya. Kami tidak tahu akan sebab yang melarangnya. Mencukur walaupun tidak dibenarka, akan tetapi dibenarkan didalam keadaan sakit. WA" - [Fatwaawa al-Mar'ah al-Muslimah - 2/515].

Malah menurut bekas Pengerusi Lajnah Fatwa Al-Azhar, Syiekh Atiyah Saqr, isteri Nabi saw pun memotong rambut mereka. Menurut Syeikh :-

أما قص الشعر للسيدة فليس هناك ما يمنعه شرعا، فقد كان أزواج النبى يأخذن من شعر رءسهن حتى تكون كالوفرة، كما رواه مسلم.
"Bagi memendikkan rambut untuk golongan perempuan tiadalah disana larangan syariah malah 'isteri-isteri Nabi saw pernah memotong rambut mereka sehingga dibawah telinga mereka', sebagaimana riwayat Muslim. -[Fataawa wa ahkam li Al-lmarati al-Muslimat, ms 147].

Imam Al-Nawawi didalam komentar terhadap hadith Imam Muslim ini mengatakan bahawa ini bermakna wanita dibenarkan memotong rambut mereka pendek (وفيه دليل على جواز تخفيف الشعور للنساء). Apa yang dilarang oleh Islam ialah rambut pendek menyerupai lelaki dan juga memotong rambut menyerupai style-style wanita-wanita kuffar!

Bagi mereka yang bersuami, eloklah dipohon izin suami apabila ingin memotong rambut mereka. Ini terlah dijelaskan oleh Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah :-

هناك نوع من تقصير الشعر للمرأة لا يحس به الرجل، إذا كان شيئاً قليلاً تعتاده المرأة بين الحين والحين، حتى لا يطول شعرها جداً، ويكلفها جهداً في ترجيله وتمشيطه، وهو معتاد من عامة النساء، ولا يحتاج فيه عادةً إلى إذن من الزوج.
وهناك نوع آخر من التقصير الذي يغير شكل المرأة وصورتها أمام زوجها، وقد ألفها على صورة معينة مدة من الزمن، فإذا هي تفجؤه بصورة أخرى غير مألوفة له، فكأنما هي امرأة جديدة، فهذا اللون من التقصير الظاهر هو الذي يحتاج إلى تفاهم بين الزوجين قبل تنفيذه، حتى تستمر المودة والوئام بينهما.
والأصل في المسلمة أنها لا تكشف شعرها في الطريق، ولا أمام الرجال الأجانب عنها، غير المحارم لها، ومن ثَمَّ يكون الزوج هو أول من يحق له الاستمتاع بجمال شعر زوجته والنظر إليه على الصورة التي يحبها.
والزوجة العاقلة هي التي تحرص على كل سبب يبقي المحبة وحسن العشرة بينها وبين زوجها وينميها، فبهذا تتكون البيوت الصالحة التي هي أساس المجتمعات الصالحة.أ.هـ
"Disana terdapat memotong rambut (trimming) dari masa ke semasa dimana si-suami tidak mungkin perasan oleh kerana cuma sedikit perubahan yang berlaku (alteration). Wanita biasa melakukannya agar rambut mereka tidak kelihatan terlalu panjang atau sukar untuk diuruskan. Jenis memendikkan rambut ini tidak memerlukan keizinan suami.

Walaubagaimana pun, terdapat jenis alter rambut atau memendikkan yang menukar penampilan wanita itu secara total, dimana ia akan meranjatkan si-suami jika ia tidak di runding(consult). Jenis alteration ini memerlukan persetujuan suami dan isteri agar perhubungan mereka tidak terjejas dengan cara perubahan yang mendadak oleh penampilan wanita tersebut. Walaupun wanita Muslim tidak mempamerkan rambut mereka dihadapan awam atau dihadapan lelaki yang bukan mahram, adalah benar bahawa si-suami hendaklah berpuashati dengan rambut isterinya.

Wanita yang bijak akan pergi lebih jauh mengekalkan cinta dan tarikan diantara dirinya dan suaminya, yang akan menjadi seorang suri-rumah tangga yang benar-benar baik, yang menjadi asas kepada masyarakat Islam yang baik" - tamat petikan fatwa.

Kesimpulannya, ulama' tidak mendapati sebarang dalil yang mengharamkan wanita memotong rambut mereka. Rambut wanita dipotong kelihat kemas dan mudah diurus sebagaimana yang dilakukan oleh isteri-isteri Nabi saw. Bagi mereka yang mempunyai suami, hendaklah berunding dengan si-suami akan style yang dikehendaki agar dapat membahagiakan mereka berdua. Islam mengharamkan wanita bercukur! Style rambut hendaklah tidak meniru gaya lelaki dan juga fesyen-fesyen wanita kuffar! WA.

wassalam
=========
Rujukan :

1. Syiekh Atiyah Saqr. Fataawa wa ahkaam li Al-lmarati al-Muslimah. Kaherah : Maktabah Wahbah, 2002. ms 147.

2. Fatawa Majlis Fatwa dan Penyelidikan Eropah. url : http://www.islamonline.net/fatwa/arabic/FatwaDisplay.asp?hFatwaID=94840

13 comments:

ziera said...

salam, ustaz saya ingin kepastian..sekiranya perempuan yang mndi hadas tetapi tidak membasahkn rambut nye adakah mndi wajib tersebut tidak sah? kerana saya pernah terbaca artikel akhbar mngatakan sekiranya sanggul itu lebat hnya memadai dgn menyapu sedikit air keats rmbut shj

Admin said...

w'salam nor,

bagi orang perempuan mandi hadas dibenarkan tidak melepaskan ikat rambut. Tetapi mandi haid kena lepaskan ikat rambut.

sila rujuk jawapan:

http://qawudukdanmandi.blogspot.com/2009/12/hadis-hadis-mandi-wajib.html.

Anonymous said...

assalammualaikum ustaz...

baru terbaca entri ni. tp ada kemusykilan. sy pernah terdengar rakan sy berkata bahawa perlu untuk perempuan simpan rambut panjang kerana bila di akhirat nanti Rasulullah SAW akn menyambut umatnya (y PEREMPUAN shj) dgn menggunakan rambut. ini ustazah rakan sy tu kata. dia kata lg xkan nabi kita nak sambut pakai tangan. kan aurat. Mohon pihak ustaz jelaskan. sy sdh mula confuse ney..


MUSLIMAH ingin tahu.

Admin said...

hukum agama mesti berasaskan dalil dan nas yang sabit dari Rasulullah saw bukan sekadar mendengar dari seorang dua rakan... bertanyalah dengan ulamak tentang kesahihan sesuatu perkara kerana terlalu banyak hadis-hadis PALSU disebarkan dalam internet... berhati-hati kerana kalau dengan sengaja berdusta atas nama Rasulullah saw hukumnya adalah jahanam... WA

Anonymous said...

assalamualaikum ustaz,

saya selalu potong rambut pendek macam lelaki, tapi bukan niat saya nak meniru lelaki ke apa, tapi sebab saya sakit kepala kalau rambut saya tebal.lagi pun sy bukan tayang2 depan orang pun.saya usaha jaga aurat saya kalau keluar rumah.

tolong jawab ye ustaz.hihi

Admin said...

wanita potong rambut pendek tak salah, tak ada nas yang melarang. yang dilarang adalah mencukur kepala {botak} atau meniru menyamai wanita kufar.

Anonymous said...

salam ustaz, nak tanya ni, tapi soalan x ada kaitan pun dengan tajuk atas ni.
kalau buat bisnes hotel/homestay, berdosa x?
mohon penjelasan ustaz.terima kasih

Unknown said...

ustaz apa hukum wanita berambut panjang serta boleh x nyatakan dalil dan huraian ?

Admin said...

business homestay tak ada salahnya asal tidak terlibat dengan bendah yang diharamkan syarak seperti penyediaan arak misalnya.

alafkini said...

Aslkm ustaz, kebanyakan fesyen rambut wanita kuffar bersamaan dgn rambut wanita muslim sekarang. Apa hukum meniru fesyen rambut wanita kuffar utk menyukakan suami.

Anonymous said...

ustaz.. saya berambut pnjg paras betis. ayahanda n bonda xbgi saya potong. byk kelebihan katanya prempuan berambut pnjg. saya tertanya2 apakah kelebihan tu?

Unknown said...

assalam ustaz . saya nak tanye , klu perempuan ni die tk suke berambut pjg dan menyimpn rambut pendek sepertu lelaki tetapi bertudung apebile keluar . ape hukumnye ustaz?

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz, adakah wanita berambut panjang akan menutupi badan ketika di padang mashyar nanti?

Post a Comment