Jul 5, 2009

Lelaki Yang Menolong Wanita Yang Ada Masalah Rumahtangga

roseismawar

assalamualaikum,

Bolehkah seorang lelaki menolong wanita(isteri orang) yang ada masalah rumahtangga dengan suaminya dengan cara berchatting, bersms dan bertelefon? dalam niatnya yang ingin menolong itu, bolehkah dia juga turut bertukar2 gambar dengan wanita tadi? suami wanita tadi seorang yang kuat cemburu, menyebabkan dia juga menipu suaminya tentang hubungannya dengan si lelaki yang ingin menolong tadi, begitu juga si lelaki turut menipu isterinya kerana mahu menjaga hati isterinya agar tidak cemburu hubungannya dengan wanita tersebut. adakah niat lelaki tadi membolehkan dia meneruskan persahabatn dengan wanita tersebut? atau adakah cara lain untuk menolong wanita tadi?contoh yang si lelaki tolong ialah bagi nasihat, bertanya khabar, bagi sokongan,berkongsi sikit2 masalah dan tip rumahtangga. tapi sekiranya si wanita tadi bercerai dengan suaminya, dia juga ada keinginan untuk mengahwini wanita tersebut.

mohon penjelasan dari ustaz.


JAWAPAN:

Abu_syu'aib
Panel Feqh

بسم الله والصلاة والسلام على رسول الله وبعد

Kepada yang bertanya, Nasihat saya kepada permasalahan seperti ini pertama takutlah kepada Allah s.w.t. apabila perasaan takut itu ada maka dia tidak akan mendekati sesuatu perkara yang tidak memberi manfaat kepadanya atau menjauhkan perkara yang boleh memberi mudarat kepada dirinya sendiri.

Kedua: Membantu orang lain suatu perkara yang mulia disisi agama. tetapi ianya menjadi suatu dosa sekiranya ada perkara-perkara yang tidak sepatutnya dia lakukan.

إنما الأعمال بالنيات، وإنما لكل امرء ما نوى

Setiap perbuatan itu dengan niat, dan setiap seseorang itu dikira dengan apa yang diniatkan.

Jika pertolongan berniat kerana Allah maka ia diganjari dan sebaliknya jika kerana yang lain, dia akan dapat apa yang diniatkannya.

dalam kes yang diceritakan di atas matlamatnya bagus tetapi caranya telah menyimpang dari jalan yang sebenar. maka secara ringkasnya

1- mengapa si wanita tersebut tidak mendapatkan nasihat dari pihak yang sepatutnya (kawan-kawan dan sahabt wanita, kaunselor dan sebagainya)?

2- apa perlunya wanita tersebut memberikan gambar, bersms dan bertelefon? maksudnya dia telah melebihi keperluan yang dia kehendaki.

3- tidakkah dia memikirkan kerana perbuatannya itu boleh mengundang perkara-perkara yang tidak diingininya oleh kerana dia telah mengetahui suaminya yang kuat cemburu?

4- Tidakkah dia juga memikirkan bahawa lelaki tersebut juga telah mempunyai isteri. kerana dia sebagai seorang wanita sekiranya suaminya melakukan perkara yang sama kepada perempuan lain tentu sahaja dia tidak menyukainya.

5- kesemua ini berlaku kerana anda sendiri telah memberikan jawapannya diakhir soalan anda...sekiranya wanita tadi diceraikan oleh suaminya maka si lelaki tersebut berkeinginan untuk mengahwininya...

inilah penyakit dalam masyarakat kita, yang mana Islam telah melarang dengan secara serius IHKTILAT dikalangan lelaki dan perempuan. oleh kerana manusia ini degil dengan apa yang telah ditetapkan oleh ALLAH berlaku lah apa yang telah berlaku.

Tetapi masyarakat kita jika kita membangkitkan isu IHKTILAT ini (percampuran lelaki dan wanita) maka dituduh kita ini kolot, tidak berpijak pada realiti..tetapi apa yang telah ditentukan ISLAM itulah penawar kepada masalah yang berlaku.

Kesimpulannya Perbuatan wanita dan lelaki tersebut yang pada mulanya untuk menasihat dan meminta nasihat akhirnya mengundang kepada perbuatan yang jelas HARAM disisi syariat iaitu melakukan chatting, sms dan bertelefon dan sehingga tahap meminta gambar wanita, sedangkan wanita tersebut merupakan isteri kepada orang lain.

WAHAI PARA WANITA ketahuilah HIJAB bukan sekadar memakai tudung dan menutup aurat dihadapan lelaki yang bukan Mahram kemudian anda boleh buat apa yang anda suka dengan bersembang dan bergelak ketawa tanpa faedah dihadapan lelaki yang bukan Mahram . sebab itu diantara maksud HIJAB ialah wanita duduk di dalam rumahnya, maksudnya tidak berhubung dengan lelaki lain yang bukan mahram dengan sesuka hati tanpa batasan.

kemudian wanita tadi telah berdosa kepada suaminya kerana berhubung dengan lelaki lain dengan bersms, berchatting, bertelefon, memberi gambar kepada lelaki lain walaupun alasannya untuk meminta nasihat.....

ingatlah SYAITAN sentiasa berada disisi anak ADAM dan menusup masuk kedalam setiap perbuatan dan tindakannya.

Akhirnya KEMBALILAH KEPADA PENGAJRAN AL-QURAN DAN SUNNAH NABI S.A.W.

wallahu a'lam

4 comments:

Unknown said...

itu lah kebanyakan manusia mudah lupa diri, adapun matlamat menghalalkan cara jika tahu perbuatan itu ttp salah. berusaha dan doa kepada Allah utk tidak menurut keinginan berpandukan hawanafsu semata-mata.

Anonymous said...

terlalu banyak perkara sebegini terjadi sekarang. Alasannya tidak bahagia, lalu mencari bahagia itu di luar rumah. Walhal bahagia itu menunggu di rumah, tinggal saja mengusahakannya bersama pasangan. Kedengaran mudah tapi sukar, itu yang menjadikannya manis jika benar2 berusaha.

Anonymous said...

HIDUP MESTI ADA MATLAMAT, PEGANGAN AGAMA. TAKUTLAH KEPADA ALLAH.

Anonymous said...

salam ustaz, saya pernah mengalami situasi ini dan dah telah tersedar. dalam keadaan mcm ni saya rasa berdosa dan mohon ampun kpd Allah. tapi perlukah saya cerita dan minta ampun kepada suami kerana saya khuatir akan mengeruhkan lagi suasana. mungkin lebih baik untuk didiamkan sahaja.saya telah sedar dan telah putus hubungan dengan rakan saya itu.cuma saya khuatir akan balasan sekiranya tidak cerita apa kesalahan saya kepada suami.saya ada minta ampun dengan suami tetapi saya tak nyatakan kesalahan cuma saya kata saya dah buat dosa besar. terima kasih.

Post a Comment