Jul 5, 2009

Hukum Wanita Menyanyi Koir

mr_al

Assalamualaikum.

Soalan saya seperti berikut:

1) Hukum perempuan menyanyikan lagu koir patriotik di khalayak ramai.

2) Hukum hadirin berdiri sebagai tanda hormat apabila VIP sampai ke sesuatu majlis. ( cth: hadirin diminta berdiri apabila menteri masuk ke dalam dewan majlis).

Sekian, terima kasih. Yellow Confused


JAWAPAN:
al-jawhar
Panel Feqh

Salam

بسم الله، و الحمد لله، و الصلاة والسلام على رسول الله، وبعد

Hukum wanita menyanyikan lagu dan apa sahaja bentuk nyanyiian di khalayak ramai yang mana para pendengarnya sudah tentu terdiri dari kalangan lelaki yang bukan mahram adalah jelas iaitu tidak dibolehkan.

Ini kerana para ulama mengatakan bahawa suara wanita yang dilagukan atau dimerdukan adalah termasuk dalam perkara-perkara kecantikan yang tidak boleh dipertonton dan diperdengarkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.Dengan sebab itulah wanita-wanita juga tidak boleh melunak dan memerdukan suaranya apabila bercakap atau berkomunikasi dengan lelaki yang mana ianya boleh membangkitkan syahwat dan rasa ghairah lelaki kepada wanita tersebut.

Firman Allah swt :

يَا نِسَاءَ النَّبِيِّ لَسْتُنَّ كَأَحَدٍ مِنَ النِّسَاءِ إِنِ اتَّقَيْتُنَّ فَلَا تَخْضَعْنَ بِالْقَوْلِ فَيَطْمَعَ الَّذِي فِي قَلْبِهِ مَرَضٌ وَقُلْنَ قَوْلًا مَعْرُوفًا

Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa maka janganlah kamu merendahkan (melembutkan) suaramu sehingga berkeinginan orang yang berpenyakit di hatinya berbuat jahat kepadamu, maka bercakaplah hanya dengan kata-kata yang baik (kandungan dan tatacaranya)"

[Al-Ahzab : 32]

Berdasarkan ayat di atas , maka suara wanita yang sengaja dilembutkan dan dimerdukan serta dimanjakan , hukumnya adalah tidak boleh diperdengarkan kepada khalayak lelaki apatah lagi jika ianya boleh membawa kepada fitnah dan membangkitkan nafsu.

Imam Qurtubi menyebut bahawa , kerana suara tersebut akan menjadikan orang-orang lelaki munafiq dan ahli maksiat berfikir jahat

WA

Ruj :
Adwa al-Bayan, 5/10
Tafsir At-Tabari ; 3/22
Tafsir Ibn Kathir, 3/483 ; Al-Jami' Li Ahkam Al-Quran, 14/177

7 comments:

Anonymous said...

Assalamualaikum.Bagaimana pula lelaki yang menyanyikan lagu koir patriotik?

Anonymous said...

Juga tidak boleh kerana suara lelaki akan menjadikan wanita berniat jahat dan berpenyakit di hati terutama janda janda yang telah mati laki.

shahida said...

Slot ini yang paling menarik...

Mak saya seorang pengajar koir dan nasyid untuk jabatannya dan kadang2 untuk jabatan lain. Dan saya juga pernah menyertai koir ketika di kolej dulu. Kami masing2 minat pada muzik. Emak hanya akan beri latihan koir atau nasyid bila ada permintaan dari jabatan. Adakah ianya haram atau tidak???

Admin said...

saya rasa hukumnya sangat jelas...

muslimah dilarang mempertontonkan wajah atau suara di hadapan ramai lelaki yang bukan mahram... WA

Anonymous said...

bagaimana pula dengan pendapatan hasil drpd nyanyian penyanyi-penyanyi perempuan?

Anonymous said...

apa hukum bagi menyanyi koir beramai2 campur lelaki dan perempuan?

Anonymous said...

Ibu saya seorang guru,kadang kala suaranya lebih kuat dan garang daripada guru lelaki di sekolah.Bagaimana hukumnya?

Post a Comment