Aug 26, 2009

Beza Antara Nifas dan Wiladah

Postby Guest what » Aug 25th, '09, 08:26

salam

Hari tu, ada sorang ustaz bacakan kitab (lupa nama kitab tu), ttg bab Mandi Wajib bagi wanita yang bersalin. Dia kata perlu mandi "wiladah", then selesai pantang, kena mandi "nifas" pula. Yang bertambah musykilnya... dia kata kena nyatakan niat mandi tu, samada mandi wiladah@nifas@haid. Adakah memadai kalau kita niat "mengangkat hadas besar" shj, tanpa perlu nyatakan secara detail utk wiladah dsb.
Adakah memang kena perlu mandi wiladah... ataupun memadai tunggu sampai habis nifas, then mandi sekali ker. Mohon penjelasan. Tq

Guest what

*******************************
Postby Abu_Umair » Aug 26th, '09, 10:12

بسم الله
والحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه ومن والاه أما بعد

Dari sudut istilah fuqaha, ada beza antara nifas dan wiladah.

- Nifas ialah darah yang keluar selepas bersalin. Jadi, wanita yang bersalin dan keluar darah nifas semasa bersalin, gugur kewajipan solat. Apabila darah nifas sudah kering, maka hendaklah mandi wajib. Jadi, mandi wajib hanya sekali sahaja iaitu selepas darah nifas tidak ada lagi.

- Wiladah pula maksudnya ialah bersalin. Menurut istilah fuqaha dalam bab Mandi Junub, Wiladah khas bagi wanita bersalin yang tidak keluar darah nifas bersamanya. Jadi, adakah dia wajib mandi selepas bersalin, memandangkan dia tidak mempunyai darah nifas?

Dalam kes ini, ada dua pendapat. Ada pendapat mengatakan wajib mandi juga, dan yang inilah dipanggil mandi disebabkan wiladah. Dan ada pendapat kedua mengatakan tidak wajib mandi kerana tidak ada darah nifas.

Berbalik kepada persoalan saudara, tidak benar mengatakan seseorang wanita yang bersalin (dan keluar darah nifas) wajib mandi dua kali, iaitu untuk wiladah selepas selesai bersalin, dan untuk nifas selepas kering darah nifas.

Perbahasan wiladah hanya bagi wanita bersalin tanpa keluar darah nifas.

Berkenaan dengan niat, cukup dengan niat mengangkat hadas, atau hadas besar, atau niat mandi wajib.

Wallahu A'lam.

2 comments:

Anonymous said...

TIDAK MUNGKIN KALAU BERSALIN,DARAH NIFAS ITU TIDAK KELUAR.APA YG SY BELAJAR..SUDAH TENTU WAJIB MANDI HADAS 2X IAITU SELEPAS BERSALIN, DAN MANDI LG SEKALI BILA HABIS DARAH NIFAS.rASANYA PNDAPAT INI LBH LOGIK DAN RELEVAN KERANA WILADAH ITU KRN BERSALIN,DAN NIFAS ITU UTK HABIS NIFAS..rASANYA LBH BAIK SEBUT NIAT ITU UTK APA BG MEMBEZAKAN JENIS2 MANDI WLPN SEKADAR BERNIAT MENGANGKAT HADAS BESAR.APA2 PUN.Allah Maha Mengetahui..

Admin said...

Hukum fiqh adalah berpandukan nas dan dalil, tidak mengikut logik akal. Kita tidak menemui dalil mewajibkan mandi 2 kali wiladah dan nifas, jika ada sila kemukakan...

Niat tidak perlu disebut atau dilafaz, cukup dengan keinginan dalam hati... WA

Post a Comment