Feb 8, 2009

Was-was, menyebut 'Talak' dalam hati

Assalamualaikum… Saya menghadapi masalah was-was, kadang-kadang saya selalu susah hati atau was-was terhadap sesuatu perkara. Kadang-kadang bersifat sementara dan ada kalanya berlanjutan 2-3 bulan. Walaupun saya mengetahui apa yang saya lakukan tidak masuk akal dan tidak berlandaskan Sunnah Nabi dan Al-Quran, tetapi saya selalu gagal mengawal fikiran saya. Saya ingin sekali menjadi orang yang beriman dan beramal soleh ceria dan gembira selalu dan tidak mahu masalah ini menjadi halangan.

Maslah saya :

Saya baru sahaja mendirikan rumah tangga. Sejak hari pernikahan saya selalu diwas-waskan dengan lintasan/bayangan terhadap hubungan suami isteri. Saya selalu terlintas/terbayang bila saya membuat atau tidak membuat sesuatu benda saya terfikir mengenai cerai tetapi saya tiada niat pun hendak menceraikan. Ustaz perlu tak saya abaikan perasaan begitu kerana kalau saya ikutkan perasaan dan memikirkan ia akan menjadi-jadi.

1) Apakah jatuh talak terhadap isteri jika suami melafazkan cerai hanya didalam hati (tanpa sebutan mulut/nyata) sedangkan dia berada dalam keadaan sedar dan dalam masa yang sama suami dalam keadaan marah.

2) Jika seorang suami terlintas di hatinya untuk menceraikan isterinya tetapi dia tidak sekali-kali melafazkan apa yang terlintas di hatinya itu dan isterinya langsung tidak mengetahui apa yg terlintas di fikiran suaminya itu adakah berlaku perceraian dalam kes ini?

3) Lafaz talak jatuh jika dilafazkan di depan isteri bagaimana jika lafaz tidak dihadapan isteri. Maksudnya hanya lidah sahaja menggerakkan tanpa sebutan yang jelas. Ustaz saya terlalu was-was dan memikirkan perkara ini dan menyebabkan terbawa-bawa dalam kehidupan saya. Saya ada terfikir tentang lafaz sehingga saya menggerakkan lidah “aku” tanpa sebutan jelas untuk menerangkan kepada diri saya sendiri itu bukan lafaz talak. Saya tiada niat untuk bercerai, tetapi hanya memikirkan masalah saya ini.

4) Berulang-ulang kali mencuci ketika mandi junub atau mengambil wudhuk walaupun saya tahu bahawa sunnah Nabi tidak sedemikian iaitu cukup dengan 3 kali basuhan. Tetapi masalahnya ialah saya tidak dapat mengawal fikiran saya (Masalah yang pernah saya alami dahulu).

5) Mengulang bacaan atau ayat dalam sembahyang dan ibadah yang lain.

Saya merasakan amat tertekan dan harap tuan dapat membantu.

**********************
Abu_Umair
Panel Feqh

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Sebelum menjawab soalan saudara, kami ingin mengingatkan saudara bahawa was-was adalah senjata syaitan untuk merosakkan ibadah hamba Allah, menyusahkan amalannya, dan untuk meretakkan dan menghancurkan rumahtangga.

Saudara mesti menerima dan yakin akan hakikat ini. Kerana para cendikiawan Islam mengatakan, ubat kepada was-was ialah keyakinan bahawa ia adalah daripada syaitan, dan Iblis yang membawanya kepada seorang muslim.

Selain itu perbanyakkan meminta perlindungan dengan ALlah daripada gangguan syaitan, iaitu dengan mengamalkan istiazah-istiazah yang diajar oleh Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam.

Bagi soalan no: (1,2,3) tentang talak yang disebut dalam hati, bukan dengan lafaz, ia tidak dikira talak. Malahan azam dalam hati untuk menceraikan isteri, jika tidak diucapkan dengan lidah, tidak menjejaskan perkahwinan. Ibn Taimiyyah mengatakan, dalam masalah ini tidak ada perselisihan. (Majmuk Fatawa 32/96).

Untuk soalan (4) dan (5), jawapannya adalah mengubati penyakit was-was. Tidak ada jalan penyelesaian kecuali usaha bersungguh-sungguh menghilangkan was-was.

Dan hendaklah diketahui bahawa mengulang-ulang solat, wudhu', takbiratul ihram dan lain2 amalan kerana waswas adalah suatu yang dicela syarak. Malahan sepakat ulama mengatakan ia adalah satu bidaah, dan kesesatan dalam agama. (Majmuk Fatawa Ibn taimiyyah).

_________________
albaruhiyy
Panel Feqh

Sebagai tambahan kepada saudara yang mengalami masalah was-was :

Antara pendekatan yang boleh menjauhkan diri kita daripada peyakit was-was adalah seperti yang diajar oleh ulama berdasarkan kepada hadis Rasulullah s.a.w. dalam beberapa riwayat ( Al-Nawawi, al-Azkar, hlm. 210-211) :

i. Membaca isti’azah : أعوذ بالله من الشيطان الرجيم . Boleh juga melakukan tafal (meludah tanpa air liur) di sebelah kiri. Kaedah ini diriwayatkan dalam sahih Muslim berkaitan was-was ketika solat.

ii. Menyebut : آمنت بالله ورسله sebanyak tiga kali.

iii. Membaca : هو الأول والآخر والظاهر والباطن وهو بكل شئ عليم

iv. Membaca : لا إله إلا الله

Selain itu, seseorang itu perlu menyibukkan dirinya dengan perkara yang berfaedah dan cuba memikirkan perkara-perkara lain. Itu lebih memberi faedah kepadanya dan menepati apa yang diajarkan oleh al-Qur’an dan al-Sunnah.

6 comments:

Anonymous said...

Ustaz, mcm mane plak dalam situasi yang sama (penyakit was-was),kalau dalam mainan hati tersebut, telah terlafaz secara tiba2 'aku ceraikan'? (ketika ini suami bersendirian, dan tanpa menyebut nama isteri).. dan tiada keinginan langsung nak ceraikan isterinya ketika itu.. apakah talak jatuh dalam situasi ini?

Anonymous said...

1- Ustaz, mcm mane plak dalam situasi yang sama (penyakit was-was),kalau dalam mainan hati tersebut, telah terlafaz secara tiba2 'aku ceraikan'? (ketika ini suami bersendirian, dan tanpa menyebut nama isteri).. dan tiada keinginan langsung nak ceraikan isterinya ketika itu.. apakah talak jatuh dalam situasi ini?

2-dan mcm mane plak jika dalam lafaz tersebut tidak jelas sama ada hanya berbisik atau melafazkan dgn jelas atau sebahagian dari lafaz tersebut dirasakan mgkin ada sebahagian dari lafaz tersebut hanya lafaz didalam hati..

3-Dan bagaimana pula jika was2 tersebut menyebabkan rase takut jika terjadinya maksiat (xpasti status perkahwinan), lalu si suami melafazkan kata rujuk? adakah rujuk itu dikira dah hilangnya 1kouta rujuk bagi suami tersebut?

4-dan kerana was-was pula dalam lafaz rujuk, telah menyebabkan si suami melafazkan beberapa kali kata rujuk tersebut.. bagaimanakah tentang perkara tersebut..?

keadaan serius dan sangat2 membuatkan si suami tertekan separuh gila...

yang bersimpati said...

Diminta agak pihak ustaz dapat menjawap semua soalan yg di kemukakan..saya sama seperti tuan yang bertanya...sama..serupa..was2..sampai ari ari kene ingt..sampai tak boleh tdo..sampai mandi hadas besar sampai 4 kali..mintak ustaz beri jawapan ttg semua persoalan ..tq

Anonymous said...

Assalamualaikum ustaz..
ada satu persoalan disini yang saya perlukan bantuan ustaz..

situasinya begini..
sekiranya seorang teman si suami bertanya kepada si suami di mana isteri berpantang selepas bersalin? lalu si suami menjawab "dirumah mertua lah" teman si suami pula membalas " wah bujang lah ni ye"

si suami pula "menjawab bujang sementara lah"

pada ketika si suami berkata sedemikian, dalam hatinya ragu-ragu untuk menjawab kerana memikirkan takut terjatuhnya talak. Jadi dalam situasi ini adakah jatuhnya talak kerana dalam hati suami ada terlintas perkataan cerai walaupun dia tidak bermaksud begitu dan hanya bergurau sambil menjawab ajukan temannya..

minta ustaz tolong dalam persoalan ini.. terima kasih..

Anonymous said...

Assalamualaikum,
saya ingin dapat penjelasan dari sesiapa yg pakar dlm bidang was-was terhadap isteri dan lafaz talak dlm keadaan aman.

Suami saya telah cuai/enggan memberi pemberian hantaran yg dijanjikan kedalam sijil nikah; kami sudah kahwin 4 tahun. Suami saya juga tidak memberi saya duit dlm tangan jika saya memerlukan apa-apa (beli minyak masak, atau teh, atau ke kedai rambut dan sbgnya), maka tidak sempurnakan nafkah kepada saya.

Pada satu masa dlm perbualan anatara saya dan suami saya, suami bercakap : I have decided to divorce you, I want to live alone.

Apabila saya periksa harta dan duit hasil dari titik pelu bersama, semuanya sudah dipindahkan.

Lalu suami saya lagi bercakap. You have never helped me with my business, you are not entitled to anything, no commission, nothing.

Saya sangat percaya suami saya telah menceraikan saya kerana telah terbukhit dari awal perkahwinan kami bersama suami saya tidak mahu menjalankan dan memberi segala hak saya dlm perkahwinan kami.

Apa pendapat Ustaz?

Terima kasih.

Anonymous said...

jika saya berkata dalam hati "jika aku call telifon dia sekali lagi dan bunyi ring kurang dari 3 kali jika dia angkat maka aku ceraikan dia… Ok..." tetapi hanya ok shj yang kedengaran manakala yang selebihnya hanya didalam hati... adakah jatuh talak?

Post a Comment