saya ada persoalan, apakah hukumnya saya terpaksa menumpang kereta kawan sepejabat yg bukan mahram ketika melakukan tugas di luar daerah...hal ini terpaksa dilakukan sebab pekerjaan itu hanya memerlukan 2 org pekerja iaitu saya dan dia ditambah pula saya tidak ada kenderaan sendiri...WA
sekian
*************************
kamin
Panel Feqh
jawapan syeikh thtl dipetik dari milis lain :
Quote:
wa'alaikumussalam
Ini dinamakan situasi yg jarang-jarang berlaku dan jatuhlah ia dalam keadaan yg keliru, perasaan terpaksa atau dia memang ada keperluan yg mendesak (kepada transportation). Ini kerana perempuan berjalan
sorang-sorang sekarang ni pun amat merbahaya, jika tumpang orang yg dikenali pun boleh berlaku jenayah spt rogol dsbnya.
Dalam hal ini perempuan itu boleh memilih utk menerima pelawaan itu atau menolaknya dan menimbangkan mudharat dan maslahat. Ini pernah berlaku kepada Aisyah ra ketika berlakunya peristiwa Ifk atau Fitnah
yg Besar, di mana Aisyah diiringi oleh seorang tentera kerana beliau ditinggalkan oleh pengusungnya. Dalam keadaan dharurat, boleh menumpang. Manakala masyarakat yg melihat terikat dgn ayat AQ 24: 15-16 (mereka hendaklah bersangka baik bila melihat perempuan terpaksa menumpang kenderaan lelaki ajnabi). Ia tidak boleh dijadikan kebiasaan. (*Prof dr Abdul halim Abu Syuqqah, Univ Qatar, Tahreer alMar'ah/2/136) sahabat dan murid Dr Qardhawi. Asma' bte Abu Bakar ketika dia pulang dari kebunnya yg agak jauh dari
Madinah, terserempak dgn RasuluLlah saw yg menaiki unta, lalu baginda memerintahkan untanya berlutut supaya Asma' boleh menumpang unta itu. Tapi Asma' menolaknya kerana dia teringat suaminya azZubair yg amat kuat cemburunya. (Dikeluarkan oleh Bukhari dalam sahihnya bab Cemburu Jld 11/235 dan Sahih Muslim kitab: salam bab: boleh membonceng wanita lain yg kepayahan dijalanan Jld 7/11 * Rasulullah saw ditemani oleh seorang lagi lelaki Ansar di atas kenderaan yg berasingan
sekian
wslm
1 comments:
assalamualaikum ustaz,
saya seorg student yg berulang alik dr rumah ke kolej.satu2nya kenderaan yg dpt saya tumpang adlah kenderaan seorg rakan lelaki yg bkn mahram. kdg kala ada waktunya kami blk mlm,kdg kala bertiga dan kdg kala bdua sahaja. apa hukumnya berdua dgn lelaki bkn mahram didlam kenderaan ustaz?
Post a Comment