Feb 8, 2009

Kenapa nabi kahwin banyak?

Assalamualaikum ustaz yg dihormati,

Saya inginkan kepastian, sebagai seorang nabi yang digelar mewarisi 'akhlak Al-Quran', baginda tanpa diragui adalah contoh terbaik umat manusia.
Kemusykilan (akibat kejahilan saya sendiri) ialah, mengapa nabi seakan tidak 'mentauladani' ayat Al-Quran berkenaan lelaki tidak dibenarkan berkahwin lebih daripada 4 isteri?-(saya terbaca ketika baginda wafat, baginda telah mempunyai 10 orang isteri.)

Maaf soalan sebegini saya akui berpunca dari kejahilan sirah nabawi saya sendiri dan harap ustaz dapat menjelaskan.

Terima kasih.

*********************
izrail
Panel Feqh

Bismillah
Wassolatu wassalam 'ala Rasulillah SAW,

Nabi SAW adalah orang yang paling berakhlak dengan akhlak al-Quran tanpa perlu diragui. Tiada orang lain yang boleh menandingi Baginda dalam mentauladani suruhan dan larangan al-Quran.

Ayat Al-Quran yang menghadkan perkahwinan tidak lebih dari 4 orang isteri bukan ditujukan kepada Nabi SAW, kerana terdapat ayat lain khas yang membenarkan Baginda berkahwin dengan mana-mana wanita yang disukai dalam Surah al-Ahzab ayat 50:

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ إِنَّا أَحْلَلْنَا لَكَ أَزْوَاجَكَ اللَّاتِي آتَيْتَ أُجُورَهُنَّ وَمَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ مِمَّا أَفَاء اللَّهُ عَلَيْكَ وَبَنَاتِ عَمِّكَ وَبَنَاتِ عَمَّاتِكَ وَبَنَاتِ خَالِكَ وَبَنَاتِ خَالَاتِكَ اللَّاتِي هَاجَرْنَ مَعَكَ وَامْرَأَةً مُّؤْمِنَةً إِن وَهَبَتْ نَفْسَهَا لِلنَّبِيِّ إِنْ أَرَادَ النَّبِيُّ أَن يَسْتَنكِحَهَا خَالِصَةً لَّكَ مِن دُونِ الْمُؤْمِنِينَ قَدْ عَلِمْنَا مَا فَرَضْنَا عَلَيْهِمْ فِي أَزْوَاجِهِمْ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ لِكَيْلَا يَكُونَ عَلَيْكَ حَرَجٌ وَكَانَ اللَّهُ غَفُوراً رَّحِيماً

33. 50. "Wahai Nabi, sesungguhnya Kami telah menghalalkan bagimu isteri- isterimu yang telah kamu berikan mas kawinnya dan hamba sahaya yang kamu miliki yang termasuk apa yang kamu peroleh dalam peperangan yang dikurniakan Allah untukmu, dan (demikian pula) anak-anak perempuan dari saudara laki-laki bapakmu, anak-anak perempuan dari saudara perempuan bapakmu, anak-anak perempuan dari saudara laki-laki ibumu dan anak-anak perempuan dari saudara perempuan ibumu yang turut hijrah bersama kamu dan perempuan mu'min yang menyerahkan dirinya kepada Nabi kalau Nabi mahu mengawininya, sebagai pengkhususan bagimu, bukan untuk semua orang mu'min. Sesungguhnya Kami telah mengetahui apa yang Kami wajibkan kepada mereka tentang isteri-isteri mereka dan hamba sahaya yang mereka miliki supaya tidak menjadi kesempitan bagimu. Dan adalah Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. "

Setelah Baginda memilih 9 orang isteri, diturunkan ayat 52 surah al-Ahzab yang melarang Nabi SAW berkahwin selain dari isteri-isteri yang sedia ada:

لَا يَحِلُّ لَكَ النِّسَاء مِن بَعْدُ وَلَا أَن تَبَدَّلَ بِهِنَّ مِنْ أَزْوَاجٍ وَلَوْ أَعْجَبَكَ حُسْنُهُنَّ إِلَّا مَا مَلَكَتْ يَمِينُكَ وَكَانَ اللَّهُ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ رَّقِيباً

33. 52. "Tidak halal bagimu mengawini perempuan-perempuan sesudah itu dan tidak boleh (pula) mengganti mereka dengan isteri-isteri (yang lain), meskipun kecantikannya menarik hatimu kecuali perempuan- perempuan (hamba sahaya) yang kamu miliki. Dan adalah Allah Maha Mengawasi segala sesuatu".

Wallahu a3lam

3 comments:

md_saf said...

apa yg saya difahamkan, Nabi Muhammad SAW ada mempunyai byk isteri, tetapi pada satu masa hanya 4 yg sah sebagai isteri...samada cerai atau mati saya tidak pasti...

kebanyakan isterinya juga adalah dari kalangan wanita kepada suami yg syahid @ tidak mempunyai tempat bergantung...

maka hakikatnya Rasulullah kahwin kepada ramai wanita adalah demi membela nasib mereka...

bukan seperti lelaki sekarang yg berkahwin lebih dari 1 kerana melihat kecantikan wanita tersebut dsb...

Anonymous said...

ya betul..sy sokong dgn cadangan di ats...

Admin said...

Selama lebih 20 tahun isteri Rasulullah saw adalah Khadijah tidak ada isteri lain. Baginda berkahwin lain (dengan Aisyah) setelah Khadijah meninggal dunia. Khadijah adalah jauh lebih tua dari baginda.

Post a Comment