saya ada kemuskilan mengenai edah bagi seorang isteri yang telah kematian suami.. adakah si isteri diharamkan keluar dari rumah selama tempuh tersebut sama seperti isteri yg diceraikan suami?
jika ya, adakah ia secara mutlak atau ada kelonggaran syarak dan setakat mana ruang linkupnya..
sekian..
*********************
al-jawhar
Panel Feqh
Salam
بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد:
Iddah bagi wanita yang kematian suaminya adalah selama 4 bulan 10 hari sebagaimana yang disebut dalam hadis Rasulullah saw :
“Tidak halal kepada wanita yang beriman kepada Allah swt dan hari akhirat berkabung untuk sesuatu kematian lebih daripada 3 hari kecuali bagi wanita yang kematian suaminya.Dia hendaklah berkabung selama 4 bulan 10 hari.”
(Hadis Sahih riwayat Ahmad : 6/327 dan al-baihaqi dalam al-Kubra : 7/438)
Sepanjang tempoh tersebut wanita tersebut tidak boleh memakai bau-bauan dan barang perhiasan, malahan wajib ke atasnya untuk terus menetap di tempat yang disediakan oleh suaminya (rumah kediaman) sehingga berakhir ‘iddahnya dan tidak perlu ia berpindah ke rumah kaum keluarganya.Ia juga tidak boleh keluar dari rumah tersebut melainkan dharurat sahaja.
Firman Allah swt dalam surah al-Baqarah , ayat 234 :
وَالَّذِينَ يُتَوَفَّوْنَ مِنْكُمْ وَيَذَرُونَ أَزْوَاجًا يَتَرَبَّصْنَ بِأَنْفُسِهِنَّ أَرْبَعَةَ أَشْهُرٍ وَعَشْرًا فَإِذَا بَلَغْنَ أَجَلَهُنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ فِيمَا فَعَلْنَ فِي أَنْفُسِهِنَّ بِالْمَعْرُوفِ وَاللَّهُ بِمَا تَعْمَلُونَ خَبِيرٌ
Orang-orang yang meninggal dunia di antaramu dengan meninggalkan isteri-isteri (hendaklah para isteri itu) menangguhkan dirinya (ber'iddah) empat bulan sepuluh hari. Kemudian apabila telah habis 'iddahnya, maka tiada dosa bagimu (para wali) membiarkan mereka berbuat terhadap diri mereka menurut yang patut. Allah mengetahui apa yang kamu perbuat.
WA
8 comments:
tak berapa clear..
keluar dari rumah atau berpindah dari rumah tersebut?
Salam Rol,
maksudnya bukan berpindha tapi tak boleh keluar rumah kecuali ada urusan penting la kan... tak boleh berhias cantik2 sangat, tak boleh pakai perfume selama tempoh berkabung 4 bulan 10 hari.
salam..
bagaimana pula kalu balu itu bekerja?kalu dia berkahwin semula adakah balu tu dpt bersama dengan suaminya yang telah meninggal itu semula di akhirat nt?
as salam..
apakah hukum isteri yang dalam edah kematian suami melawat kubur arwah suami dan melawat ibunya yang uzur?
salam kalau pergi memanggil ajak pergi makan kenduri arwah suami (dalam tempoh eddah)...?
salam..
ape hukum si isteri yg kematian suami nya shri sblm ramadhan bru2 ini....pergi balik beraya dan menziarah si ayah nya yg uzur. dan memberitahu si ayah yg suami nya sudah meninggal? jarak nya pula 300 km. tidur nya pula d rumah "besan" utk beberapa hr.. boleh jelas kn?
salam...
saya ingin bertanye..si isteri dalam iddah dan bekerja.apa hukumnya jika dia pergi berkursus atau menghadiri sesuatu aktiviti pertandingan yg mempunyai kaitan dengan kerjanya.
Assalamualaikum wt.wb.
Bagaimana pula dengan iddah isteri yang kematian suami, (Sebelum kematian ,mendiang suami telahpun merancang bersama Walimatul Urus untuk anak kandungnya namun tidak kesampaian , Persiapan telahpun dibuat tetamu telah pun diundang, hanya tunggu hari majlis pernikahan dan persandingan. Dalam situasi begini kehadiran seorang ibu diperlukan dalam majlis ini, semua hukum seperti yang tersebut diatas telah ditaati kecuali keluar rumah dengan niat untuk meraikan perkahwinan anaknya ? adakah dengan keluar rumah dikelilingi mahramnya dengan niat bertemu tetamu, saudara mara yang hadir, dan menyambut menantu dikira berdosa hukumnya, Tolong beri pencerahnanya.
Post a Comment