Jan 27, 2009

Wanita Muslim tinggal dgn wanita non muslim

Salam

ada seorang sahabat bertanya, bagaimana adabnya bagi seorang wanita muslim bila tinggal serumah atau sebilik dgn bukan muslim?
bagaimana dari segi aurat?adakah terdapat batas2nya?

**************************
kamin
Panel Feqh

wa'alaikumussalam

Alhamdulillah. Kami akan cuba menjawab soalan sdr/i mextram dengan kadar kemampuan yang ada, Insyaallah.

Tidak ada masalah didalam pergaulan diantara wanita Islam dan bukan Islam asalkan pergaulan tersebut jauh dari fitnah. Tugas wanita Islam ialah berdakwah kepada wanita yang bukan Islam dan juga menunjukkan contoh tauladan yang baik. Adab2 Islam perlu dijaga didalam menjalani persahabatan.

Mengenai cara berpakaian dihadapan wanita yang bukan Islam, adalah dibenarkan wanita Islam membuka apa yang dibolehkan dihadapan mahram, seperti membuka tudung kepala, kawasan tengkok, lengan dan tapak kaki. Samada wanita dan mahram tersebut Islam atau bukan Islam tidak ada beza hukumnya.

Apa yang diarang ialah Wanita Islam tidak dibenarkan memakai pakaian yang pendek, yang nipis (see-through)atau pakaian yang sempit yang mempamirkan auratnya.

Menurut Fatwa al-Lajnah al-Da'imah Arab Saudi :-

على المرأة أن تحتشم وتتحلى بالحياء حتى ولو لم ينظر إليها إلا نساء ولا تكشف لهن إلا ما جرت العادة بكشفه ودعت له الحاجة كالخروج لهن في ثياب البذلة ( هي الثياب التي تلبسها وهي في عملها في البيت ) مكشوفة الوجه واليدين وأطراف القدمين ونحو ذلك وذلك أستر لها وأبعد عن مواطن الريبة .
"Wanita Islam hendaklah sederhana, walaupun tidak ada yang melihatnya melainkan wanita yang lain, dia hendaklah tidak membuka apa-apa lebih dari adat kebiasaan atau keperluan, seperti memakai pakaian yang digunakan untuk melakukan kerja rumah, mempamerkan muka, tangan, kaki dan begitu. Ini lebih selamat dan seterusnya membuangkan rasa ragu atau syak" [Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah, 17/288, 289]

Mengenai pandangan yang mengatakan bahawa terdapat hukum yang berbeza apabila berdepan dengan wanita Islam dan bukan Islam, al-Lajnah al-Da'imah menjawab :-

فيه قولان لأهل العلم ، والأرجح : عدم الوجوب ؛ لأن ذلك لم يُنقل عن أزواج النبي صلى الله عليه وسلم ، ولا عن غيرهن من الصحابيات حين اجتماعهن بنساء اليهود في المدينة والنساء الوثنيات ، ولو كان واقعاً لنُقل كما نُقل ما هو أقل منه .
"terdapat 2 pandangan ulama' mengenai perkara ini. Pandangan yang terbaik adalah ianya tidak wajib, kerana tidak ada nas mengenai perkara ini diriwayatkan dari isteri2 Nabi saw atau wanita lain dari kalangan Sahabat apabila mereka bertemu dengan kaum Yahudi dan Wanita penyembah berhala di Madinah. Jika ini berlaku sudah tentu ia disebarkan."

Fatwa seterusnya menyebut :-

لا مانع من كشف المرأة وجهها عند المرأة ، مسلمة كانت أو كانت كافرة ؛ لأنها لم تُؤمر بستر وجهها إلا عن الرجال الذين ليسوا من محارمها ، قال تعالى : ( وَلْيَضْرِبْنَ بِخُمُرِهِنَّ عَلَى جُيُوبِهِنَّ وَلا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلاَّ لِبُعُولَتِهِنَّ )
"Tidak ada sebab mengapa wanita diwajibkan tidak membuka wajahnya dihadapan wanita lain, samada ianya Muslim atau kafir, kerana wanita diarahkan menutup aurat mereka dihadapan lelaki yang bukan mahram mereka. Firman Allah :

...dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan ... [al-Nur : 31] " [Fataawa al-Lajnah al-Daa’imah, 17/287, 288]

Apa yang dimaksudkan dengan "perempuan" didalam ayat ini adalah semua wanita, samada Islam atau bukan Islam.

Kesimpulannya, jika wanita Islam tadi bebas dari fitnah, maka wanita Islam tersebut batas aurat wanita Islam tadi adalah sama sahaja dengan wanita Islam atau wanita bukan Islam. Sebagaimana kata Ibn Utsaimin rh, pakaian tersebut hendaklah tidak ketat dan juga tidak nipis. Wallahu A'lam

=========
Rujukan :

1. Fataawa al-Lajnah al-Daa'imah al-'ilmiyyah wa Ifta' - 17. susunan Syeikh Ahmad bin Abdul Razaq al-Dawish. cet. ke 3. Riyah : Dar al-Muayyad, 2000. ms 103-104.

2 comments:

Anonymous said...

PASTI????

Anonymous said...

saya seorang guru dan warden di asrama, kadang2 xdapat elak student non muslim datang rumah sya x paki tudung...sedangkan suami dh larang wajib pkai tudung dpn non muslim...bdosakah saya?

Post a Comment