Jan 16, 2010

Konsep Kepimpinan Seorang Wanita Islam

nilzasaza »

Assalamualaikum warahmatullah..

Jazakumullahu khairan kathira kpd seluruh penggerak laman web ini. Ana merupakan seorang ahli yg mengikuti perkembangan dan perbincangan di sini. Alhamdulillah , byk ilmu yg ana peroleh.

Soalan : Dlm majalah Al-Islam keluaran Ogos - ada disiarkan pandangan pro dan kontra ttg wanita sbg pemimpin. Saya agak keliru pandangan mana yg sebenar.Bolehkah ustaz terangkan konsep kepimpinan wanita dalam Islam.

Wassalam


***********************************************
ziy@d »

wanita mempunyai tempat di sisi Islam mahupun dalam kepimpinan.

Ayat surah At-Taubah: ayat 71: "Dan orang yg beriman lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengah yg lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang dari berbuat jahat...."(At-Taubah: ayat 71)

Ayat An-nisa': "Kaum lelaki adalah pemimpin bagi kaum wanita..." (Surah An-Nisa': ayat 34)

Hadith muslim: "Agama itu nasihat utk Allah, RasulNya, KitabNya, Imam dan kaum muslimin."

Barangsiapa melihat kemungkaran -- man ra a minkum..(dan seterusnya)
(hadith ini tidak terhad kpd kaum lelaki sahaja tetapi umum utk semua)

Pihak muslimin mahupun muslimat sama-sama mempunyai peranan. Ini diperkuatkan lagi riwayat Umar Al-Khattab pernah ditegur oleh seorang wanita dlm isu mahar. Umar juga pernah melantik As-Syifa' binti Abdullah Al-'Adawiyah sebagai pemerhati dan pengawas pasar. Kalau wanita boleh memberi pendapat terhadap lelaki, apatah lagi lelaki memberi pendapat kpd wanita. Cumanya, hal ini terikat kpd syarat2 yg ditetapkan oleh syarak.

Medan jihad juga tidak sunyi daripada menyaksikan keterlibatan wanita. Perkara ini jelas dlm satu riwayat Ummu Atiyyah:

"Saya telah menyertai Rasulullah dlm tujuh siri peperangan. Ketika angkatan bergerak, saya berada di barisan belakang. Tugas saya ialah menyediakan makan, merawat mereka yg cedera, serta menjaga mereka yg sakit." (Sahih Muslim)

Oleh itu, tidak wajar membelakangkan kaum wanita dlm perkara
kepimpinan ini sedangkan dlm perkara jihad yg besar pun, wanita mempunyai peranan.

Wallahua'lam

0 comments:

Post a Comment